Persediaan Temuduga Ke UA Universiti Awam Dan Politeknik. Melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi merupakan impian hampir semua lepasan SPM/STPM dan setaraf. Berikut disediakan Tips Temuduga Ke Universiti Awam atau Politeknik kepada mereka yang memerlukan.
Buat pengetahuan semua, BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BPKP JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke 20 buah Universiti Awam (UA) dan 3 Politeknik Premier (Program Pengajian Lepasan SPM/STPM/Setaraf). Juga menyelaras kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA (Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)).
Tips Temuduga Ke Universiti Awam (UA) Atau Politeknik
Semakan panggilan temuduga UPU 2023 boleh dibuat secara online mulai (Tarikh akan diumumkan) untuk lepasan SPM. Bagi lepasan STPM, tarikh semakan dapat dibuat mulai (Tarikh akan diumumkan).
Berikut merupakan Tips berguna buat panduan anda.
- Semak dan buat kajian mengenai UA/ Politeknik dan pilihan program tersebut.
- Bersopan santun semasa bercakap dengan panel temu duga.
- Buat persediaan jawapan kepada soalan standard yang akan ditanya.
- Sediakan kesemua dokumen yang penting mengenai diri anda seperti resume, salinan kad pengenalan dan lain-lain.
- Pilih pakaian dan kasut yang sopan dan kemas.
- Seelok-eloknya datang awal ke temu duga. Jangan lewat.
- Beri salam, senyum dan kekalkan eye contact yang sederhana dengan penemuduga.
- Bercakap dengan tenang dan yakin.
- Elakkan dari membalas pertanyaan dengan sepatah perkataan sahaja.
- Memberi maklum balas dan bertanya soalan.
Punca Gagal Temuduga
Untuk menjamin temuduga anda berjalan dengan lancar, elakkan perkara-perkara berikut yang menjadi punca kegagalan temuduga:
- Berpakaian tidak sesuai ketika menghadiri temuduga seperti memakai pakaian yang terlalu terang warnanya atau yang mencolok mata.
- Perasaan gementar yang terlalu ketara ditonjolkan. Jangan tidak tahu, panel penemuduga boleh membaca perasaan anda daripada pergerakan badan dan ekspresi di wajah.
- Lupa untuk memberi salam atau ucapan “selamat pagi atau selamat petang” mengikut keadaan waktu.
- Tidak memberi senyuman dan mata tidak memandang semua panel penemuduga (eye contact) akibat terlalu gementar.
- Terus duduk tanpa diizinkan atau tidak meminta izin terlebih dahulu.
- Duduk terlalu santai, kaki bersilang atau digerak-gerakkan.
- Lupa membawa dokumen penting yang wajib dibawa semasa temuduga.
- Salah mengisi borang permohonan dan maklumat diri.
- Komunikasi yang lemah iaitu tidak lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu atau mencampur aduk bahasa.
- Menjawab soalan secara tergopoh-gapah dan tiada isi seperti.
- Menyampuk percakapan atau pandangan daripada penemuduga atau perbincangan sesama mereka.
- Bergaduh dengan penemuduga hanya kerana ingin menegakkan pandangan atau jawapan anda kepada persoalan yang ditanya.
- Menyatakan fakta yang tidak benar apabila ditanya soalan.
- Bersikap pasif iaitu ditanya sepatah, dijawab pun sepatah sehingga penemuduga beranggapan anda tidak berminat untuk hadir ke sesi temuduga tersebut.
- Tidak mengetahui mengenai program pengajian yang bakal diikuti jika diterima untuk kursus berkenaan.
- Kurang pengetahuan am dan isu semasa negara.
Buat yang ingin tahu, selesai temuduga keputusan akan diumumkan serentak dengan pengumuman keputusan UPU nanti. Sekiranya anda ditawarkan kursus yang mempunyai temuduga tersebut maka bermakna anda berjaya melepasi temuduga itu.
Semoga perkongsian Tips Temuduga ini dapat membantu anda membuat persediaan yang lebih rapi sebelum menghadiri sesi temuduga. Semoga berjaya kepada semua.
Related : perlu bersedia bersedia untuk untuk mengalih latar belakang pakaian yang sesuai bilik temuduga untuk temuduga