UA

Semakan Keputusan UTEM Ambilan Kedua 2020 Online

Semak Tawaran Kemasukan Ke Universiti Teknikal Melaka

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Semester II Sesi Akademik 2019/2020. Perhatian kepada mereka yang sudah membuat permohonan kemasukan ke UTEM 2020 ambilan kedua yang lalu. Anda kini boleh membuat semakan keputusan UTEM ambilan kedua. Seperti anda sedia maklum, UTEM telah membuka peluang untuk lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda kemasukan Februari sesi Akademik 2019/2020. UTEM juga membuka peluang keapda lepasan DVM (Kolej Vokasional)/ Setaraf untuk membuat permohonan kemasukan ke UTEM

UTeM atau nama penuh universiti ini adalah Universiti Teknikal Malaysia merupakan sebuah pusat pengajian tinggi awam yang terletak di Melaka telah mula beroperasi pada 1 Disember 2000. Nama asalnya adalah Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM). Pada 1 Februari 2007 ia telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti dan kini masih beroperasi dan telah melahirkan ramai graduan yang serba boleh untuk mengisi kekosongan industri.

semakan keputusan utem ambilan kedua

Semakan Keputusan UTEM Ambilan Kedua Sesi 2019-2020 Online

Berikut adalah info penting berkaitan Semakan Keputusan UTEM 2020 Online Ambilan Kedua seperti tarikh penting semakan dan juga pautan untuk membuat semakan.

Turut dikongsikan adalah iklan semakan keputusan dan maklumat untuk menghubungi UTEM:

1. Tarikh Penting Semakan Keputusan UTEM Februari 2020 Ambilan Kedua

Berikut dikongsikan tarikh penting berkaitan Semakan Keputusan UTEM Program Ijazah Sarjana Muda Februari 2020 Ambilan Kedua:
Tarikh Hebahan Keputusan22 Januari 2020, Jam 12.00 Tengahari
Tempoh Terima/Tolak Tawaran22 Januari 2020 hingga 29 Januari 2020
Tarikh Pendaftaran Pelajar Baharu6 Februari 2020

2. Cara Membuat Semakan Keputusan UTEM Februari 2020

Untuk membuat semakan sila berbuat demikian secara online, sila layari pautan dan langkah seperti berikut:
1Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2019/2020
2Sila masukkan no kad pengenalan anda dan tekan semak

3. Syarat Permohonan UTEM

Berikut turut dikongsikan syarat permohonan kemasukan ke UTEM:
1Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi dan Diploma yang berkaitan daripada Universiti Awam (UA)/ Politeknik/ Universiti Swasta atau setaraf.
2Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan MUET dan mendapat sekurang-kurangnya band 2
3Pemohon tidak aktif di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain.

4. Senarai Kursus UTEM Februari 2020 Ambilan Kedua

Berikut merupakan senarai kursus Ijazah Sarjana Muda yang akan ditawarkan bagi ambilan semester 2 sesi 2019/2020
1

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian
2

Fakulti Kejuruteraan Elektronik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Dengan Kepujian
3

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian
4

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian
5

Fakulti Kejuruteraan Industri

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Industri Dengan Kepujian

5. Iklan Semakan Keputusan Permohonan UTEM Februari 2020 Ambilan Kedua Online

Berikut merupakan iklan keputusan permohonan UTEM Februari 2020 sebagai rujukan:
iklan keputusan permohonan utem

6. Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1Alamat

  • Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka
2No Telefon dan Emel

  • Tel: +606 270 1990/ 1960/ 1963/ 1964/ 2846/ 1967
  • Fax: +606 331 6079
  • Emel: bpa@utem.edu.my

Share this post:

Tags

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close