Permohonan UMP Ambilan Kedua 2024

Panduan buat para pelajar lepasan STPM/Setaraf yang ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Buat pengetahuan semua, permohonan UMP bagi Ambilan Februari iaitu ambilan kedua untuk Program Ijazah Sarjana Muda akan dibuka pada November 2023.

Selain UMP, terdapat beberapa Universiti Awam lain yang menawarkan pengambilan kedua bagi pelajar lepasan SPM/STPM dan setaraf. Antaranya ialah UTM, UUM, UIAM, UMK, UPSI, dan UiTM.

Permohonan UMP Ambilan Kedua 2020

Permohonan UMP Ambilan Kedua 2023/2024 Secara Online (Februari)

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti awam yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP ada menawarkan pelbagai program teknikal yang berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi.

Dalam bidang penyelidikan pula, UMP memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.

1. Tarikh Penting Permohonan UMP Ambilan Kedua 2023/2024

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Ambilan Kedua 2023/2024:

Tarikh Permohonan : 17 November hingga 25 Disember 2023

2. Aplikasi Permohonan

Para pemohon boleh membuat permohonan melalui aplikasi di bawah:

Aplikasi Permohonan : https://admission.ump.edu.my/

3. Syarat Kemasukan UMP Ambilan Kedua 2023/2024

Berikut dikongsikan syarat kelayakan termasuk syarat am dan syarat khas bagi kemasukan ke UMP Ambilan Kedua 2023/2024:

Syarat Am:

  • Lepasan STPM dan setaraf.
  • Minimum kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Lulus Sejarah pada peringkat SPM.

Syarat Khas:

  • Tertakluk pada program pengajian

4. Program Pengajian UMP Yang Ditawarkan Pada Sesi Februari Ambilan Kedua 2023/2024

Berikut dikongsikan senarai program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan pada pengambilan kedua UMP Februari 2024.

Permohonan kemasukan adalah terbuka untuk pelajar lepasan STPM/ setaraf.

1.Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Proses

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum)
  • Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal)

2. Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Sumber Alam

  • Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran)
  • Kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur)
  • Kejuruteraan (Bangunan)

3. Fakulti Sains Komputer Dan Kejuruteraan Perisian

  • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sains Komputer (Teknologi Grafik dan Multimedia)
  • Sains Komputer (Sistem Komputer dan Rangkaian)

4. Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

  • Kejuruteraan (Elektrikal)
  • Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer)

5. Fakulti Sains Dan Teknologi Industri

  • Kimia Industri
  • Bioteknologi Industri
  • Teknologi Bahan

6. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

  • Kejuruteraan Pembuatan
  • Kejuruteraan Mekatronik (Robotik)
  • Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri)

7. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

  • Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk & Analisis)
  • Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

8. Fakulti Pengurusan Industri

  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Teknologi Industri
  • Analitis Perniagaan

9. Program Sarjana Muda Yang Ditawarkan

  • Kejuruteraan Mekatronik (Dual Ijazah : Program Kerjasama dengan Karlsruhe University Of Applied Sciences, Jerman)
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Sains Gunaan Kimia Industri
  • Sains Gunaan Teknologi Bahan
  • Sains Gunaan Bioteknlogi Industri

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

5. Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Telefon

  • 09-431 5060 / 6800

Emel

  • intake@ump.my

Facebook

iklan permohonan ump ambilan kedua universiti malaysia pahang

Diharap agar maklumat berkaitan Permohonan di atas ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UMP.

Tinggalkan Balasan