Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor 2019

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan Harapan dalam salah satu manifestonya akan menawarkan insentif siswa kepada anak johor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ adalah terbuka kepada anak Johor yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan sarjana muda. Permohonan terbuka untuk pemohon yang mendapat tawaran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih iaitu Kolej YPJ, Educity dan Marsah.

Pakatan Harapan Johor dalam PRU14 yang lalu berjaya menubuhkan kerajaan negeri setelah berjaya menang mudah ke atas kerajaan terdahulu, Barisan Nasional. Dalam kempen pakatan harapan (PH) telah menjanjikan 10 janji jika berjaya menawan Johor. Justeru itu, sebagai menunaikan janji PH Menteri Besar Johor telah mengumumkan menerusi laman facebook rasminya akan membuka permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Insentif Harapan Siswa..

Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor 2018

Tarikh Dan Cara Membuat Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor 2019 Online

Bagi memudahkan pemohon untuk membuat permohonan, berikut dikongsikan tarikh buka dan tarikh tutup membuat permohonan serta cara membuat permohonan untuk rujukan semua:

TARIKH PENTING

  • Dibuka : 20 Mei 2019
  • Ditutup : 20 Jun 2019

KADAR BANTUAN

  1. Diploma: RM500
  2. Ijazah Sarjana Muda: RM1000

Nota: Bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian

CARA PERMOHONAN INSENTIF HARAPAN SISWA

  1. Pemohon perlu melayari Laman Web Rasmi YPJ dan daftar pra-permohonan secara atas talian (online). Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan di pautan daftar pra-permohonan.
  2. Lengkapkan butiran permohonan secara online berserta dokumen sokongan
  3. Hantar slip permohonan berserta dokumen sokongan yang telah lengkap ke YPJ Larkin.

PENTING: Kepada ibubapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, sila muat turun borang pengesahan pendapatan ibubapa. Lengkapkan dan pastikan disahkan oleh PesuruhJaya Sumpah / pegawai gred A / yang setaraf dengannya.

Syarat Am Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan Insentif Harapan Siswa.

Pemohon perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  1. Pemohon hendaklah lahir dan menetap di Johor
  2. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tahun satu (semester 1) yang akan melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  3. Pemohon telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke institut.
  4. Tempoh pengajian hendaklah setahun atau lebih.
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas
  6. Pemohon hanya akan mendapat bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang pengajian.
  7. Pemohon tidak mendapat apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi lain.
  8. Permohonan bantuan bergantung kepada kelulusan pengurus besar YPJ

Dokumen Wajib

Antara dokumen penting yang perlu dihantar bersama adalah:

  1. Copy/ Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  2. Salinan kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan bapa atau Penjaga
  3. Salinan Resit Pembayaran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)

Nota: Pastikan dokumen sokongan disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan pemohon boleh menghubungi pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) melalui cara berikut:

Semoga perkongsian panduan Permohonan ini dapat membantu mereka yang berkelayakan untuk membuat permohonan seterusnya mengurangkan beban untuk melanjutkan pengajian tinggi. Selamat maju jaya diucapkan.

Tinggalkan Balasan