Semakan Slip Daftar MUET 2024 Online

Buat calon ujian Malaysian University English Test (MUET) untuk tahun 2024 yang telah melakukan pendaftaran peperiksaan. Calon boleh membuat semakan slip daftar MUET secara online / atas talian atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bagi sesi Mac, Julai dan November. Bagi semakan pendaftaran MUET secara online dan SMS akan dibuka bermula tarikh yang akan dikemaskini berdasarkan makluman rasmi Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Buat makluman calon peperiksaan, Semakan Slip Pendaftaran Ujian MUET perlulah dilakukan dan seterusnya calon perlu membuat cetakan slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET semasa hari peperiksaan diadakan. Slip daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan sebagai kebenaran menduduki ujian MUET.

Semakan Slip Daftar MUET 2020 Online

Cara Semakan Slip Daftar MUET 2024 Secara Online & SMS

Berikut dikongsikan panduan buat calon peperiksaan dalam menyemak slip daftar MUET bagi sesi 1, 2 & 3 (Mac, Julai & November) untuk tahun 2024. Turut disertakan Tarikh Semakan Slip Daftar MUET dibuka bagi setiap sesi untuk tahun 2024.

TARIKH PENTING SEMAKAN SLIP DAFTAR MUET 2024

Nota : Tarikh rasmi serta pautan URL saluran semakan bagi setiap semakan mengikut sesi yang dinyatakan akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal MPM

1. Sesi 1 (Mac)

DibukaDitutup
11 Mac 2024

2. Sesi 2 (Julai)

DariHingga

3. Sesi 3 (November)

DibukaDitutup
Pautan URL semakan
1.Maklumat calon yang tiada dalam semakan (MUET/D), terus hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia dengan segera.
2. Untuk calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.
3. Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-6126 1661/1662 atau emel ke psm@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA.

Semakan Slip Pendaftaran Ujian MUET Secara SMS

Semakan status (MUET/D) juga boleh dibuat oleh calon melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip

  • MUET<jarak>INFO<jarak>NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888
  • Contoh: MUET INFO 931029084444 dan hantar ke 15888

*Caj penghantaran adalah RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX.

Diharapkan perkongsian berkaitan Semakan Slip Pendaftaran MUET 2024 Online & SMS ini dapat dijadikan panduan oleh calon-calon peperiksaan dalam melakukan semakan. Semoga cemerlang dalam ujian MUET dan lulus dengan jayanya.

Tinggalkan Balasan