Permohonan UTEM Mac 2024 Ambilan Kedua

Permohonan Kemasukan Ke UTEM Mac 2024 Ambilan Kedua. Panduan buat pelajar lepasan STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda. Buat makluman semua, UTEM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan Mac sesi Akademik 2023/ 2024 (Second intake) bagi Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma. Para pelajar lepasan DVM (Kolej Vokasional)/ Setaraf juga amat dialu-alukan untuk memohon. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan UTEM secara online buat rujukan pelajar.

Buat pengetahuan anda, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ditubuhkan pada 1 Disember 2000 sebagai IPTA Teknikal pertama di Malaysia. Pada waktu itu ia dikenali sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM). Pada 1 Februari 2007, nama tersebut telah ditukar kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka sebagai sebuah penjenamaan semula.

Permohonan UTEM Februari 2020

Permohonan UTEM Online Ambilan Kedua Mac 2024

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan berkaitan Permohonan UTEM Mac 2024 Ambilan Kedua untuk program Ijazah Sarjana Muda meliputi tarikh penting permohonan dan syarat kelayakan serta pautan borang online.

Maklumat lain yang dikongsikan termasuk iklan permohonan dan cara hubungi :-

1. Tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh penting Ambilan Kedua UTEM:

  • Tarikh Buka : 20 Disember 2023, Jam 12.00 Tengahari
  • Tarikh Tutup : 9 Januari 2024, Jam 5.00 Petang

2. Syarat Permohonan

Untuk memohon, anda hendaklah menepati syarat-syarat berikut:

  1. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi dan Diploma yang berkaitan daripada Universiti Awam (UA)/ Politeknik/ Universiti Swasta atau setaraf
  2. Para pemohon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Band 2 dalam peperiksaan MUET
  3. Pemohon tidak aktif di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain.

3. Pautan Borang Permohonan

Untuk memohon secara online, sila layari pautan berikut:

4. Senarai Kursus UTEM Mac 2024 Ambilan Kedua

Untuk makluman, terdapat 5 jenis Kursus Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan bagi ambilan semester 2 sesi 2023/2024.

  1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
  4. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ( Proses Dan Teknologi ) Dengan Kepujian
  5. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ( Reka Bentuk Produk ) Dengan Kepujian
  6. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian
  7. Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer Dengan Kepujian
  8. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi) Dengan Kepujian
  9. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Dengan Kepujian
  10. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik Dengan Kepujian

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Alamat Dan Lokasi

  • Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka
  • Tel: +606 270 1990/ 1960/ 1963/ 1964/ 2846/ 1967
  • Fax: +606 331 6079
  • Emel: bpa@utem.edu.my

Iklan Permohonan UTEM Sesi 2022/2023

iklan ambilan kedua utem

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Ambilan Kedua UTEM ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini.

Tinggalkan Balasan