Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2024-2025 Online

Panduan buat pemohon Universiti Awam dan Politeknik serta Kolej Komuniti/ ILKA bagi sesi akademik 2023/2024 yang gagal mendapat tawaran pertama dan telah membuat permohonan rayuan. Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan rayuan UPU buat pemohon lepasan SPM dan STPM.

Untuk makluman, permohonan rayuan buat lepasan SPM/ setaraf akan dibuka sama dengan tarikh keputusan UPU diumumkan. Maklumat rayuan bagi sesi 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Keputusan Rayuan UPU

Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2023-2024 Online

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan rayuan UPU sesi ambilan 2023-2024 buat rujukan pelajar.

  1. Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2023 telah diumumkan secara rasmi.
  2. Permohonan rayuan hanya layak dipohon oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.
  3. Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.
  4. Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui sistem UPUOnline

Tarikh Penting Permohonan Dan Keputusan Rayuan UPU 2023

*Dalam kurungan adalah tarikh bagi tahun sebelumnya

a) Lepasan SPM/ setaraf

  1. Permohonan rayuan Lepasan SPM/ Setaraf : 7 Julai 2023, jam 5 petang (22 hingga 31 Julai 2022)
  2. Semakan Keputusan Rayuan SPM/ Setaraf : 7 Ogos 2023, jam 12 tengah hari hingga 11 Ogos, jam 5 petang (22 hingga 26 Ogos 2022)
  3. Tempoh setuju terima tawaran : 8 hingga 11 Ogos (22 hingga 27 Ogos 2022)
  4. Semakan rayuan Politeknik : —
  5. Hebahan Kedua Keputusan Rayuan Lepasan SPM : —

b) Lepasan STPM/ setaraf

  1. Permohonan rayuan Lepasan STPM/ Setaraf : 7 September 2023, jam 12 tengah hari hingga 16 September 2023 (25 September hingga 4 Oktober 2022)
  2. Semakan Keputusan Rayuan STPM/ Setaraf  Fasa 1: 16 Oktober 2023, jam 12 tengah hari hingga 20 Oktober 2023, jam 5 petang (25 Oktober hingga 30 Oktober 2022)
  3. Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2: —

Rayuan UPU online boleh dilakukan dengan cara melayari laman web UPU dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

Cara Semak Keputusan Rayuan UPU Sesi 2023/2024 Online

Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak secara online dan melalui SMS :-

Nota : sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan.

  • B. Semakan Keputusan UPU 2021 Melalui SMS
    1. Universiti Awam dan Politeknik Premier
      • Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

Proses Pemilihan Pelajar Ke UPU

Contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

PROSES PEMILIHAN KEMASUKAN LEPASAN SPM & STPM/ SETARAF

Proses pemilihan kemasukan bagi lepasan SPM & STPM/Setaraf

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut tentang permohonan UPU:

Selamat membuat Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2023-2024 Online. Semoga segala usaha anda membuahkan hasil yang lumayan.

Tinggalkan Balasan