Cara Menjadi Seorang Akauntan Bertauliah

Cara Menjadi Seorang Akauntan Bertauliah. Selepas menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), pelajar mempunyai banyak peluang untuk memilih bidang pengajian yang seterusnya bakal membentuk kerjaya mereka. Salah satu bidang yang relevan dan wajar dipertimbangkan oleh pelajar adalah bidang perakaunan. Oleh itu, anda perlu mengikuti program pengajian di IPTA atau IPTS yang berkaitan dengan perakaunan supaya mudah untuk mendapat kerjaya di dalam bidang perakaunan.

Umum sedia maklum bahawa bidang perakaunan dapat menjamin kerjaya seseorang kerana ia satu perkhidmatan yang diperlukan oleh hampir keseluruhan organisasi di dunia. Hal ini kerana semua organisasi atau institusi yang ditubuhkan memerlukan pengurusan kewangan lebih-lebih lagi sektor yang berorientasikan keuntungan. Pelajar yang berminat boleh mengikuti perkongsian di bawah bagi merujuk laluan yang ditawarkan untuk pelajar menjadi seorang akauntan yang bertauliah.

Cara Menjadi Seorang Akauntan Bertauliah

Macam Mana Hendak Jadi Akauntan Bertauliah?

Di bawah dikongsikan cara-cara menjadi seorang akauntan bertauliah yang juga membuka peluang untuk anda menjadi juru audit, perancang kewangan, pengurus pelaburan, perunding perniagaan dan banyak lagi kerjaya yang berkaitan.

Terdapat lima laluan yang boleh diambil oleh pelajar untuk menjadi seorang akauntan iaitu dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat:

  1. Asasi
  2. Matrikulasi
  3. International Baccalaureate (IB) / A Level
  4. Diploma
  5. CAT/ ACCA

Anda perlu lihat kepada kemampuan diri dan juga kewangan untuk memilih laluan yang sesuai dan terbaik. Setiap pengajian memerlukan kelayakan akademik yang serta kos yang berbeza. Namun demikian, laluan yang paling pantas untuk menjadi seorang akauntan bertauliah adalah dengan mengambil peperiksaan daripada Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Laluan Menjadi Akauntan Bertauliah Daripada CAT/ ACCA

Secara total, pelajar yang ingin mengambil pengajian CAT/ ACCA perlu menduduki 13 peperiksaan professional dan lulus sebelum mendapat tauliah. Berikut adalah tempoh masa dan situasi yang menunjukkan cara singkat untuk anda mendapat pengiktirafan sebagai seorang ahli ACCA:

  1. Pertama sekali, pelajar perlu mengambil peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) : Selama 1- 1.5 tahun
  2. Pelajar yang mendapat gred A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan semasa SPM akan dikecualikan daripada satu kertas iaitu Kertas FA1 Kelayakan CAT
  3. Pelajar yang dapat menyelesaikan Kelayakan CAT dalam tempoh satu tahun boleh menuntut tiga pengecualian daripada kertas Kelayakan ACCA
  4. Seterusnya pelajar yang boleh menamatkan kedua-dua kelayakan dalam tempoh tiga tahun dengan melengkapkan semua peperiksaan mereka secara profesional dan diperakui akan ditauliahkan sebagai akuantan
  5. Pelajar perlu mempraktikkan perakaunan atau bekerja selama tiga tahun secara professional untuk layak menjadi ahli ACCA.

Info Berkaitan ACCA?

  • ACCA merupakan badan yang diiktiraf global dan mempunyai lebih 200,000 ahli di 180 negara
  • Meyakinkan majikan bahawa ahli ACCA mempunyai kemahiran dan skill kerja serta pengetahuan yang terbaik dalam bidang perakaunan
  • Membuka peluang kepada industri yang pelbagai seperti percukaian, perniagaan, perbankan dan perundingan

Berikut adalah infografik yang menunjukkan setiap laluan termasuk pengajian diploma, ijazah sarjana muda dan STPM untuk anda menjadi seorang akauntan yang bertauliah:

acca pathway

Soalan Lazim Mengenai CAT/ ACCA

1) Apakah tahap pengajian yang ditawarkan oleh ACCA?

  • Kelayakan ACCA adalah setaraf dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda

2) Berapakah kos untuk mengambil peperiksaan CAT/ ACCA?

  • Anggaran jumlah kos termasuk yuran tuisyen pengajian adalah RM50,000 hingga RM60,000

3) Adakah ACCA diiktiraf di Malaysia?

  • Ya, ACCA diiktiraf di Malaysia dan mempunyai lebih 100 majikan yang bekerjasama untuk melahirkan akauntan yang bertauliah

4) Dimana institusi yang menawarkan CAT/ ACCA di Malaysia?

  • Terdapat kolej dan universiti yang menawarkan pengajian kursus dan tuisyen CAT/ ACCA seperti:
    1. KDU University College
    2. Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
    3. Sunway College
    4. INTEC Education College
    5. UCSI College
    6. Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM)
    7. DISTED College
    8. Taylor’s University
    9. Help University
    10. Seri Stamford College

5) Apakah bidang kerjaya lain yang layak sekiranya lepasan ACCA tidak menjadi akauntan?

  • juruaudit, penganalisis kewangan, pengurus cukai, pengurus pelaburan dan pelbagai lagi

Senarai Program Ijazah Akauntan IPTA

Bagi pelajar yang telah melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, diploma, STPM dan setaraf dengannya, anda masih berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Anda boleh rujuk senarai institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menawarkan program perakaunan seperti di bawah. Turut dikongsikan adalah kod untuk kategori permohonan dibuka bagi pelajar lepasan:

1) UIAM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • S : STPM (Sains)

2) UiTM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)

3) UM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)

4) UMK

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • J : Matrik (Teknikal)
  • K : Matrik (Kejuruteraan)
  • L : Matrik (TESL)
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)
  • U : Matrik (Undang-undang)

5) UMS

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)

6) UMT

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • P : Matrik (Perakaunan)

7) UNIMAS

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)

8) UNiSZA

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • L : Matrik (TESL)
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)
  • U : Matrik (Undang-undang)

9) UPM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)

10) UPSI

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • J : Matrik (Teknikal)
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)

11) USIM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • P : Matrik (Perakaunan)

12) USM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • K : Matrik (Kejuruteraan)
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)
  • U : Matrik (Undang-undang)

13) UTM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • F : Kelayakan setaraf
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)

14) UUM

  • A : STPM (Sastera)
  • E : DLKM/DKM/DVM/Diploma IPTS/ILKA/Lain-lain
  • G : Diploma UA/ Politeknik
  • N : Matrik (Sains)
  • P : Matrik (Perakaunan)
  • S : STPM (Sains)

Semoga perkongsian cara-cara menjadi seorang akauntan bertauliah memberikan informasi yang bermanfaat kepada anda yang berminat.

Tinggalkan Balasan