Syarat Kemasukan ADTEC Dan Senarai Pusat Latihan

Syarat Kemasukan Ke Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Apakah syarat kemasukan ADTEC iaitu syarat permohonan am dan khas? ADTEC adalah salah satu institut latihan di bawah kelolaan Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).  Selain daripada ADTEC, di bawah ILJTM juga terdapat Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan JMTi. Tujuan ILJTM adalah untuk menyediakan program kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian yang memerlukan kemahiran yang sesuai untuk bekerja.

Untuk pengetahuan, ADTEC menyediakan program di peringkat diploma khusus untuk lepasan SPM atau rakyat Malaysia yang berumur 17-35 tahun  yang berminat dalam bidang kemahiran. Terdapat lapan (8) ADTEC yang disediakan di seluruh Malaysia. Berikut merupakan syarat-syarat kemasukan ke ADTEC.

Syarat Kemasukan ADTEC Dan Senarai Pusat Latihan

Syarat Kemasukan ADTEC (Am Dan Khas)

Berikut merupakan syarat kemasukan ADTEC iaitu Advanced technology training centre bagi mereka yang berminat untuk menyertai program-program yang ditawarkan di seluruh pusat latihan ADTEC di seluruh Malaysia:

Syarat Kelayakan Kemasukan

A. Umum

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat khas kursus)
4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (untuk kursus yang mempunyai tanda #)
5. Tidak buta atau buta warna atau pekak atau rabun (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Untuk syarat-syarat kemasukan khas ke ADTEC sila layari portal permohonan ILJTM di pautan berikut :-

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan kemasukan ke ADTEC, sila hubungi:

Senarai ADTEC Seluruh Malaysia

Nama KolejAlamat
1. ADTEC SHAH ALAM
NO 5934-1, JLN BUKIT KEMUNING, SEKSYEN 32, 40460, SHAH ALAM, SELANGOR
Tel    : 03-51612622  Faks  : 03-51612651
2. ADTEC BATU PAHAT
KM8 JALAN TANJUNG LABUH 83000 BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM
Tel    : 07-4287733  Faks  : 07-4285290
3. ADTEC KULIM
LOT 635, JALAN MAHANG 09500 KARANGAN, KULIM, KEDAH
Tel    : 04 – 4042975  Faks  : 04 – 4042971
4. ADTEC MELAKA
BANDAR VENDOR TABOH NANING, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA
Tel    : 06-552 7227  Faks  : 06-552 7231
5. ADTEC KEMAMAN
PAYOH, 24210 KEMASIK TERENGGANU DARUL IMAN
Tel    : 09-8664000  Faks  : 09-8671020
6. ADTEC TAIPING
PT 15643 KAMUNTING RAYA, MUKIM ASAM KUMBANG, 34600 KAMUNTING, TAIPING, PERAK
Tel : 05-8012600  Faks : 05-8012608
7. ADTEC BINTULU
LOT BARU 903 (PL 957), JLN BINTULU-SIBU 97000, BINTULU, SARAWAK
Tel   : 086-310111  Faks: 086-338484
8. ADTEC JERANTUT
KM 9, JALAN JERANTUT TEMERLOH, 27000 JERANTUT, PAHANG
Tel : 09-2663391  Fax : 09-2662490

Diharapkan perkongsian Syarat Kemasukan ADTEC Dan Senarai Pusat Latihan dapat membantu pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian kemahiran dalam program-program yang disediakan. Selamat maju jaya diucapkan!

Tinggalkan Balasan