Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan untuk kemasukan ke universiti awam bagi pengajian ijazah pertama. Adakah anda seorang lepasan asasi (foundation IPTS) atau diploma? Sekiranya begitu, sudahkah anda tahu bagaimana cara mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA? Buat pengetahuan semua, sebelum pemohon mengesahkan permohonan UPU, anda wajib memuat naik beberapa salinan dokumen yang bercetakan tanda cop sebagai bahan bukti permohonan. Salah satunya adalah anda wajib memuat naik salinan cetakan akreditasi daripada MQA.
Salinan Cetakan Akreditasi MQA seperti yang dikehendaki UPU, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah merujuk kepada maklumat kelayakan yang telah diperoleh serta akan digunakan sebagai syarat dalam permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.
Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA
Berikut dikongsikan maklumat tentang panduan atau Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA untuk Permohonan UPU termasuk aplikasi online :
- Anda perlu layari ke laman rasmi MQA dengan klik pada pautan berikut :-
- Lihat disudut sebelah kiri dan klik Carian Kata Kunci (TUKAR KE BAHASA MELAYU).
- Masukkan kata kunci yang bersesuaian di bawah ruangan Nama Kelayakan dan Nama IPT (sebahagian atau nama penuh).
4. Klik pada ikon Papar untuk program yang dikehendaki.
5. Cetak maklumat program atau kelayakan yang dipaparkan (cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).
6. Selesai cetak, bolehlah muat naik salinan akreditasi ini ke laman permohonan UPU.
Nota:
- Senarai program pengajian daripada Politeknik yang diletakkan di bawah Politeknik – Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, 62505 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah turut meliputi semua program yang sama dijalankan di mana-mana cawangan Politeknik yang lain.
- Bagi pelajar lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi KPM/Asasi IPTA TIDAK perlu mendapatkan salinan cetakan akreditasi ini.
Semoga perkongsian Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA ini dapat dijadikan panduan buat para pemohon UPU. Semoga berjaya melanjutkan pengajian ke universiti awam pilihan anda.