Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Anda berminat untuk menyertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai salah seorang anggota polis. Polis adalah salah satu pasukan beruniform di Malaysia selain Tentera, Bomba, Kastam, JPJ dan banyak lagi. Terdapat beberapa peringkat Pangkat Pegawai Tinggi Dan Rendah Dalam PDRM. Berikut dikongsikan Senarai Pangkat Polis PDRM Polis DiRaja Malaysia dari Pemerintah Tertinggi, Pegawai Kanan hingga ke Pegawai Rendah.

Kepada Warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi Polis, anda boleh membuat application sebagai seorang Polis secara online. Permohonan adalah percuma dan dibuka pada setiap tahun. Anda perlu memastikan bahawa setiap kriteria yang ditetapkan untuk menjadi seorang anggota polis dipenuhi sebelum membuat permohonan melalui ePengambilan PDRM.

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia PDRM

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Menjadi seorang Polis adalah merupakan cita-cita ramai pelajar di sekolah. Polis DiRaja Malaysia atau PDRM mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kumpulan pegawai kanan polis dan kumpulan pegawai rendah seperti berikut:-

  • Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari peringkat pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis
  • Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel

Polis diraja malaysia mempunyai beberapa istilah pangkat. Berikut pula adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM yang dirujuk dari Portal Rasmi PDRM :-

A. Pemerintah Tertinggi PDRM

  1. Ketua Polis Negara (IGP) : Inspector General of Police
  2. Timbalan Ketua Polis Negara (DIGP) : Deputy Inspector General of Police

B. Pegawai-Pegawai Kanan Polis

  1. Pesuruhjaya Polis (CP) : Commissioner of Police
  2. Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) : Deputi Commissioner of Police
  3. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SACP) : Senior Assistant Commissioner of Police
  4. Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) : Assistant Commissioner of Police
  5. Penguasa Polis (SP) : Superintendant of Police
  6. Timbalan Penguasa Polis (DSP) : Deputy Superintendant of Police
  7. Penolong Penguasa Polis (ASP) : Assistant Superintendant of Police
  8. Inspektor Polis (INSP) : Inspector of Police
  9.  Inspektor Percubaan Polis (P/INSP) : Probationary Inspector of Police

C. Pegawai Rendah Polis

  1. Sub Inspektor Polis (S/INSP) : Sub Inspector of Police
  2. Sarjan Mejar (SJN/M) : Police Sergeant Major
  3. Sarjan (SJN) : Police Sergeant
  4. Koperal (KPL) : Police Corporal
  5. Lans Koperal (L/KPL) : Police Lance Corporal
  6. Konstabel (KONST) : Police Constable

Grafik Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia

Untuk lebih jelas, berikut dikongsikan grafik senarai pangkat polis :-

senarai pangkat polis pegawai atasan dan bawahan

Tugas Seorang Polis

Menurut Portal Rasmi Polis DiRaja Malaysia, Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

  1. menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  2. memproses risikan keselamatan;
  3. menjalankan pendakwaan;
  4. memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  5. memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  6. melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  7. mempamerkan maklumat;
  8. melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  9. menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  10. memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  11. melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  12. menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  13. menjaga ketenteraman didalamnya dan
  14. mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Dasar Utama Polis Diraja Malaysia

Berdasarkan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 menggariskan:-

Demi kedaulatan negara dan kesejahteraan masyarakat dan kewibawaan pasukan, kewajipan asasi anggota Polis Diraja Malaysia adalah

  • memelihara undang-undang dan ketenteraman
  • mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia
  • mencegah dan mengesan penjenayah
  • menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah dan
  • mengumpul risikan keselamatan

Objektif PDRM

Objektif penubuhan pasukan Polis Diraja Malaysia pula adalah:-

  • Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, ketenteraman awam dan keselamatan negara
  • Mengawal dan membanteras jenayah dan ancaman dadah/ bahan bagi mengurangkan kegusaran masyarakat
  • Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengumpulan risikan keselamatan
  • Mempertingkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam
  • Melaksanakan konsep “total policing” melibatkan penyertaan masyarakat dan pemegang taruh yang lain
  • Mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan aset dalam pelaksanaan tugas-tugas kepolisan
  • Mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu-isu jenayah dan kesan-kesan perlakuan jenayah
  • Mewujudkan suasana kondusif dari aspek spiritual dan moral

Jabatan – Jabatan Utama PDRM

Untuk makluman semua, PDRM terbahagi kepada 10 jabatan utama yang diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat K0misioner Polis. Senarai jabatan tersebut adalah :-

  1. Jabatan Pengurusan
    • bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM
  2. Cawangan Khas
    • bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat dan risikan keselamatan
  3. Jabatan Siasatan Jenayah
    • memainkan peranan dalam penyiasatan kes-kes jenayah serta menjalankan tangkapan dan pendakwaan pesalah-pesalah
  4. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam
    • Bahagian operasi PDRM
  5. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
    • menjalankan penyiasatan, menangkap dan mendakwa jenayah kolar putih
  6. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
    • bertanggungjawab dalam penyiasatan dan pendakwaan kes-kes yang berhubung dengan masalah pengedaran dan penyalah gunaan dadah
  7. Jabatan Logistik dan Teknologi
    • menyokong PDRM dari segi kewangan, bekalan, persenjataan dan lain-lain
  8. Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
  9. Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
  10. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
    • menguatkuasakan undang-undang lalu lintas, saman dan penyiasatan serta pendakwaan melibatkan pengguna jalan raya

Pucuk Pimpinan PDRM Terkini (Pangkat Polis)

Di bawah adalah barisan kepimpinan PDRM yang terkini daripada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan pengarah-pengarah setiap jabatan utama:-

pucuk pimpinan pdrm

Untuk sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) atau ibu pejabatnya di bukit aman kuala lumpur seperti perincian berikut:

  • Telefon : 03 – 2266 2222
  • Faks : 03 – 2070 7500
  • Alamat : Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur

Semoga perkongsian Senarai Pangkat Dalam PDRM Polis DiRaja Malaysia boleh dijadikan panduan buat mereka yang berminat untuk menjadi Polis.

Rel : senior asisten komisioner polis sac, ibu pejabat polis bermula dari pangkat inspektor sehingga inspektor general polis dan kumpulan pegawai rendah polis dan konstabel, diketuai oleh undang undang untuk ditangkap, pdrm terbahagi kepada 2 kategori iaitu kumpulan pegawai kanan polis bermula dari pangkat inspektor sehingga inspektor general polis dan kumpulan pegawai rendah polis dan konstabel, asisten komisioner polis acp, sah oleh undang undang untuk ditangkap, deputi inspektor sehingga inspektor general polis dan kumpulan pegawai rendah polis dan konstabel, mengiring dan kumpulan pegawai rendah polis dan konstabel, inspektor jeneral polis dig, menangkap semua orang yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kumpulan pegawai kanan polis bermula dari pangkat inspektor sehingga inspektor general polis dan kumpulan pegawai rendah polis dan konstabel, 16 peringkat pangkat pangkat pangkat yang terdapat dalam pdrm, deputi inspektor jeneral polis,

Tinggalkan Balasan