Permohonan UUM Ambilan Kedua Mac 2024 Online

Panduan buat para pelajar lepasan Diploma/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam bagi program Sarjana Muda sesi Mac 2024. Buat pengetahuan semua, permohonan UUM melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua (Mac 2024) ke Universiti Utara Malaysia (UUM) akan dibuka pada Disember 2023. Permohonan kemasukan ke UUM 2024 akan dibuka bagi Program Ijazah Sarjana Muda UUM untuk lepasan Diploma dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.

Selain UUM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain yang membuka permohonan kemasukan kedua sesi ambilan Februari/ Mac 2024. Antaranya adalah UiTM, UIAM, UMK, UMP, UPSI dan UTM.

Permohonan UUM Ambilan Kedua Februari 2020 Online

Permohonan UUM Ambilan Kedua Mac 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2023/2024 yang meliputi tarikh-tarikh penting, syarat dan program yang ditawarkan :

1. Tarikh Penting Ambilan Kedua UUM Mac 2024 Online

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2023/2024. *Tarikh tepat akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

  • Tarikh permohonan dibuka 18 Disember 2023
  • Permohonan ditutup 1 Februari 2024
  • Tarikh akhir penerimaan dokumen 1 Februari 2024
  • Semakan Tawaran Kemasukan akan dikemaskini

2. Aplikasi Permohonan UUM Asisonline

Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian dengan melayari:

(Nota: Sila simpan no. borang sebagai rujukan permohonan)

3. Cara Membuat Permohonan

Calon-calon dinasihatkan agar membaca lampiran-lampiran berikut dalam PDF terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan secara atas talian :

4. Syarat Am Permohonan

Untuk layak memohon, sila pastikan anda:

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan3Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dihantar ke UUM :-

Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:-

  • Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
  • Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan (Salinan);
  • Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
  • Salinan Sijil SPM/Setaraf;
  • Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir) – Salinan
  • Salinan Diploma atau Surat Pengesahan Tamat Pengajian (bagi yang belum bergraduat);
  • Salinan Sijil MUET;
  • Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada) – Salinan
  • Salinan bukti pengiktirafan MQA dan MQR (diperolehi dari portal MQA)

5. Semakan Keputusan UUM Ambilan Kedua Mac 2024 Online

Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini

Aplikasi Semakan : Asisonline UUM

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-

6. Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:Alamat

  • Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi (UKRP), Jabatan Hal Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah.

No. Tel.

  • 04 928 3323/ 3324/ 3334/ 3335/ 3309

Fax

    • 04-9283305

E-mel

  • admission_ug@uum.edu.my

Semoga perkongsian maklumat berkaitan di atas ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan