Permohonan KPJ Healthcare University College 2024 KPJUC

Perhatian kepada para pelajar lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains, Perubatan, Farmasi, Pengurusan Perniagaan. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan KPJ Healthcare University College KPJUC sebagai panduan untuk semua.

KPJ University College merupakan anak syarikat kepada KPJ Healthcare Berhad yang mempunyai cawangan hospital di seluruh Malaysia. Oleh itu, para pelajar berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan secara terus ke dalam perkhidmatan kesihatan yang diusahakan oleh KPJ Healthcare Berhad. Program-program pengajian juga terdiri daripada program asasi dan diploma yang mempunyai akreditasi daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Permohonan KPJ Healthcare University

Cara Mohon Kemasukan Ke KPJ Healthcare University College 2024 KPJUC

Untuk makluman, sebanyak empat ambilan akan dibuka sepanjang tahun iaitu ambilan Januari, Mac, Julai dan September 2024. Ikuti perkongsian Permohonan KPJ Healthcare University College 2024 KPJUC di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Program Pengajian di KPJ Healthcare University

Terdapat satu program pengajian asasi dan lapan program diploma yang ditawarkan oleh KPJ Healthcare University untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu:

  1. Asasi Sains
  2. Diploma Kejururawatan
  3. Diploma Farmasi
  4. Diploma Fisioterapi
  5. Diploma Pengurusan Kesihatan
  6. Diploma Medical Imaging
  7. Diploma Operating Room Asistant
  8. Diploma Health Information Management
  9. Diploma Early Childhood Education

Tempoh pengajian asasi adalah selama satu tahun manakala pengajian diploma selama tiga tahun di kampus-kampus yang ditetapkan. Maklumat terperinci berkenaan program boleh disemak pada pautan berikut:

Syarat Kemasukan

Sebelum membuat permohonan, pelajar perlu melepasi syarat-syarat yang ditetapkan mengikut program pengajian yang ingin dipohon. Di bawah adalah syarat-syarat am yang telah diberikan oleh pihak KPJHU:

1) Asasi Sains

  • Lulus SPM/SPMV/ 0-Level bersamaan atau lebih daripada 5C atau 5 kredit (termasuk mata pelajaran Matematik, 2 subjek sains dan 2 subjek lain)
  • Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Lulus UEC bersamaan atau lebih daripada 4B (termasuk Sains dan Matematik)

2) Diploma Jururawat

  • Lulus SPM atau setaraf (sekurang-kurangnya 5 kredit)
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Kredit dalam mata pelajaran Matematik dan Sains yang berkaitan
  • Kredit dalam 2 mata pelajaran lain

atau

  • Lulus SPM
  • Mempunyai tiga (3) tahun atau lebih pengalaman bekerja dalam bidang klinikal
  • Mempunyai Sijil Pembantu Jururawat atau Sijil Jururawat Komuniti
  • Berdaftar dengan Malaysian Nursing Board (MNB)
  • Mempunyai Annual Pranticing Certificate (APC) terkini untuk jururawat daripada MNB

3) Diploma Fisioterapi

  • SPM atau setaraf dengan LULUS dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta 5 kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • SATU mata pelajaran sains (Biologi/Fizik/Kimia/Sains Am/Sains Gunaan); DAN
    • Mana-mana TIGA mata pelajaran lain (termasuk Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris). ATAU
  • Tahap GCE/O atau setaraf dengan LULUS dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan 5 Gred C dalam mata pelajaran berikut:
    • Matematik;
    • SATU subjek sains (Biologi/Fizik/Kimia/Sains Am/Sains Gunaan); DAN
    • Mana-mana TIGA mata pelajaran lain (termasuk Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris). ATAU
    • Sijil berkaitan Sains Kesihatan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75

Untuk melihat syarat-syarat bagi program pengajian lain dan syarat khusus yang ditetapkan, layari pautan berikut:

Cara Mohon KPJHU

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman web:

Pemohon perlu “Sign Up” terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.

  1. Klik Sign Up
  2. Tandakan kotak perlindungan data peribadi
  3. Isikan nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, emel dan nombor telefon pemohon
  4. Klik Submit
  5. Maklumat tidak boleh diubah selepas dihantar maka pastikan maklumat yang diisi dengan tepat

Maklumat Lanjut Permohonan KPJ Healthcare University College

Sebarang maklumat lanjut berkaitan boleh dirujuk pada butiran di bawah:

Laman Web Rasmi KPJ Healthcare University

Nombor Telefon

  • 1-800-88-5758

Nombor Whatsapp 

  • 010 8480087

Facebook Rasmi Uniten

Cawangan Nilai

  • KPJ Healthcare University
    Lot PT 17010 Persiaran Seriemas, Kota Seriemas
    71800, Nilai, Negeri Sembilan
    Telefon : 06 7942692

Cawangan Johor Bahru

  • KPJ International College of Nursing and Health Sciences
    1, Jalan Dato Onn 1, Bandar Dato Onn
    81000, Johor Bahru, Johor
    Telefon : 07 3601907

Cawangan Pulau Pinang

  • KPJ International College of Nursing and Health Sciences
    565, Jalan Sungai Rambai,
    14000, Bukit Mertajam, Penang
    Telefon : 04 5382692

Tinggalkan Balasan