Permohonan ALAM 2024 Online (Akademi Laut Malaysia)

Permohonan Online Program Diploma Akademi Laut Malaysia (ALAM) Ambilan Tahun 2024. Berminat untuk menceburi kerjaya sebagai seorang pelaut profesional? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti program pengajian Peringkat Diploma di Akademi Laut Malaysia (ALAM). Permohonan ALAM 2024 untuk Program Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin kini dibuka secara online pada 14 November 2023.

ALAM sedang mencari calon-calon yang memiliki sikap dan pemikiran yang positif bagi menceburi kerjaya sebagai seorang pelaut profesional. ALAM sedang merekrut para Pegawai Kadet yang bakal dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran untuk menjadi Kapten Kapal atau Ketua Jurutera yang berkhidat dengan organisasi-organisasi maritim bertaraf global. Sekiranya anda mampu menerima cabaran ini dan berminat dengan kerjaya di laut yang menjanjikan pulangan yang lumayan, maka ALAM adalah tempat untuk anda.

permohonan alam online

Pengambilan Kadet 2024 Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan berkaitan Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2024. Maklumat lain yang dikongsikan termasuk syarat kemasukan, manfaat kerjaya, cara untuk memohon dan maklumat lanjut.

Program Pengajian Dan Syarat Kemasukan Permohonan ALAM

Berikut adalah maklumat program pengajian yang ditawarkan dan syarat kemasukan untuk kedua-dua program Diploma iaitu Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin bagi tahun 2024.

A) Pegawai Kadet Navigasi (Diploma Pengajian Nautika)

  • SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan salah satu subjek samada Matematik Tambahan, Kimia atau Biologi
  • Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  • Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia 18 tahun hingga 25 tahun
  • Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
  • Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  • Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  • Tidak rabun warna
  • Penglihatan yang baik tanpa bantuan visual

B) Pegawai Kadet Kejuruteraan Marin (Diploma Kejuruteraan Marin)

  • SPM dengan sekurang-kurangnya (minima) ‘C’ atau kredit yang baik dalam 6 subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan
  • Pemegang Ijazah, Diploma dan Sijil Asasi/ Matrikulasi adalah digalakkan untuk memohon.
  • Lelaki atau perempuan yang belum berkahwin, berusia dari 18 tahun sehingga 25 tahun
  • Sihat dari segi mental, fizikal dan medikal
  • Ketinggian minima 158 cm dan berat 48 kg untuk calon lelaki (BMI: 18.5-24.9)
  • Ketinggian minima 155 cm dan berat 42 kg untuk calon perempuan (BMI: 18.5-24.9)
  • Tidak rabun warna
  • Pengunaan cermin mata / kanta lekap dengan had penglihatan tidak melebihi 200 kuasa

Borang Permohonan ALAM Sesi Februari 2024 Online

Berikut adalah langkah membuat permohonan Alam bagi tahun 2024. Sila lengkapkan Borang permohonan di pautan berikut.

  • Borang Permohonan
  • Lengkapkan setiap bahagian dalam borang permohonan
  • Tekan Submit
  • Tarikh permohonan pada 14 November 2023 hingga tarikh yang akan dikemaskini

* Nota Permohonan Dan Pemilihan

  1. Semua calon perlu memohon melalui kaedah atas talian dan permohonan melalui kaedah lain tidak akan dipertimbangkan
  2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri proses temu duga dan ujian bertulis. Pengetahuan dalam perkapalan dan industri maritim adalah merupakan satu kelebihan

Manfaat/ Faedah Kerjaya

Graduan berpeluang untuk belayar ke serata dunia di atas kapal syarikat perkapalan/ organisasi maritim dengan gaji tanpa cukai yang lumayan serta faedah pekerjaan yang menarik

Maklumat Lanjut Permohonan ALAM

Maklumat lanjut iklan permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) ambilan tahun 2024 boleh dirujuk di Iklan Pengambilan Kadet ALAM

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

  • Akademi Laut Malaysia (ALAM)
    Batu 30 Kampung Tanjung Dahan
  • 78200, Kuala Sungai Baru
    Melaka

Selamat membuat permohonan online ALAM untuk pengambilan Kadet Akademi Laut Malaysia. Tahniah kepada mereka yang berjaya untuk kemasukan ke ALAM dalam program Diploma yang ditawarkan.

Tinggalkan Balasan