Kalendar Islam 2025 / 1446H-1447H & Tarikh Puasa Sunat

Panduan buat semua umat Islam yang ingin mengetahui tarikh penting dalam bulan Islam bagi tahun 2025. Berikut dikongsikan tarikh penting yang melibatkan perayaan dan hari kebesaran Islam mengikut Kalendar Islam 2025 / 1446H-1447H (Berdasarkan Bulan Islam). Anda boleh merujuk takwim Hijrah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti di bawah. Juga dikongsikan informasi berkaitan tarikh-tarikh puasa sunat dan wajib bagi tahun 2025.

Umat Islam seharusnya merujuk pada kalendar di bawah bagi memastikan ibadah-ibadah yang wajib atau sunat seperti berpuasa dapat diamalkan dan tidak terlepas waktunya. Perancangan awal untuk membahagikan masa beribadah dan urusan-urusan lain seperti pekerjaan boleh disusun menepati waktu dan masa yang sesuai.

Kalendar Islam H H Mengikut Bulan

Takwim 2025 Miladiah / 1446H-1447 Hijriah Bulan Islam Bagi Malaysia Dan Tarikh Puasa Sunat & Wajib

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Kalendar Islam 2025 / 1446H-1447H (Mengikut Bulan) untuk makluman semua. Takwim Islam bermula pada 16 Julai 622 Masihi menurut al-Biruni. Takwim ini merujuk kepada peredaran bulan semata-mata dan perkiraan yang dibuat bersandarkan kepada al-Quran dan al-Hadis. Penggunaan takwim Islam ini bermula ketika zaman Saidina Umar al-Khattab.

Beliau telah memilih tahun penghijrahan Rasullullah S.A.W sebagai permulaan tahun hijrah dan bulan Muharam sebagai bulan pertama. Penentuan tarikh-tarikh penting seperti puasa dan hari raya akan dicerap penampakan anak bulan oleh Panel Pakar Falak JAKIM dan diisytiharkan degan tepat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Islam

Berikut adalah tarikh-tarikh penting seperti hari perayaan atau hari kebesaran bagi umat Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan tarikh mula berpuasa. Tarikh penting dalam Islam ini diterbitkan oleh Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tarikh Hijri (1446)Tarikh Masihi (2025)Hari Perayaan/ Kebesaran Islam
27 Rejab
27 Januari
Israk Mikraj
1 Ramadhan*
2 Mac

Awal Ramadhan/ Tarikh Mula Puasa

17 Ramadhan
18 Mac
Nuzul  Al-Quran
1 Syawal*
31 Mac
Hari Raya Puasa/ Aidilfitri
1 Zulhijjah
29 Mei
Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah*
7 Jun
Hari Raya Qurban/ Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 1447H
27 Jun
Awal Muharam/ Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1447H
5 September
Maulidur Rasul

Tarikh yang bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.

Takwim Kalendar Hijriah

Di bawah pula adalah Takwim Miladiah bagi Malaysia yang menggabungkan tarikh Kalendar Miladi dan Tarikh Hijrah bagi tahun 2025/ 1446-1447 :-

Takwim Miladiah Hijrah

SUMBER : JAKIM

Bulan dalam Takwim Islam terdapat 12 bulan iaitu :-

1) Muharram merupakan bulan pertama dalam Kalendar Hijrah dan dianggap sebagai salah satu bulan suci dalam Islam dan dikenali sebagai bulan larangan. Tarikh Penting:

  • Awal Muharram : 1 Muharram
  • Hari Asyura : 10 Muharram

2) Safar

3) Rabiulawal pula adalah bulan ketiga dan Kalendar Hijrah dan merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Tarikh Penting:

  • Maulidur Rasul : 12 Rabiulawal

4) Rabiulakhir

5) Jamadilawal

6) Jamadilakhir

7) Rejab adalah bulan ketujuh dan dikenali sebagai bulan haram di mana umat Islam bersedia menuju bulan Ramadan. Tarikh Penting:

  • Israk dan Mikraj: 27 Rejab

8) Bulan kelapan dalam kalendar Hijrah adalah bulan Syaaban.  Tarikh penting :

  • Nisfu Syaaban : 15 Februari

9) Ramadan merupakan bulan kesembilan dan bulan paling mulia. Semua umat Islam diwajibkan berpuasa sepanjang bulan ini menurut Rukun Islam. Tarikh Penting:

  • Satu Ramadhan : 1 Ramadhan
  • Nuzul Al-Quran : 17 Ramadhan

10) Bulan kesepuluh dalam kalendar Hijrah adalah bulan Syawal.

  • Hari Raya AidilFitri : 1 Syawal

11) Zulkaedah

12) Zulhijjah bulan kedua belas dan bulan terakhir dalam Kalendar Hijrah dan dikenali dengan ibadah Haji dan Hari Raya Aidiladha.

  • Hari Arafah : 9 Zulhijjah
  • Hari Raya Aidiladha : 10 Zulhijjah

Takwim 2025 / 1446-1447H

Di bawah adalah kalendar masihi bagi tahun 2025 beserta bulan Islam 1446/1447 Hijrah yang dikongsikan oleh Majlis Agama Islam Johor untuk panduan orang ramai.

  • 1. Bulan Rejab / Syaaban 1446H

kalendar islam januari

  • 2. Bulan Syaaban 1446H

kalendar islam februari

  • 3. Bulan Syaaban / Ramadan / Syawal 1446H

kalendar islam mac

  • 4. Bulan Syawal / Zulkaedah 1446H

kalendar islam april

  • 5. Bulan Zulkaedah / Zulhijah 1446H

kalendar islam mei

  • 6. Bulan Zulhijjah 1446H/ Muharam 1447H

kalendar islam jun

  • 7. Bulan Muharram / Safar 1447H

kalendar islam julai

  • 8. Bulan Safar / Rabiulawal 1447H

kalendar islam ogos

  • 9. Bulan Rabiulawal / Rabiulakhir 1447H

kalendar islam september

  • 10. Bulan Rabiulakhir / Jamadilawal 1447H

kalendar islam oktober

  • 11. Bulan Jamadilawal / Jamadilakhir 1447H

kalendar islam november

  • 12. Bulan Jamadilakhir / Rejab 1447H

kalendar islam disember

SUMBER : MAIJ

Kalendar Puasa Sunat 2025 & Wajib

Selain kewajipan mengerjakan puasa pada bulan Ramadan, umat Islam turut digalakkan untuk berpuasa sunat. Ianya merupakan salah satu ibadah yang selalu diamalkan oleh umat Islam untuk mempertingkatkan iman serta menjadi medium untuk mengumpul pahala.

Ada puasa sunat yang berbentuk mingguan (Isnin dan Khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan dan puasa tahunan (Hari Arafah, A’syura dan enam hari di bulan Syawal).

Fadhilat ibadah puasa adalah sangat besar kerana Allah sendiri yang akan memberi ganjaran kepada hambaNya yang berpuasa.

Diantara jenis-jenis puasa sunat adalah seperti berikut :-

  1. Puasa Bulan Zulhijjah
  2. Puasa Hari Arafah
  3. Puasa 6 di bulan Syawal
  4. Puasa pada Hari Putih setiap bulan (Puasa Ayyamul Bidh)
  5. Puasa Isnin & Khamis
  6. Puasa Hari Asyura’ & Tasu’aa

Untuk tarikh-tarikh penting Puasa Sunat dan wajib tahun 2025 bersamaan dengan tahun 1446-1447 Hijrah, sila rujuk kepada paparan grafik di bawah.

kalendar puasa sunat dan wajibkalendar puasa sunat dan wajib

Moga perkongsian berkenaan Kalendar Islam 2025 / 1446H-1447H (Mengikut Bulan) membantu semua umat Islam untuk membuat perancangan dan persiapan masing-masing.

Rel : menghapuskan dosa setahun, Allah swt, padang arafah, dosa dosanya, berpuasa pada hari arafah, rasulullah saw bersabda, baginda bersabda, tahun baru islam, tarikh atau hari, 12 rabiulawal maulidur rasul, no 23 jalan tunku abdul rahman presint 3, blok a dan b kompleks islam putrajaya, 10 zulhijjah hari raya aidiladha, 1 syawal hari raya aidilfitri, hari raya haji,

Tinggalkan Balasan