Panduan buat semua yang berminat dan berkelayakan. Adakah anda salah seorang pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)? Sudahkah anda bersedia untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)? Tahukah anda apakah peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sekiranya hendak menduduki ujian tersebut? Berikut dikongsikan Peraturan Menduduki UKCG PISMP buat rujukan semua.
Panduan buat anda yang berjaya dipanggil untuk menduduki UKCG untuk kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Sekiranya anda gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan, pihak bertugas boleh melarang anda daripada menjalani ujian.
Peraturan Menduduki UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru PISMP)
Buat makluman semua, ujian UKCG akan dilaksanakan pada bulan sekitar bulan April setiap tahun.
Oleh itu, di sini kami kongsikan Peraturan Menduduki UKCG PISMP yang merangkumi peraturan pemakaian, peraturan semasa ujian bertulis dan ujian kecergasan:
Tahun 2024
i) UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG) (SESI UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN)
- Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit secara online, Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangkasama yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki UKCG secara atas talian pada masa yang ditetapkan akan dikira gagal dalam peringkat saringan
ii) UJIAN KECERGASAN VIDEO FIZIKAL
- Ujian Kecergasan Fizikal atau UKF adalah merupakan saringan yang bertujuan menilai tahap kecergasan dan kesihatan calon. UKF akan dijalankan secara bersemuka. Hanya calon yang lulus saringan e-UKCG akan dipertimbangkan untuk menduduki UKF.
iii) TEMU DUGA
- Hanya calon yang lulus UKCG sahaja layak ditemu duga. Temu duga dilaksanakan secara bersemuka. Calon mesti hadir di pusat-pusat temu duga mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
- Tarikh dan sesi temu duga akan dimaklumkan kepada calon sebaik sahaja mereka membuat semakan keputusan UKCG. Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan diberi tarikh dan sesi temu duga.
Tahun 2019 & Sebelumnya
1. Peraturan Pemakaian
Secara umumnya, calon hendaklah memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian semasa ujian UKCG. Berikut dikongsikan Peraturan Menduduki UKCG PISMP dari segi pemakaian:
1a. Lelaki
Bagi lelaki, penampilan dan pemakaian hendaklah mengikut garis panduan berikut:
- Seluar track bottom berwarna hitam atau biru beserta T-shirt putih berkolar. Dilarang memakai seluar jeans.
- Kasut sukan bersama stokin berwarna putih. Dilarang memakai sandal atau selipar.
- Rambut mestilah pendek dan kemas. Jangan mencecah kolar baju atau mewarnakannya.
1b. Perempuan
Bagi perempuan, penampilan dan pemakaian hendaklah mengikut garis panduan berikut:
- Seluar track bottom berwarna hitam atau biru. T-shirt hitam atau gelap yang mempunyai lengan panjang. Dilarang memakai seluar jeans
- Kasut sukan bersama stokin berwarna putih. Dilarang memakai sandal atau selipar
- Bertudung gelap atau berwarna hitam
- Memastikan rambut kemas dan mengikatnya dengan rapi.
2. Peraturan Ujian Bertulis
Untuk ujian bertulis, calon hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut:
2a. Perkara Perlu Dibawa
Antara perkara yang perlu dibawa ke pusat ujian adalah:
- MyKad atau Kad Pengenalan diri serta Surat Beranak
- Serahkan Surat Panggilan UKCG serta Slip Kehadiran kepada Ketua Pengawas atau pengawas di pusat ujian. Kedua-dua dokumen tersebut boleh dicetak daripada internet
- Pensel 2B serta pemadam.
2b. Perkara Yang Dilarang
Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang semasa menjalani ujian. Ini termasuk barangan yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, keluar atau jenis-jenis perbuatan yang dilarang.
1. Membawa masuk bahan rujukan atau alatan bantuan seperti:
- Buku
- Kamus
- Telefon Bimbit
- Alat Perakam
- Kalkulator
- Kamera
- Kertas
- Barang-barang lain yang dilarang
2. Membawa keluar pada bila-bila masa:
- Buku soalan
- Kertas Jawapan Berkomputer
- Kertas Kira Kasar
3.Meniru
4.Menjadi wakil untuk orang lain yang mengambil ujian
5.Beri atau terima bantuan ketika ujian
6.Melakukan apa-apa jua bentuk komunikasi semasa ujian
7.Menyalin soalan tidak kira dengan menulis atau elektronik.* Calon dinasihatkan agar berada di lokasi ujian 30 minit sebelum ujian dimulakan. Calon yang lewat ketika ujian tidak akan memperoleh masa tambahan untuk menjalani ujian. Sekiranya calon lambat hadir setelah ujian berlangsung selama 10 minit, calon tidak akan diberi kebenaran untuk menjalani ujian.
3. Peraturan Ujian Kecergasan
Berikut dikongsikan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalani ujian kecergasan:
- Calon hendakah memastikan bahawa Surat Akuan Calon (SAC01) telah diserahkan kepada pengawas bertugas. Surat tersebut dapat dicetak daripada internet
- Ikuti segala arahan daripada pegawai atau pengawas yang terlibat dari semasa ke semasa
Diharap agar maklumat berkaitan Peraturan Menduduki UKCG PISMP ini dapat menjadi rujukan berguna buat semua. Selamat menduduki ujian dan semoga berjaya!