UA

Semakan KADS1M Kad Debit Pelajar Online (BPPT)

Cara Semak Status Permohonan KADS1M 2019

Adakah anda salah seorang pelajar yang ingin mengetahui status Kad Debit Pelajar 2019 iaitu pembayaran dan permohonan? Berikut merupakan sedikit perkongsian berkaitan cara membuat Semakan Kad Debit Pelajar secara Online (BPPT). Untuk makluman semua, bagi tahun 2019, KADS1M masih diteruskan dengan nama Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT).

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan dikreditkan terus ke dalam pemegang Kad Debit sediada. Ini bermakna, penuntut yang sudah memiliki Kad Debit tidak perlu membuat permohonan baharu. Mereka hanya perlu membuat semakan status samada nama mereka layak untuk pengkreditan RM100 (jumlah bagi tahun 2019) di dalam Kad debit tersebut bermula 28 Mac 2019. Bagi mereka yang baru sahaja memohon, anda boleh mendapatkan kad anda dari cawangan Bank Rakyat berdekatan dengan anda.

Semakan Status Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 Secara Online (BPPT)

Info Terkini 2019

1. Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah mengumumkan pada 24 Februari 2019 bahawa Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang sebelum ini dikenali sebagai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) akan diteruskan bagi tahun 2019 berjumlah RM100 untuk setiap penuntut IPT warganegara Malaysia.
2. BPPT akan disalurkan pada penghujung bulan Mac dengan menggunakan mekanisme yang sama seperti KADS1M iaitu kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang dulu.
3. Dengan peruntukkan sebanyak RM120 Juta, 1.2 juta pelajar dijangka akan diberi peluang untuk memanfaatkan bantuan ini bagi meringankan beban perbelanjaan mereka di IPT.
Nota : Perincian pelaksanaan BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan secara lanjut oleh Kementerian Pendidikan.

 

Berikut adalah syarat/kriteria kelayakan permohonan kad debit Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bagi tahun 2019 sebagai rujukan.

KRITERIA KELAYAKAN BPPT 2019

1.Warganegara Malaysia
2.Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-

  • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
  • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; atau
  • c) Mendapat pertimbangan daripada YB Menteri Pendidikan berdasarkan kriteria / syarat kelayakan seperti di atas.

Cara Semakan Kelayakan Permohonan BPPT 2019

Bantuan BPPT bernilai RM 100 akan disalurkan kepada pelajar IPT yang layak secara berperingkat mulai 28 Mac 2019.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU BPPT 2019 DAN SEMAKAN KELAYAKAN

Pelajar boleh menyemak status kelayakan dan mengisi borang permohonan secara atas talian di portal Bank Rakyat atau di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt
PERKARAPELAJAR SEDIA ADA (TELAH MEMILIKI KAD)PELAJAR BARU (TIADA KAD) / AKAUN TELAH DITUTUP
Tempoh Semakan Kelayakan
28 Mac 2019 – 28 April 2019
28 Mac 2019 – 28 April 2019
*Tempoh Pengemaskinian Data sekiranya status “TIADA REKOD”
28 Mac 2019 – 28 April 2019
28 Mac 2019 – 28 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “LAYAK”
Tidak perlu memohon / BPPT 2019 akan dikreditkan ke akaun sedia ada
1 April 2019 – 30 April 2019
Tempoh Permohonan bagi pelajar “TIADA REKOD”
Tidak Berkaitan
10 Mei 2019 – 31 Mei 2019
Tempoh Semakan Status Permohonan
Tidak Berkaitan
Semakan status permohonan boleh dibuat 2 minggu selepas tarikh permohonan sehingga 30 Jun 2019
Tempoh Pengambilan Kad
Tidak Berkaitan
Selewat-lewatnya pada 31 Julai 2019
Nota : Pelajar yang telah membuat permohonan boleh mengambil Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat di mana-mana cawangan Bank Rakyat selepas semakan status bertukar kepada “BPPT TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SIMPANAN-i BANK RAKYAT ANDA”.
*Sumber : GARIS PANDUAN PEMBERIAN BPPT KPM

*Sekiranya pelajar memenuhi kriteria kelayakan menerima BPPT 2019 tetapi semakan menunjukkan status “TIADA REKOD”

  • Pelajar diminta untuk menghubungi dan memaklumkan hal ini kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemaskini data di MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) / e-IPTS (IPT swasta) / penyelaras agensi bermula 28 Mac 2019 sehingga selewat-lewatnya pada 28 April 2019.

Cara Semakan Kelayakan Permohonan BPPT 2018

Sebagai rujukan, di bawah adalah maklumat mengenai BPPT bagi tahun sebelum ini untuk panduan semua.

Perhatian buat pelajar yang telah membuat permohonan KADS1M 2018. Anda tidak perlu risau jika anda masih tidak mendapat e-mail daripada Bank Rakyat mengenai status permohonan Kad Debit Pelajar anda.

Mulai 1 Jun 2017, Bank Rakyat telah menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian. KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Semakan KADS1M 2018 Online

Permohonan Baharu KADS1M/ Semakan Kelayakan : Pelajar boleh membuat semakan kelayakan samada layak membuat permohonan KADS1M (untuk pelajar baru/ telah menutup akaun BPPT) atau semakan layak menerima BPPT (pelajar baru) bermula dari tarikh 1 April 2018.

Cara Pengambilan KADS1M

Antara dokumen diperlukan ketika pengambilan KADS1M Debit:-

i) Umur Di Bawah 18 Tahun

  1. MyKad (Asal dan 1 salinan)
  2. Kad Pelajar (Asal & 1 salinan)
  3. Surat kebenaran dari ibu bapa/ penjaga
  4. Satu salinan MyKad Ibu Bapa/ Penjaga dan
  5. Sijil Kelahiran/ sijil anak angkat pelajar/ pelanggan (Asal serta 1 salinan)

ii) Umur 18 Tahun Dan Ke Atas

  • MyKad (Asal & 1 salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 salinan)

Apa Itu KADS1M?

Untuk makluman, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (dahulunya dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia) disalurkan kepada Pelajar Pendidikan Tinggi yang layak menerusi KADS1M Debit-i.

Kad Debit-i Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) adalah merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih. Selain itu, KADS1M Debit-i ini juga bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban pelajar.

Kelebihan Dan Keistimewaan KADS1M

  • MUDAH : 1 Kad untuk urusan pembelian, pembayaran dan pengeluaran tunai melalui Akaun Simpanan-i
  • SELAMAT : Alternatif terbaik kepada tunai untuk transaksi pembelian secara konvensional ataupun atas talian
  • JIMAT : Pelbagai diskaun dan promosi dari rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan MasterCard

Disamping itu, KADS1M :-

  1. Memudahkan ibu bapa untuk urusan deposit / kiriman wang kepada pelajar/anak.
  2. 6% GST tidak dikenakan untuk Yuran Tahunan & transaksi di semua mesin ATM Bank Rakyat.
  3. Transaksi tanpa tunai (cashless transactions) untuk sebarang urusan harian.
  4. Nikmati diskaun dan rebat tambahan daripada promosi rakan dagang yang berdaftar di bawah KPDNKK, Bank Rakyat dan juga MasterCard.

Ciri-ciri Kad Debit Pelajar

Di antara ciri-ciri yang terdapat dalam KADS1M adalah seperti berikut :-

  1. 3-dalam-1: Kad Debit, Kad Atm dan Kad Diskaun.
  2. Berkonsepkan Syariah.
  3. Tiada Riba’ dan Gharar.
  4. Tiada kadar tambahan untuk transaksi luar Negara.
  5. Transaksi Tanpa Sentuh (Contactless).
  6. Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan
  7. Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password (OTP).

Semoga perkongsian Semakan Kad Debit Pelajar Online (BPPT) ini dapat memberi manfaat buat semua. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah menerima Kad Debit-i Diskaun Siswa (Bank Rakyat).

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close