Permohonan UPUSkills Online

Borang Permohonan Online UPUSkills 2020 Online. Berita baik buat pelajar Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Permohonan UPUSkills 2020 untuk kemasukan pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk menyambung Tahap boleh dibuat secara atas talian/ online.

Berikut adalah jadual sesi permohonan ke Institusi Kemahiran yang berkaitan buat panduan pemohon. Ianya memaparkan status permohonan dibuka dan ditutup. Permohonan kemasukan melibatkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), ADTEC, Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), CIAST, Politeknik dan BLKP.

  1. IKBN : Tutup
  2. ADTEC : Tutup
  3. JMTI : Tutup
  4. ILP : Tutup
  5. CIAST : Tutup
  6. POLITEKNIK : Tutup
  7. BLKP : Tutup

permohonan upuskills online

Borang Online Permohonan UPUSkills 2021 Dan Cara Daftar/ Mohon

Berikut dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran permohonan UPUSkills 2020 secara online di pautan berikut :-

Permohonan UPUSkills 2018 Online

1) Laman Utama Dan Pendaftaran

Pada ruangan Daftar Akaun Baru, pemohon wajib mengisi ‘No. Kad Pengenalan/MyKAD’ sebenar tanpa tanda ‘-‘. Pastikan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah BETUL mengikut kad pengenalan anda. Sebarang kesilapan boleh menjejaskan permohonan anda. Contoh: 123456789101.

  1. Pemohon wajib mengisi ‘Alamat Emel’. Masukkan Alamat Emel yang Sah
  2. Pemohon wajib mengisi ‘Kata Laluan’
  3. Pemohon wajib mengisi ‘Pengesahan Kata Laluan’ sama seperti kata laluan yang telah dimasukkan di atas
  4. Setelah selesai mengisi ruangan daftar sila klik ‘Daftar’ untuk menyelesaikan pendaftaran

2) Log Masuk

Pada laman Log Masuk, pemohon perlu memasukkan ‘No Kad Pengenalan’ dan ‘Kata Laluan’ untuk Log Masuk ke dalam Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke Institusi Latihan Kemahiran Awam Bagi Lepasan Persijilan Kemahiran Malaysia/ Lepasan Politeknik/ Lepasan Kolej Komuniti/ Pemegang Sijil Suruhanjaya Tenaga/ Setaraf

  • Nota : Pemohon perlu Daftar Akaun Baru bagi mendapatkan Kata Laluan

3) Borang Maklumat Peribadi

Berikut adalah maklumat penting yang perlu diisi di bawah kategori maklumat peribadi :-

  1. Nama : Wajib isi. Sila pastikan nama yang dimasukkan sama seperti dalam Kad Pengenalan/MyKad
  2. No Kad Pengenalan/MyKAD : Maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran sistem
  3. Alamat : Wajib diisi – Sila pastikan alamat anda adalah betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal dihubungi
  4. Poskod : Wajib diisi
  5. Negeri : Wajib diisi – Sila buat pilihan
  6. Bandar : Wajib diisi – Sila pastikan hanya nombor sahaja yang dimasukkan
  7. Telefon/ Telefon Bimbit : Wajib diisi – Pemohon wajib mengisi kedua-dua nombor telefon dan sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat ini akan menyebabkan pemohon gagal dihubungi
  8. Emel : Wajib diisi – Pastikan alamat emel yang dimasukkan mengikut format
  9. Tarikh Lahir : Wajib diisi – Klik pada ikon dan Pop-up kalendar. Sila pastikan tarikh yang dipilih tepat.
  10. Tempat Lahir : Wajib diisi – Pilih maklumat negeri kelahiran dari senarai yang disediakan
  11. Status Kahwin : Wajib diisi – Pilih maklumat status perkahwinan dari senarai yang disediakan
  12. Pekerjaan : Wajib diisi – Pilih maklumat pekerjaan dari senarai yang disediakan
  13. Sektor : Wajib diisi – Pilih maklumat sektor dari senarai yang disediakan
  14. Pengalaman Kerja : Wajib diisi – Pilih maklumat pengalaman kerja dari senarai yang disediakan
  15. Pendapatan isi rumah : Wajib diisi
  16. Tanggungan : Wajib diisi – Pilih maklumat tanggungan dari senarai yang disediakan
  17. Kecacatan : Wajib diisi – Hanya Jenis Cacat 1 sahaja wajib diisi
    • a) Jika ‘Tiada’ pergi seterusnya
    • b) Jika ‘Ada’ sila pilih rajah dibawah
  18. Jenis Cacat 2 adalah pilihan dan boleh diisi sekiranya ada kecacatan lain.
    ▪ Jenis Cacat 1 dan Jenis Cacat 2 tidak boleh sama.
    ▪ Jika ‘Cacat Lain’, sila isikan ruangan yang disediakan.
    ▪ No. Pendaftaran OKU (Jika ada).
    ▪ Keterangan Cacat
  19. Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

4) Maklumat Akademik

  1. Kelayakan 1 : Wajib diisi
  2. Jenis Kelayakan : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  3. Pusat Pengajian Terdahulu : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  4. Tahun Tamat Pengajian : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  5. Bidang : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  6. Muat Naik Sijil Kelayakan : Wajib diisi – Hanya dokumen dalam format JPG/ JPEG/ PNG bersaiz kurang 5 MB sahaja dibenarkan muat naik
  7. Kelayakan 2 diisi sekiranya pemohon mempunya kelayakan selain Kelayakan 1
  8. Maklumat SPM
    • Maklumat SPM wajib diisi sekiranya pemohon memiliki SPM
    • Tahun SPM : Wajib diisi
    • Angka Giliran SPM : Wajib diisi
    • Subjek SPM dan Keputusan SPM : Wajib diisi
    • Pemohon wajib mengisi minima Enam (6) Subjek SPM dan Keputusan SPM
  9. Peperiksaan Tambahan (jika berkaitan) – Peperiksaan Tambahan iaitu ‘Bahasa Melayu Julai’, ‘Matematik Julai’ dan ‘Sejarah Julai’ diisi jika berkaitan
  10. Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

5) Maklumat Kokurikulum

Pertandingan Kemahiran

  1. Pertandingan Kemahiran Malaysia : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  2. MySkills : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  3. MySkills-ASEAN : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  4. Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  5. Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) : Wajib diisi – Sila pilih dari senarai yang disediakan
  6. Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya.

6) Pilihan Program Pengajian

  1. Pemohon WAJIB mengisi medan berikut. Sila pilih dari senarai yang disediakan
    • a) Institusi : Wajib diisi
    • b) Program : Wajib diisi
    • c) Pusat Latihan 1 / Pusat Latihan 2 : Pemohon wajib mengisi salah satu atau kedua-dua pusat latihan
    • d) Pusat Temuduga : Wajib diisi
  2. Sila klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan laman seterusnya

7) Pengesahan Maklumat

  1. Pemohon diwajibkan menyemak semula semua maklumat yang telah diisi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila kembali pada bahagian yang diperlukan untuk mengemaskini maklumat sebelum pengesahan dibuat. Pastikan maklumat yang diisi adalah ‘TEPAT’ dan ‘BETUL’
  2. Pemohon wajib membaca, membuat semakan dan klik pada ruangan Perakuan Pemohon
  3. Pastikan pemohon klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk memastikan maklumat anda dihantar dan selamat diterima oleh sistem.

8) Laman Slip Permohonan UPUSkills

  1. Cetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar
  2. Muat turut Permohonan Kemasukan Pelajar
    • Tekan untuk muat turun Slip Permohonan Kemasukan Pelajar
  3. Pastikan pemohon mencetak Slip Permohonan sebagai bukti sah permohonan
  4. Emel pengesahan permohonan akan dihantar bersama dengan slip permohonan ke Emel yang didaftarkan
  5. Selepas mengemukakan permohonan, tiada had ditetapkan bagi pengemaskinian maklumat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan mengikut Agensi/ Institusi

9) Status Selepas Permohonan Tutup

  1. Makluman status permohonan akan dipaparkan selepas permohonan ditutup
  2. Paparan ‘gagal’ akan dipaparkan sekiranya pemohon gagal permohonan
  3. Pemohon yang ingin mengemukakan permohonan baru klik ‘OK’
  4. Makluman program dan pusat latihan akan dipaparkan sekiranya pemohon berjaya permohonan
  5. Pemohon yang tidak berminat dengan program yang ditawarkan boleh mengemaskini permohonan baharu selepas tarikh pendaftaran ke pusat latihan berkenaan

10) Maklumat Lanjut Permohonan UPUSkills

Pemohon boleh memuat turun manual pengguna Permohonan UPUSkills 2020 dalam PDF.

Semoga perkongsian panduan Permohonan online UPUSkills 2020 Untuk Menyambung Tahap Bagi Lepasan SKM, DKM, ST Dan VTO boleh dijadikan rujukan semasa pemohon. Semoga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Balasan