Semakan MAIDAM : Status Bantuan Zakat Negeri Terengganu

Perhatian kepada rakyat negeri Terengganu khususnya asnaf-asnaf, tahukah anda cara untuk menyemak status bantuan zakat yang disediakan oleh negeri Terengganu? Sekiranya tidak, ikuti perkongsian Semakan MAIDAM Terengganu di bawah yang menjelaskan syarat-syarat penerima zakat, cara untuk memohon, senarai bantuan yang ditawarkan dan kaedah untuk menyemak status bantuan zakat oleh negeri Terengganu.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan kutipan dan pengagihan zakat di negeri Terengganu. Oleh itu, mereka yang menetap di negeri Terengganu boleh berhubung dengan pihak MAIDAM untuk menguruskan hal-hal berkaitan zakat dan juga hal ehwal Islam yang berkaitan.

Semakan MAIDAM Status Bantuan Zakat Negeri Terengganu

Semakan MAIDAM : Semak Status Bantuan Zakat Negeri Terengganu

Di bawah, rakyat negeri Terengganu boleh mendapatkan maklumat berkaitan Semakan MAIDAM : Status Bantuan Zakat Negeri Terengganu untuk panduan. Sebelum itu, mari kita semak siapa yang layak untuk menerima zakat :-

Siapa Layak Terima Zakat?

  1. Fakir: Orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50% untuk memenuhi keperluan asasi diridan orang dibawah tanggungannya
  2. Miskin: Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung separuh daripada keperluan asasi diri dan orang yang berada di bawah tanggungannya
  3. Amil: individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja urusan pungutan dan agihan zakat
  4. Muallaf: Seseorang yang baru memeluk agama Islam daripada agama lain.
  5. Ar-Riqab: Seseorang yang Islam dan dimerdekakan daripada cengkaman perhambaan atau penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental atau terbelenggu di bawah kawalan orang tertentu
  6. Al-Gharimin: Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggunganya yang dibenarkan oleh hukum Syarak
  7. Fisabilillah: Mana-mana orang yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya
  8. Ibnussabil: Mana-mana orang yang dalam perjalanan dari mana negeri atau negar ayang memerlukan bantuan dan diluluskan oleh hukum Syarak. Misalnya putus bekalan dalam perjalanan, memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan atau ditinggalkan dalam perjalanan

Selain itu, memandangkan urusan zakat di negara ini mengikut negeri masing-masing, berikut adalah syarat am kelayakan bantuan zakat MAIDAM:

  1. Merupakan rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu; Atau
  2. Telah bermastautin di Terengganu selama tiga (3) tahun berturut-turut atau lebih sebelum melanjutkan pengajian

Senarai Bantuan Yang Ditawarkan

Berikut pula adalah senarai bantuan yang ditawarkan oleh MAIDAM berdasarkan pungutan zakat mengikut kategori-kategori asnaf :-

1) Faqir

  • Bantuan kewangan/ Saraan bulanan
  • Bantuan sempena Ramadan
  • Agihan terus kepada fakir melalui pengeluar zakat
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
  • Bantuan Makanan/ Keperluan harian

2) Miskin

  • Bantuan Kecemasan/Bencana
  • Bantuan membina dan membaikpulih rumah
  • Bantuan sempena Ramadan
  • Agihan terus kepada miskin melalui pengeluar zakat
  • Bantuan kursus/latihan untuk anak-anak miskin
  • Bantuan perubatan
  • Bantuan modal bahan mentah untuk perniagaan
  • Bantuan sara hidup
  • Bantuan serta merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan sewa rumah
  • Bantuan makanan/keperluan harian

3) Amil

  • Ambilan terus oleh amil
  • Bantuan mengadakan pelbagai kursus

4) Muallaf

  • Saguhati Hari Raya
  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Dermasiswa Muallaf
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Umum Pelajaran
  • Pembinaan Rumah Individu
  • Saguhati Galakan Saudara Baru
  • Bantuan Modal
  • Bantuan Perubatan Muallaf
  • Kursus dan Latihan
  • Pengurusan Jenazah
  • Bantuan Berkhatan

5) Ar-Riqab

  • Bantuan pengurusan rumah perlindungan pesakit kronik/HIV
  • Bantuan pengurusan dan rawatan di pusat hemodialisis

6) Al Gharimin

  • Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
  • Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

7) Fisabilillah

  • Bantuan sumbangan tabung perkhidmatan pendidikan luar negara
  • Bantuan pengurusan rumah anak yatim MAIDAM
  • Bantuan pendidikan dalam negara
  • Bantuan pendidikan luar negara

8) Ibnu Sabil

  • Bantuan tambang kepada pelajar luar negara
  • Bantuan kepada orang yang terkandas dalam perjalanan

Cara Mohon Zakat

Sekiranya anda layak untuk mendapat bantuan zakat negeri Terengganu, permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) di pautan berikut :-

Pemohon perlu memastikan maklumat diisi dengan lengkap dan kemudian mencetak salinan borang tersebut. Borang permohonan serta salinan dokumen-dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat daerah masing-masing.

Carta Alir Proses Permohonan Bantuan Zakat Terengganu

carta air permohonan bantuan zakat terengganu

Semak Status Bantuan Zakat

Mereka yang telah membuat permohonan, boleh membuat semakan status permohonan bantuan seperti berikut :-

1. Akses Laman Web Rasmi MAIDAM :

Semakan Bantuan Zakat

2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon

3. Tekan butang “Klik Untuk Semak”

4. Status permohonan anda akan dipaparkan

Maklumat lanjut

Jika terdapat sebarang masalah berkenaan Semakan MAIDAM : Status Bantuan Zakat Negeri Terengganu, sila hubungi:

  • Nombor Telefon: 09-6303030
  • Laman Web Rasmi: MAIDAM
  • Alamat: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) Pusat Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20519 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Rel : permohonan zakat, untuk membuat semakan, umat islam di terengganu, sosio ekonomi umat islam, http www.espmb.com,

Tinggalkan Balasan