Permohonan Sijil Perikanan 2020 Online

Panduan buat para pelajar terutamanya lepasan SPM atau setaraf. Apakah perancangan anda dalam aspek penyambungan pengajian? Sudahkah anda membuat keputusan terhadap institut atau pusat pengajian tinggi mana yang menjadi pilihan anda? Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang pakar akuakultur, barangkali anda boleh mempertimbangkan untuk memasuki Akademi Perikanan Malaysia. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan Sijil Perikanan ambilan tahun 2020 buat rujukan pemohon.

Akademi Perikanan Malaysia adalah sebuah institut latihan yang bukan sahaja menawarkan program latihan dan akademik perikanan, malah terdapat juga aktivit penyelidikan yang giat dijalankan. Akademi Perikanan Malaysia terletak di Chendering, Kuala Terengganu dan berada di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Buat yang berminat dan berkelayakan, anda boleh membuat permohonan Program Sijil Perikanan secara online yang dibuka sehingga 30 September 2020

Permohonan Sijil Perikanan Online

Permohonan Sijil Perikanan 2020 Online Lepasan SPM (Program Akademi Perikanan Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Sijil Perikanan 2020 Online beserta tatacara permohonan, syarat kelayakan dan lain-lain. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini.

Antara sebab untuk memilih Sijil Perikanan di Akademi Perikanan Malaysia adalah:-

  1. Syarat kelayakan yang minima (SPM 3 kredit sahaja)
  2. Yuran ditanggung sepenuhnya oleh pihak akademi
  3. Kemudahan tempat tinggal disediakan percuma sepanjang tempoh pengajian
  4. Makan minum percuma sepanjang pengajian
  5. Elaun sebanyak RM200 sebulan
  6. Graduan boleh bekerja di sektor kerajaan dan swasta

Tarikh Permohonan

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan Sijil Perikanan bagi sesi 2019. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online).

  • Tarikh Buka : 22 Jun 2020
  • Tarikh Tutup : 30 September 2020

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan menuruti langkah-langkah berikut:

1.Sila akses pautan berikut:

2. Sila daftar sebagai pengguna terlebih dahulu dengan mengklik ‘Daftar Permohonan Baru‘ di bahagian bawah.

3. Isi segala maklumat yang diperlukan dan sertakan lampiran yang diminta.

4. Turuti langkah-langkah seterusnya sehingga permohonan lengkap.

Sijil Perikanan, Akademi Perikanan Malaysia

Maklumat berkaitan Sijil Perikanan adalah seperti berikut:

1.Tempoh Pengajian

  • 24 bulan atau 4 semester (termasuk Latihan Industri)

2. Yuran Pengajian

  • Percuma

3. Syarat Kemasukan

  • Berusia 18 hingga 30 tahun (hingga 45 tahun untuk pegawai kerajaan)
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau SPMV atau SKM Tahap 2 dan setaraf dengan minimum:
    • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu; dan
    • Lulus dalam subjek Matematik dan Sains
  • Berjaya temuduga yang diadakan
  • Sihat tubuh badan

4. Kemudahan

  • Asrama
  • Makan minum percuma
  • Elaun RM200 setiap bulan

Maklumat Lanjut Akademi Perikanan Malaysia

Untuk sebarang maklumat lanjut, rujuk butiran di bawah:

1.Portal Pelajar Akademi Perikanan Malaysia

2. Alamat Akademi Perikanan Malaysia

  • Pengarah
    Akademi Perikanan Malaysia
    Taman Perikanan Chendering
    21080 Kuala Terengganu
    Terengganu

3. Alamat Bahagian Pembangunan Latihan, Jabatan Perikanan Malaysia

  • Bahagian Pembangunan Latihan dan Kemajuan Kerjaya
    Jabatan Perikanan Malaysia
    Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    Aras 4, Podium 2, Block 4G2,
    No. 30, Perisaran Perdanan, Presint 4,
    62628 Putrajaya.
  • No. Tel: 03-8870 4601

4. Nombor Telefon

  • 09-617 2361

5. E-mel

6. Facebook Rasmi Akademi Perikanan Malaysia

7. Iklan Permohonan

  • Portal Jabatan Perikanan Malaysia

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan di atas ini bermanfaat untuk permudahkan urusan permohonan anda. Selamat maju jaya dalam pengajian anda.

Tinggalkan Balasan