Semakan MAIK : Bantuan Majlis Agama Islam Kelantan (Status eAgihan)

Panduan kepada masyarakat Islam di negeri Kelantan Darul Naim, tahukah anda tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh Bantuan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)? Terdapat pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan bagi mereka yang memerlukan dalam aspek kebajikan, pendidikan dan pembangunan ekonomi. Oleh itu, dibawah dikongsikan maklumat berkaitan Semakan MAIK : Bantuan Majlis Agama Islam Kelantan (Status eAgihan) untuk panduan semua.

Majlis Agama Islam Kelantan telah ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan dengan 24 Disember 1915 dan berfungsi sebagai penasihat kepada Sultan Kelantan dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu. MAIK kini bertanggungjawab untuk menguruskan zakat, asnaf, baitulmal, wakaf dan dakwah di seluruh negeri Kelantan telah menyediakan satu sistem online atau atas talian untuk memudahkan urusan bantuan yang disediakan. Proses permohonan yang mudah ini selaras dengan objektif untuk memastikan kesejahteraan masyarakat Islam di negeri Kelantan kekal baik dan taraf fidup dalam ditingkatkan.

Semakan MAIK Bantuan Majlis Agama Islam Kelantan Status Agihan

Semakan Status Bantuan MAIK 2024 (Status eAgihan Majlis Agama Islam Kelantan)

Berikut dikongsikan informasi berkaitan Bantuan Majlis Agama Islam Kelantan (Status eAgihan). Kenalpasti senarai bantuan yang ditawarkan dan syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan.

Senarai Bantuan eAgihan MAIK

Bantuan boleh dimohon oleh orang awam atau melalui institusi, sekolah, pejabat tanah atau pegawai yang berkaitan. Di bawah adalah senarai bantuan yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan :-

  • Bantuan Am
  • Bantuan Hari Raya
  • Bantuan Tetap Bulanan
  • Bantuan Rawatan Perubatan
  • Bantuan Persekolahan
  • Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Bantuan kepada Pelajar Sekolah Pondok dan Tahfiz
  • Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
  • Bantuan kepada Gharimin
  • Bantuan Pembangunan Asnaf
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Rawatan dan Perubatan (Projek Khas)
  • Bantuan Rumah Kediaman
  • Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK
  • Biasiswa Pendidikan Luar Negara MAIK
  • Biasiswa Profesional Perakuanan
  • Dermasiswa Sultan Ismail Petra
  • Program Biasiswa Sultan Ismail Petra
  • Biasiswa Tengku Anis MAIK

Syarat Kelayakan

Bagi memastikan bantuan yang diberikan sampai kepada golongan yang benar memerlukan, MAIK telah menetapkan syarat-syarat bagi setiap jenis bantuan yang ditawarkan. Antara syarat am kelayakan adalah :-

  1. Merupakan warganegara Malaysia yang beragama Islam dan bermastautin di Kelantan
  2. Berpendapatan isi rumah di bawah paras yang ditetapkan oleh MAIK bergantung kepada jenis bantuan yang dipohon
  3. Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dan sah untuk menyokong permohonan

Syarat yang lebih terperinci mengikut setiap jenis bantuan MAIK boleh disemak pada pautan berikut :-

Cara Mohon Bantuan eAgihan 

Di bawah adalah kaedah permohonan bantuan yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan :-

PERMOHONAN eAgihan merangkumi 20 jenis bantuan. Pemohon boleh membuat permohonan dengan memilih bantuan tersebut untuk diproses oleh pihak MAIK. Bantuan MAIK ini adalah dari sumber wang zakat yang disediakan hanya kepada golongan asnaf yang sangat memerlukan bantuan.

Sila masukkan No. Kad Pengenalan Baru / No. Passport dan pilih jenis bantuan.

  1. Layari laman sesawang rasmi Portal eAgihan MAIK (https://eagihan.e-maik.my/)
  2. Klik ‘Permohonan’
  3. Pemohon perlu memilih Jenis Bantuan yang diperlukan
  4. Paparan Syarat Kelayakan jenis bantuan akan dipaparkan untuk panduan pemohon.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon atau No. Passport dan klik ‘Semak Kelayakan’
  6. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan klik ‘Semak’
  7. Paparan keputusan semak kelayakan untuk membuat permohonan akan dipaparkan dan klik ‘Mohon’

Cara Semakan MAIK Status Agihan

Selepas membuat permohonan, langkah untuk membuat semakan status agihan bantuan adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon boleh layari laman sesawang rasmi Portal eAgihan MAIK
  2. Isi nombor kad pengenalan dan klik butang ‘Semak’
  3. Semua permohonan akan dipaparkan dan klik ‘Keterangan Lanjut’ untuk melihat status agihan bantuan
  4. Status semakan akan dipaparkan berdasarkan nombor Rujukan Permohonan yang telah dibuat sebelum ini. Jika status terkini adalah ‘Permohonan’, pemohon boleh mengemaskini maklumat di ruangan ‘Kemaskini’

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Semakan Bantuan MAIK : Majlis Agama Islam Kelantan (Status Agihan), sila rujuk :-

Rel : majlis agama islam dan adat istiadat melayu kelantan, maahad tahfiz,

Tinggalkan Balasan