Permohonan Kolej Poly Tech MARA 2024 Online

Berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi? Panduan buat pelajar lepasan SPM/ STPM/STAM atau kelayakan lain. Institusi pendidikan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sedang membuka peluang untuk anda untuk membuat permohonan Kolej Poly Tech MARA sesi April, Jun Dan Julai serta November ambilan tahun 2023 secara online. maklumat bagi ambilan tahun 2024 akan dikemaskini.

KPTM adalah sebuah Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pelbagai jenis program pengajian ada ditawarkan di Kolej Poly Tech MARA termasuklah pengajian peringkat Sijil Asasi, Diploma, Profesional, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Permohonan Kolej Poly Tech MARA Online

Permohonan KPTM 2023 Online (Kolej Poly-Tech MARA)

Berikut dikongsikan lapan (8) langkah mudah untuk membuat Permohonan KPTM April, Mei dan Julai 2023. Ambilan sesi Julai dan November akan dibuka bermula Mei.

Ambilan Sesi April, Julai dan November adalah untuk program lepasan SPM di KPTM manakala sesi Mei untuk program Degree di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM).

Langkah Membuat Permohonan Kolej Poly Tech MARA Online

  1. Anda mestilah seorang lepasan SPM/ STPM / Matrikulasi / Diploma untuk membuat permohonan
  2. Layari Portal Rasmi KPTM di www.kptm.edu.my  > Klik menu utama bahagian “Program Ditawarkan”
  3. Sila semak Syarat Kelayakan Program dengan teliti
  4. Isi dan lengkapkan Permohonan Kemasukan. Klik Permohonan Online untuk membuat permohonan secara atas talian
  5. Pastikan anda memilih program mengikut keutamaan
  6. Hantar permohonan secara online
  7. Simpan slip permohonan sebagai bukti anda telah membuat permohonan

* Pemohon boleh membuat semakan permohonan dan memuat turun pakej tawaran di www.kptm.edu.my. Klik bahagian pautan pantas Semakan Permohonan untuk status tawaran.

Berikut dikongsikan senarai bidang pengajian yang ditawarkan di KPTM:-

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan Di KPTM

  1. Perniagaan dan Perakaunan
  2. Pengajian Profesional (CAT, ACCA)
  3. Sains Sosial dan Kemanusiaan
  4. Bio-industri dan Sains Kesihatan
  5. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  6. Multimedia Kreatif
  7. Kejuruteraan

* Maklumat Lengkap Senarai Kursus Yang Ditawarkan di setiap KPTM boleh dirujuk di COURSE

Kelebihan Menyambung Pengajian Di KPTM

Berikut dikongsikan kelebihan-kelebihan menyertai KPTM:-

  1. KPTM merupakan sebuah institusi milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
  2. Yuran pendaftaran kemasukan ke KPTM adalah RM250 sahaja.
  3. KPTM memberikan 20 peratus diskaun bagi kemasukan pelajar baru. (Program ijazah sahaja).
  4. KPTM menyediakan 20 peratus Rebat Pelajar Cemerlang.
  5. Terdapat Dermasiswa KPTM. Khas buat Pendidikan Tinggi Pelajar Tahfiz dan Anak Angkat Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
  6. Pinjaman Pendidikan MARA/PTPTN/Bank Rakyat. (Tertakluk kepada terma dan syarat).
  7. Tidak perlu membeli nombor pin.
  8. Pengajian diiktiraf seratus peratus oleh MQA.
  9. Penarafan MyQuest (KPTM Bangi).
  10. Terdapat 700 lebih pensyarah yang berpengalaman.
  11. Memperoleh 35 tahun kecemerlangan dalam industri pendidikan.
  12. Terdapat 7 peringkat pengajian dan 7 bidang pengajian.
  13. Menyediakan lebih 40 program pengajian.
  14. Telah melahirkan lebih 40,000 orang alumni.
  15. Asrama dan tempat tinggal disediakan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi Hotline KPTM di nombor 03-91795637/39. Atau rujuk laman web rasmi KPTM di www.kptm.edu.my serta Facebook KPTM.

Selamat membuat Permohonan. Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Balasan