Soalan Lazim Permohonan PISMP Di IPG

Soalan Lazim (FAQ) Untuk Permohonan IPG. Pasti ada pemohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) yang menghadapi masalah semasa membuat permohonan IPG 2024 secara online. Berikut dikongsikan senarai soalan lazim Permohonan PISMP 2024 buat rujukan pemohon dari kalangan lepasan SPM.

Pemohon adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mendapatkan informasi terkini IPG berkaitan tarikh, keputusan UKCG, panggilan temuduga dan semakan tawaran kemasukan.

Soalan Lazim Permohonan PISMP

Soalan Lazim Permohonan PISMP Di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Berikut adalah senarai FAQ PISMP yang selalu ditanya dan dihadapi oleh para pemohon. Masalah yang biasa adalah masalah login, kemaskini borang, maklumat UKCG dan temuduga serta banyak lagi.

FAQ Permohonan IPG

Nota : S – Soalan dan J – Jawapan

Soalan Lazim Permohonan PISMP

S. Siapakah yang boleh layak memohon?

  • J. Pelajar lepasan SPM tahun 2023, 2022 dan 2021

S. Adakah syarat umur ditetapkan?

  • J. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024

S. Apakah perbezaan antara Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Luar Negara Pendidikan Islam?

  • J. Perbezaan utamanya ialah dari segi syarat, Syarat minimum bagi PISMP ialah cemelang dalam lima (5) mata pelajaran SPM manakala syarat minimum bagi PPC ialah kepujian dalam tujuh (7) mata pelajaran SPM.

S. Berapakah pilihan bidang yang boleh dibuat?

  • J. Pemohon perlu membuat dua pilihan bidang sahaja.

S. Apakah syarat minimum untuk saya memohon?

  • J1. Lulusan SPM 2023 tiada syarat minimum yang dikenakan, anda boleh memohon berdasarkan kepada keputusan periksaan percubaan SPM dan bagi yang tidak menduduki peperiksaan percubaan pemohon boleh menggunakan keputusan akhir tahun tingkatan empat. Tawaran bergantung kepada keputusan SPM sebenar.
  • J2. Lulusan SPM 2021 dan 2022, pemohon mesti memenuhi syarat umum dan syarat bidang yang telah ditetapkan.

S. Bagaimana jika saya lupa atau kehilangan kata laluan.

  • J. Sila Klik pada ikon Lupa Kata Laluan dengan masukan nombor kad pengenalan serta alamat emel
    yang telah didaftarkan semasa permohonan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat emel seperti yang
    telah didaftarkan. Sekiranya masih tidak berjaya, sila hubungi pihak urus setia di alamat yang telah  dilampirkan.

S. Dimana saya boleh mendapatkan penjelasan lanjut tentang pengisian borang permohonan terutamanya syarat khusus bidang pengajian yang dipohon.

  • J. Anda boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat www.moe.gov.my.
    Semua maklumat seperti syarat kelayakan, struktur program, dan syarat khusus bidang pengajian yang  dipohon boleh didapati daripada menu yang disediakan.

S. Berapa kali saya boleh mengemaskini borang permohonan.

  • J. Pemohon boleh mengemaskini sehingga tarikh akhir permohonan (15 April 2024).

Saringan e-UKCG?

S1. Apakah e-UKCG?

  • J. e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

S2. Bilakah e-UKCG PISMP dijalankan?

  • J. e-UKCG PISMP 2024 akan dijalankan pada 15 – 19 April 2024 dan 22 – 26 April 2024

S3. Bolehkah calon menukar tarikh e-UKCG yang telah ditetapkan?

  • J. TIDAK. Calon tidak dibenarkan menukar tarikh e-UKCG dan calon perlu bersedia untuk menduduki ujian tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

S4. Bagaimana calon boleh mengetahui status layak e-UKCG?

  • J. Calon yang telah melengkapkan permohonan PISMP 2024 secara dalam talian akan diberi tarikh menduduki e-UKCG. Sila peka dan ingat tarikh e-UKCG yang ditetapkan.

S5. Adakah calon ditempatkan di pusat-pusat tertentu untuk menduduki e-UKCG?

  • J. TIDAK. Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.

S6. Bagaimana sekiranya calon sukar mendapatkan talian internet untuk menduduki e-UKCG di rumah?

  • J. Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT. Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.

S7. Apakah alat yang boleh digunakan untuk menjawab e-UKCG?

  • J. e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian. Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa. Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

S8. Di manakah calon boleh mendapatkan panduan untuk menduduki e-UKCG?

  • J. Panduan kepada calon untuk menduduki e-UKCG disediakan. Calon boleh memuat turun panduan dan membaca dengan teliti sebelum mula menjawab.

S9. Apakah persediaan yang perlu calon lakukan sebelum menduduki e-UKCG?

  • J1. Calon akan ditetapkan tarikh untuk menduduki e-UKCG. Calon perlu peka dengan tarikh yang diberi dan membuat persediaan awal seperti mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk menjawab sekiranya tiada talian internet di rumah.
  • J2. Pastikan calon membaca dan memahami arahan soalan dengan teliti sebelum membuat pengesahan untuk menjawab soalan.
  • J3. e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.

S10. Bolehkah calon berbincang dengan keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG?

  • J. TIDAK. Calon tidak dibenarkan berbincang atau bertanya kepada ahli keluarga atau orang lain semasa menjawab e-UKCG.

S11. Setelah calon selesai menjawab e-UKCG dan klik butang hantar, adakah calon boleh menjawab semula ujian tersebut?

  • J. TIDAK. Calon tidak lagi boleh menjawab e-UKCG setelah hantar.

S12. Bagaimana sekiranya berlaku gangguan semasa calon menjawab e-UKCG seperti kerosakan talian internet, terputus bekalan elektrik, kerosakan komputer dan sebagainya?

  • J. Sekiranya berlaku gangguan seperti di atas yang menyebabkan calon tidak boleh meneruskan ujian, calon perlu memohon untuk meneruskan ujian dengan klik butang [ Aduan Ralat ]. Calon akan diberikan tarikh/masa baharu untuk meneruskan ujian. Sila baca arahan dengan teliti

SUMBER : Portal PISMP

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN
  • 163000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • No. Telefon : 03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733/ 6731/ 6769/ 6761/ 6689/ 6760

Semoga perkongsian Soalan Lazim di atas dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Moga permohonan kemasukan ke Program PISMP di IPG anda berjaya.

Tinggalkan Balasan