Senarai Semak UPU (DO’S & DON’TS)

Senarai Checklist Mohon UPU (DO’S & DON’TS). Tahniah diucapkan buat pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Anda kini berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi melalui application UPU. Sebelum dan semasa membuat permohonan, berikut adalah Senarai Semak UPU (DO’S & DON’TS) yang boleh dijadikan panduan buat pemohon dalam mengurangkan risiko permohonan anda ditolak atau gagal.

Panduan ini bertujuan untuk mengingatkan anda apakah dia perkara-perkara yang perlu ditekankan (DO’S) dan perkara-perkara yang harus anda elakkan (DONT’S) semasa proses membuat permohonan. Oleh itu, sila pastikan anda mengikuti panduan/ tips yang dikongsikan di bawah ini semasa mengisi borang permohonan.

Senarai Semak UPU ONLINE

Checklist Mohon UPU (DO’S & DON’TS)

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan berkaitan Senarai Semak UPU (DO’S & DON’TS).

Senarai Semak (DO’S)

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda lakukan dan beri perhatian semasa membuat permohonan:

  1. Para pemohon wajib menekan klik pada SAH & HANTAR bagi memastikan maklumat permohonan telah selamat diterima oleh sistem.
  2. Pastikan kenyataan TERIMA KASIH! PERMOHONAN ANDA TELAH SELAMAT DITERIMA OLEH SISTEM dan slip permohonan kemasukan pelajar akan dipaparkan selepas menekan klik pada SAH & HANTAR.
  3. Cetak slip permohonan sebagai rujukan dan bukti. Sekiranya anda lupa untuk mencetak, sila cari pautan SLIP PERMOHONAN.
  4. Buat makluman semua, proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh para pemohon seberapa banyak kali yang mereka mahu tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan. Namun begitu, sebarang pengemaskinian maklumat yang dilakukan adalah di bawah tanggungjawab pemohon sendiri.
  5. Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila klik pada pautan LUPA KATA LALUAN? pada laman utama.
  6. Sila simpan salinan SOFT COPY FILE dalam bentuk PDF slip permohonan anda untuk kegunaan di masa hadapan.

Senarai Semak UPU (DONT’S)

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda elakkan dan JANGAN lakukan semasa membuat permohonan:

  1. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang SAH & HANTAR tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.
  2. Tidak menekan klik pada butang SAH & HANTAR.
  3. Maklumat tidak lengkap dan palsu.
  4. Tidak membaca e-panduan.
  5. Menghantar borang secara manual.
  6. Tidak membuat semakan dan tidak menyimpan cetakan slip permohonan.

Untuk paparan yang jelas, anda boleh merujuk kepada grafik yang dikongsikan di bawah ini :

Senarai Semak UPU ONLINE (DO'S & DON'TS)

Panduan Pengisian Borang UPU

Berikut adalah perbandingan perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa membuat permohonan mengikut kategori lepasan pelajar:

Perbandingan Mengikut Lepasan

PerkaraLepasan SPMSTPM/Matrikulasi/Asasi/STAMDiploma/ Setaraf
Pendaftaran UPUWajibWajibWajib
Pembelian Unik IDRM15.60RM15.60RM15.60
Pengisian Maklumat PeribadiWajibWajibWajib
Pengisian Maklumat KeluargaWajibWajibWajib
Pengisian Keputusan Maklumat SPMTidak perluWajibWajib
Pengisian Keputusan Maklumat STPM/Matrikulasi/STAMTidak perluTidak perluWajib
Muat naik salinan dokumen berkaitan
Kemaskini lebih dari sekali
Penukaran kategori lepasan setaraf
Bilangan minimum pilihan program pengajian666
Bilangan maksimum pilihan program pengajian12128
Pilihan program pengajianSelepas 5 hari keputusan SPMSelepas 5 hari keputusan STPMSelepas 5 hari keputusan STPM
Penukaran program yang ditawarkan
Mencetak permohonan

Maklumat Lanjut

Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA Online.

Diharap agar perkongsian Senarai Semak UPU (DO’S & DON’TS) ini dapat membantu anda melakukan persediaan dengan baik sebelum membuat permohonan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke UA/ IPTA yang dihajatkan!

Tinggalkan Balasan