Semakan Nama Calon Yang Berjaya Layak Menduduki UKCG 2024 & Result. Bilakah tarikh semakan UKCG 2024 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan result? Perhatian buat pemohon dari kalangan lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke IPG ambilan tahun 2024 (dahulunya Maktab Perguruan). Berdasarkan kepada tarikh penting pada Kalendar Aktiviti PISMP 2024, satu ujian yang dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk calon PISMP akan diadakan pada bulan April/Jun 2024.
Nama calon berjaya layak menduduki UKCG akan diumumkan dan boleh disemak secara atas talian/ online. UKCG diadakan bagi menapis pemohon sebelum pemohon layak menerima tawaran kemasukan ke IPG.
Semakan Keputusan eUKCG 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting dan tarikh Semakan eUKCG 2024 merangkumi nama yang layak menduduki, tarikh dan ujian diadakan serta result samada pemohon berjaya layak ke peringkat seterusnya atau tidak.
Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-
Semakan UKCG 2024 Online | |
Semakan tarikh untuk menduduki UKCG : 14 Mac – 15 April 2024 Pelaksanaan UKCG : 15 – 19 April 2024 dan 22 – 26 April 2024 | |
Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) : 13 Jun 2024 Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) : 1 – 5 Julai 2024, 8 – 12 Julai 2024 | |
Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan dan Semakan UKCG termasuk keputusan IPG ambilan tahun 2024 | |
* Tarikh semakan adalah seperti kalendar aktiviti IPG 2024 |
Maklumat Penting Berkaitan Semakan Keputusan UKCG, Temuduga, Pemilihan Dan Pendaftaran
Berikut adalah maklumat penting semakan UKCG yang perlu diambil perhatian oleh pemohon seperti dikongsikan dari Applikasi PISMP.
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Calon yang terpilih diwajibkan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
i) UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ( UKCG) (SESI UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN)
- Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online, Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangkasama yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan
ii) PENGHANTARAN VIDEO PENGAJARAN (PENGENALAN DIRI/ PENYATAAN HASRAT DAN SESI DEMONSTRASI PENGAJARAN/ BERCERITA)Menghasilkan video pengajaran antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke Youtube. Hantar link/ URL video pengajaran ke portal PISMP, Panduan dan syarat penyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil saringan eUKCGSekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan
iii) PEMILIHAN
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi semasa sesi demonstrasi pengajaran dan skor merit serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
B. SESI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
- Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
- Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani
- Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan
Sesi Temuduga IPG
Calon lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga dan proses Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
Pemilihan Calon Guru
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
Pendaftaran IPG
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh KPM pada tarikh Ogos 2024.
Semakan Keputusan UKCG 2020 Online (Guru Interim)
Berikut dikongsikan maklumat penting dan tarikh Semakan UKCG 2020 bagi jawatan Guru Interim SK dan SJKC merangkumi nama yang layak menduduki, tarikh dan ujian diadakan. Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini.
Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak mengikut ketetapan berikut :-
Semakan UKCG 2020 Online (Guru Interim) | |
Tarikh Semakan Panggilan UKCG : 9 hingga 13 Oktober 2019 | |
UKCG akan dijalankan dari 14 hingga 17 Oktober 2019 | |
Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan dan Semakan UKCG termasuk keputusan guru interim SK dan SJKC KPM 2020 | |
Nama calon berjaya menduduki UKCG boleh di semak di pautan berikut:-
| |
* Tarikh semakan adalah seperti kalendar aktiviti Guru Interim SK dan SJKC 2020 |
Maklumat Lanjut
- Calon telah menduduki UKCG/ temu duga tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status semakan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi ditetapkan
- Pemohon perlu mencetak surat panggilan UKCG, temuduga serta tawaran (sementara) dalam permohonan online
- Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temuduga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
- PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU : Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi alamat berikut dan no telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR - (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
- No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
- emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my
Tahniah kepada mereka yang berjaya dipanggil ke semakan UKCG Calon Guru IPG 2024. Semoga anda berjaya untuk mendapat tawaran kemasukan ke IPG yang dihajati.