Panduan buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ingin mengetahui tarikh-tarikh penting berkaitan STR 2025. Berikut dikongsikan Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 1, 2, 3 & 4 (Sumbangan Tunai Rahmah) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM). Makluman tarikh akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan secara rasmi oleh LHDNM, Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri.
Kerajaan telah mengumumkan peruntukkan berjumlah RM2.3 bilion pada pembentangan Belanjawan 2025 untuk diberikan kepada 8.3 juta penerima yang layak. Bayaran bantuan akan dibuat secara berfasa sepanjang tahun dan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank penerima. Bagi penerima yang tiada akaun bank, akan mendapat bayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Selain STR, penerima yang layak juga akan mendapat bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menampung keperluan asas.
Tarikh Pembayaran STR 2025 Fasa 1, 2, 3 & 4 (Sumbangan Tunai Rahmah)
Bagi mendepani cabaran kos sara hidup, Kerajaan memperkenalkan Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang berkelayakan. Kerajaan melalui penyasaran semula subsidi dapat meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR.
Berikut dikongsikan Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 1, 2, 3 & 4 (Sumbangan Tunai Rahmah) mengikut kategori-kategori kelayakan yang telah dibahagikan. Kadar bayaran juga berbeza mangikut kategori. Oleh itu, penerima perlu sentiasa mengemaskini maklumat agar kadar bantuan yang diberikan menepati kategori masing-masing.
Kategori Isi Rumah RM2,500 Dan Ke Bawah
Jumlah bantuan yang diberikan mengikut bilangan anak serta tarikh pembayaran mengikut fasa:
- Tiada anak: RM1,000
- 1 – 2 orang anak: RM1,500
- 3 – 4 orang anak: RM2,000
- 5 orang anak dan ke atas: RM2,500
Isi Rumah RM2,500 Dan Ke Bawah | ||||
Bilangan anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
0 | RM500 | – | – | – |
1 – 2 | RM500 | – | – | – |
3 – 4 | RM500 | – | – | – |
> 5 | RM500 | – | – | – |
Tarikh | 22-28 Januari 2025 | – | – | – |
Kategori Isi Rumah RM2,501-RM5,000
Di bawah adalah jumlah bantuan yang diberikan mengikut bilangan anak diikuti dengan tarikh dan jumlah bayaran mengikut fasa:
- Tiada anak: RM500
- 1 – 2 orang anak: RM750
- 3 – 4 orang anak: RM1,000
- 5 orang anak dan ke atas: RM1,250
Isi Rumah RM2,501-RM5,000 | ||||
Bilangan anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
0 | RM150 | – | – | – |
1 – 2 | RM150 | – | – | – |
3 – 4 | RM250 | – | – | – |
> 5 | RM300 | – | – | – |
Tarikh | 22-28 Januari 2025 | – | – | – |
Kategori Warga Emas
Bagi penerima warga emas, berikut adalah jumlah bantuan tunai yang akan diterima secara berfasa:
- Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan: RM600
Warga Emas | ||||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 | |
Jumlah | RM150 | – | – | – |
Tarikh | 22-28 Januari 2025 | – | – | – |
Kategori Individu Bujang dan OKU
Golongan bujang dan OKU pula akan menerima jumlah bantuan mengikut fasa seperti berikut:
- Individu & OKU Bujang: RM600
Individu Bujang dan OKU | ||||
Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 | |
Jumlah | RM150 | – | – | – |
Tarrikh | 22-28 Januari 2025 | – | – | – |
Cara Permohonan STR 2025
Untuk makluman umum, permohonan STR dibuka sepanjang tahun. Terdapat dua kaefah permohonan iaitu secara dalam talian (online) dan melalui borang kertas:-
Permohonan secara dalam talian
- Layari Portal Rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
- Klik “Permohonan Batu STR”
- Lengkapkan maklumat pemohon seperti No. MyKad, Pekerjaan, Status Perkahwinan dan No. Akaun Bank.
- Muat naik Dokumen Sokongan seperti pengesahan status perkahwinan sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin/ Cerai/ Kematian Pasangan
- Kemudian klik “Teruskan” dan buat pengesahan permohonan.
- Klik “Hantar” untuk membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah
Permohonan Melalui Borang
Borang permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau di Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Penghantaran borang secara e-mel adalah tidak diterima sebaliknya perlu dihantar ke pejabat yang telah disenaraikan.
Semakan STR 2025 (Status Kelayakan)
Sekiranya anda teah membuat permohonan sama ada melalui borang atau secara online, semakan kelayakan menerima STR boleh dilakukan secara atas talian:-
- Layari Portal Rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my/)
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor MyKad anda
- Buat pengesahan kata kunci keselamatan
- Satu paparan akan dikeluarkan menunjukkan nama pemohon, no. MyKad, status permohonan dan maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik “Semakan Pembayaran Fasa 1”
- Masukkan kata laluan
- Status pembayaran akan dipaparkan
Soalan-Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah
Berikut adalah soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan STR untuk rujukan semua:-
1. Siapakah yang perlu membuat permohonan baharu STR 2025?
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawa; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang/ tiada pasangan/ tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
2. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR?
Pemohon:
- i. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- ii. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- iii. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
- iv. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
- v. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2025
Pasangan:
- i. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak:
- i. Anak Kandung
• Salinan Sijil Lahir; dan
• Salinan MyKad / MyKid - ii. Anak Angkat
• Salinan MyKad / MyKid; dan
• Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
3. Saya berumur 20 tahun pada tahun 2024, adakah saya layak memohon STR 2025?
Ya, anda layak membuat permohonan bagi kategori bujang kerana menepati syarat umur 21 tahun pada tahun 2025.
4. Sijil perkahwinan saya telah hilang, apakah dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?
Dokumen sokongan yang boleh digunakan sebagai pembuktian status perkahwinan:
- kad nikah; atau
- Sijil lahir anak
5. Saya telah menghantar permohonan STR. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?
Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum permohonan anda diproses sepanjang tahun.
Senarai soalan-soalan lazim yang lebih terperinci boleh dimuat turun melalui pautan berikut:-
- FAQ Sumbangan Tunai Rahmah 2025
- FAQ Semakan Status STR
- FAQ Kemaskini Maklumat Pemohon
- FAQ Pembayaran STR
Maklumat Lanjut
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
- Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 1, 2, 3 & 4 (Sumbangan Tunai Rahmah) membantu anda merancang perbelanjaan sepanjang tahun ini.
Rel : diberikan kepada penerima yang layak, tahun 2025, rakyat malaysia, kategori penerima, sumbangan tunai rahmah str fasa, layari laman web, jadual str 2025 tarikh bayaran bantuan fasa 1,2,3,4, untuk membantu, laman web rasmi sumbangan tunai rahmah, menerima bantuan, penunaian di cawangan bank simpanan nasional bsn, bertujuan untuk, april 2025, kategori kelayakan, mengikut nombor, bantuan kewangan, pembayaran sumbangan tunai rahmah str fasa, penerima yang tidak mempunyai akaun bank, untuk mengetahui, untuk pengesahan nombor kad pengenalan klik pada butang maklumat bayaran, kerajaan malaysia,