Maksud B40, M40, T20 Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan

Panduan buat semua rakyat Malaysia yang ingin mengetahui tentang kelas isi rumah mengikut pendapatan masing-masing. Seiring dengan usaha kerajaan yang ingin memberikan subsidi secara bersasar, penting untuk orang ramai mengetahui maksud pengelasan isi rumah seperti B40, M40 dan T20 supaya setiap rakyat tahu subsidi yang layak untuk diterima. Berikut dikongsikan Maksud B40, M40, T20 iaitu Golongan Isi Rumah mengikut Pendapatan mereka.

Jabatan Perangkaan Malaysia di bawah Kementerian Ekonomi merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam membuat bancian dan laporan tentang julat pendapatan rakyat Malaysia. Daripada maklumat tersebut, pengelasan golongan isi rumah mengikut pendapatan masing-masing boleh dilaksanakan. Hal ini bertujuan, bantuan kerajaan diterima oleh golongan sasaran dan membantu merapatkan jurang pendapatan antara rakyat bagi meningkatkan ekonomi negara.

maksud b m t kelas pendapatan isi rumah

Apa Itu B40, M40, T20 Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan

Berikut dikongsikan Maksud B40, M40, T20 Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan sebagai panduan buat semua rakyat Malaysia :-

Sebelum kita mendalami maksud golongan isi rumah di atas, di bawah adalah maksud-maksud terma penting untuk difahami:

  1. Isi rumah: Seorang individu atau sekumpulan individu yang berkaitan atau tidak tetapi duduk bersama di satu tempat tinggal dan membuat perbelanjaan untuk keperluan asas seperti makanan dan pakaian
  2. Pendapatan isi rumah: Jumlah pendapatan yang diperoleh setiap isi rumah dan boleh dirujuk sebagai pendapatan kasar
  3. Median: Pertengahan sesuatu yang disusun dari rendah ke tinggi, Contohnya, di Melaka, terdapat lima pendapatan isi rumah iaitu RM5,000, RM10,000, RM15,000, RM20,000 dan RM25,000 maka median pendapatan isi rumah di Melaka adalah RM15,000
  4. Purata Pendapatan Isi Rumah: Jumlah pendapatan isi rumah dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah

Secara amnya, kelas pendapatan isi rumah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu B40, M40 dan T20.

  • B40 bermaksud isi rumah yang memperoleh pendapat 40 peratus terendah daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia.
  • Manakala M40 bermaksud isi rumah yang memperoleh pendapatan 41 hingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia.
  • Akhir sekali, T20 bermaksud golongan isi rumah yang memperoleh pendapatan 20 peratus tertinggi daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia.

Dalam bahasa yang mudah pula, golongan B40 adalah mereka yang berpendapatan rendah, M40 golongan berpendapatan pertengahan, dan T20 golongan yang berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2020, Jabatan Perangkaan Malaysia telah memperincikan pengkelasan baharu kumpulan pendapatan isi rumah seperti berikut :-

B40

KumpulanHad PendapatanMedianPurata
B1Kurang daripada RM2,500RM1,929RM1,849
B2RM2,501 – RM3,170RM2,786RM2,803
B3RM3,171 – RM3,970RM3,556RM3,561
B4RM3,971 – RM4,850RM4,387RM4,395

Nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional terkini adalah pada RM2,208 sebulan. Dengan pengkelasan yang lebih terperinci ini, kerajaan dapat memastikan bantuan yang diberikan sampai kepada mereka yang disasarkan. Sebagai contoh, inisiatif Bantuan Sara Hidup, Skim PEKA dan Skim MySALAM dapat membantu golongan B40 yang berkelayakan dalam meringankan beban kos sara hidup.

M40

KumpulanHad PendapatanMedianPurata
M1RM4,851 – RM5,880RM5,336RM5,346
M2RM5,881 – RM7,100RM6,421RM6,477
M3RM7,101 – RM8,700RM7,828RM7,841
M4RM8,701 – RM10,970RM9,695RM9,730

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2022, seramai 3.16 juta isi rumah dalam golongan B40 berpendapatan RM5,250 ke bawah, 3.16 juta isi rumah berpendapatan RM5,251 hingga RM11,819 dan 1.58 juta isi rumah bependapatan RM11,820 dan ke atas.

T20

KumpulanHad PendapatanMedianPurata
T1RM10,971 – RM15,040RM12,586RM12,720
T2RM15,041 dan lebihRM19,781RM24,293

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, sila rujuk atau hubungi:-

Semoga perkongsian ini apa itu golongan B40, M40, T20 Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan membantu semua untuk memahaminya dengan lebih baik. Sebagai rakyat, kita bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat pada setiap bancian yang dijalankan supaya pihak kerajaan dapat melaksanakan dasar dan inisiatif yang menaikkan taraf ekonomi negara.

Rel : luar bandar, middle 40, purata isi rumah, top 20, bottom 40, laporan survei pendapatan isi rumah, golongan b40 m40, isi rumah di malaysia, kuala lumpur, kategori m40, kategori pendapatan b40, menteri ekonomi rafizi ramli, kategori b40, pengkelasan b40 m40 dan t20 akan dihapuskan secara berperingkat, rm4,851 hingga rm10,970, pendapatan bulanan,

Tinggalkan Balasan