Syarat Am UPU Program Lepasan SPM/ STPM & Setaraf

Syarat-Syarat Am Program Pengajian Bagi Program Lepasan SPM Dan STPM Setaraf. Berminat untuk membuat permohonan UPU 2024 secara online? Sebagai panduan, berikut dikongsikan Syarat Am UPU iaitu untuk permohonan kemasukan ke UA/ IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ STPM dan setaraf. Jika anda melepasi syarat am ini, anda boleh menyemak syarat khas program pengajian yang anda diminati pula.

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti adalah dibuka dari 29 Februari 2024 hingga 29 Mac 2024. Tahun sebelum ini, 27 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023. BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan Jun / Julai dan STPM untuk sesi yang akan dikemaskini. Ianya dikategorikan kepada dua (2) saluran kemasukan iaitu UA/IPG/Kolej Matrikulasi/Politeknik Premier serta Politeknik Konvensional/ METrO/Kolej Komuniti/Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Syarat Am UPU

Senarai Syarat Am Permohonan UPU

Berikut adalah Syarat-Syarat Am Program Pengajian Bagi Program Lepasan SPM Dan STPM Setaraf buat panduan dan rujukan pemohon.

A. Syarat Am UPU Program Lepasan SPM (2023, 2022 & 2021)

Lepasan SPM dan setaraf adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada syarat am yang disertakan sebelum membeli Pin unik ID UPU di BSN dan membuat permohonan.

i) UA/ IPG/ Kolej Matrikulasi/ Politeknik Premier

Program Asasi/ Matrikulasi

  1. Warganegara Malaysia dan
  2. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/ setaraf (SPM/ setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Diploma

  • Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
  • Lulus Sejarah

ATAU

ii) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA

Program Diploma

  • Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
  • Lulus Sejarah

Program Sijil

Pemohon mestilah :-

  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Boleh menulis, membaca dan mengira

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Berikut adalah program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

  1. Semua program pengajian di UiTM;
  2. Asasi UIAM;
  3. UM Asasi Sains;
  4. Asasi UNIMAS;
  5. Asasi UMS;
  6. UniSZA Asasi;
  7. Asasi STEM UMT; Baharu dan
  8. Sijil dan Diploma di IKM, KKTM, MJII.

Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan :

  1. Asasi Pengajian Islam UM;
  2. Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  3. Tamhidi USIM;
  4. Asasi UKM, UUM;
  5. Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA, Politeknik, IKTBN, BLKP, JMTI, ILP dan ADTEC;
  6. Diploma Lanjutan di JMTI;
  7. Sijil Lanjutan di IKTBN; dan
  8. Sijil di Kolej Komuniti, IKBN, ILP, BLKP dan IKM.

B. Program Lepasan STPM/ Setaraf

Syarat Am permohonan kemasukan ke UA/ IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf adalah seperti berikut (akan dikemaskini):

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
  2. Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Program Pengajian di UiTM

  1. Program pengajian di UiTM hanya terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja.
  2. Semua program pengajian di UA lain (selain UiTM) terbuka kepada semua.

Kelayakan Akademik

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

DAN

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

DAN

iv. MALAYSIA UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.
  • Tempoh sah laku (5 tahun) keputusan MUET yang diguna pakai adalah keputusan yang dikeluarkan mulai 01 Januari 2013.

Semakan Syarat Kemasukan UPU Online

Sistem Semakan Syarat Kelayakan UPU dapat membantu pelajar dalam menyemak syarat kelayakan permohonan UPU termasuk semakan kelayakan pelbagai program pengajian di IPT. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan Semakan Syarat Kelayakan UPU : UA/ Politeknik.

Maklumat Lanjut UPU Online

Pemohon adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2024-2025 Online.

Semoga perkongsian Syarat Am UPU untuk Program Pengajian Lepasan SPM/ STPM & Setaraf boleh dijadikan panduan dalam membuat permohonan. Selamat memohon dan diucapkan semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi yang dihajati.

Tinggalkan Balasan