SPLKPM Login Modul Individu Guru : Daftar Kursus Dan Latihan

SPLKPM Login modul individu splgkpm Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk memastikan guru sekolah di Malaysia sentiasa menambah baik kemahiran diri dan cara pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM). Dengan kemudahan teknologi dan Internet, guru tidak perlu lagi menghadiri kursus secara bersemuka kerana ia boleh dilakukan secara online serta tidak akan melibatkan kos dan masa yang banyak berbanding kursus secara bersemuka.

Untuk makluman, sistem ini dibangunkan oleh KPM bagi memudahkan guru menyertai dan menguruskan latihan, kursus, bengkel dan seminar secara atas talian (dahulunya dikenali sebagai SPLG KPM).  Tambahan pula, ia menjadi satu pangkalan data untuk KPM serta guru dimana, setiap kursus yang disertai akan direkod dan boleh disemak jumlah kursus yang disertai agar objektif untuk menambah kemahiran dicapai. Selain guru, modul latihan juga ditawakan kepda pegawai dan anggota kumpulan pelaksana di bawah KPM.

SPL KPM : Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia

Dibawah dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan semua. Untuk mengakses modul individu, ikuti langkah-langkah berikut:-

Cara Login SPLKPM Modul Individu

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar kursus dan latihan guru melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM:

  1. Layari Portal Rasmi
  2. Klik “Modul Individu” bagi mendaftar masuk untuk kegunaan individu
  3. Isi nombor Kad Pengenalan tanpa tanda sengkang
  4. Masukkan kata laluan (4 nombor terakhir kad pengenalan anda) dan klik “Hantar”
  5. Satu paparan “Sila Tukar Kata Laluan” akan keluar dan anda perlu menukar kata laluan yang baharu dan diingati
  6. Selepas berjaya login, pilih menu “Pembelajaran Kendiri” untuk menambah kursus yang disertai.
  7. Seterusnya pilih “e-Pembelajaran” dan klik “Tambah Aktiviti”
  8. Isi maklumat yang diperlukan dan hubungi admin sekolah anda bagi membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan

Nota : Setiap pengguna diminta menjawab Training Need Analysis (TNA) atau matrik kompitensi yang disediakan untuk membolehkan pihak pengurusan merancang Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang diperlukan.

Kemaskini LDP KKL

Untuk mengemaskini rekod LDP KKL, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik menu Senarai LDP Dihadiri / Daftar KKL

2. Klik pada ikon kemaskini untuk kemaskini maklumat LDP KKL.

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Pengumuman SPLKPM, antara kursus yang boleh didaftar dan diikuti oleh guru atau pegawai di bawah KPM adalah:

1) Kursus STEM

Kursus yang membantu guru dari aspek Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) hanya dengan menggunakan aplikasi telefon pintar

Muat turun di pautan berikut: Schoology

2) EPSA

Portal e-Pembelajaran Sektor Awam adalah portal kursus online untuk semua anggota perkhidmatan awam di Malaysia

Senarai kursus yang ditawarkan boleh dilihat melalui : EPSA

3) Ulasan Buku

Warga KPM boleh membuat ulasan buku bagi mana-mana bahan bacaan yang sahih sebagai perkongsian kepada pengguna-pengguna yang lain

Borang Sinopsis Individu perlu diisi di sekolah sebagai bukti pembacaan

4) Webinar

Pengguna boleh menonton webinar secara langsung untuk menambah ilmu dalam topik yang dibincangkan.

Anjuran webinar boleh dirujuk pada : SENARAI KURSUS

  • Login utama : https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/, sso kpm

5) AKPK Hemah Bicara Hemah Belanja

Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) menganjurkan kursus Literasi Kewangan Secara Online bagi guru-guru

Setiap warga KPM wajib melaksanakan kursus ini sehingga selesai

6) Rumahku AKPK

  • Warga KPM boleh mengambil kursus ini untuk mempelajari selok belok dalam membeli hartanah

SPLKPM telah ditambah baik bermula tahun 2024 dengan e-pembelajaran yang ditambah untuk pengguna. Antaranya adalah:

7) Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Pengguna boleh layari Portal Rasmi epkjr (https://www.epkjr.gov.my/) untuk mendaftar dan lengkapkan kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang disediakan. Tambah aktiviti dalam e-pembelajaran SPLKPM dan serahkan salinan sijil pada SU LDP sebagai bukti penyertaan.

8) e-Latih HRDCorp

HRD Corp merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia menyediakan pelbagai jenis latihan yang boleh dimanfaatkan oleh warga KPM yang berminat. Langkah yang sama iaitu tambah aktiviti di dalam e-pembelajaran SPLKPM dan serahkan salinan sijil penyertaan kepada SULDP sebagai bukti penyertaan.

Pautan e-Latih HRDCorp boleh dilayari melalui pautan : eLatih

9) Kursus CDL – Connecting Dots Learning

Layari Portal connectingdots (https://www.connectingdots.my/) dan sertai kursus yang diadakan setiap minggu. Serahkan e-sijil penyertaan kepada SULDP dan tambah aktiviti dalam e-pembelajaran SPLKPM

10) AI untuk Rakyat

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat siaran kepada semua penjawat awam untuk melengkapkan Program Pembelajaran “AI untuk Rakyat” secara dalam talian iaitu “AI Aware” dan “AI Appreciate”.  Anda boleh melengkapkan pembelajaran ini di laman SPLKPM dengan tempoh pembelajaran selama 4 jam.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM telah menyediakan cadangan 5 hari latihan untuk setahun kepada warga KPM seperti berikut:

MyPBB (Mata Kredit Pembangunan Profesionalisme Berterusan)

Objektif utama sistem ini adalah untuk membantu mengiktiraf penyertaan PPP serta PPB dengan memberikan mata kredit bagi setiap aktiviti yang dijalankan (khususnya buat para pendidik).

Ianya juga menggalakkan pihak yang terlibat untuk meneroka lebih banyak platform yang bersesuaian dengan profesion dan kemampuan diri sendiri, seterusnya secara tidak langsung meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mata kredit tersebut, termasuklah seperti berikut:

  1. Kursus, bengkel atau seminar
  2. E-Pembelajaran
  3. Wacana ilmu, taklimat atau perkongsian
  4. Peningkatan akademik
  5. Bimbingan dan pementoran
  6. Lawatan penanda aras
  7. Pembacaan buku
  8. PLC
  9. Inovasi
  10. Penyelidikan
  11. Program sangkutan
  12. Penulisan dan pengkaryaan
  13. Sumbangan-sumbangan lain

Kaedah untuk mencukupkan 5 hari latihan dan 42 mata CPD/ PPB

Berikut adalah cara atau kaedah yang dikongsikan di media sosial untuk pengguna SPLKPM mencukupkan 5 hari latihan dan 42 mata CPD/ PPB :

1. Book Review : Dapat jam latihan dan mata CPD

  • 1 buku =1 hari = 6 jam = 6 mata
  • 4 buah buku (4 hari latihan + 20 mata)
  • Maksima = 20 mata PPB

2. ePembelajaran : Dapat mata PPB + jam latihan

  • 1 jam ldp = 1 mata
  • Maksima = 15 mata
  • epsa, portal eguru, AKPK, webinar
  • 1 jam kursus = 1 jam ldp = 1 mata PPB

3. Sumbangan

  • Key in sumbangan bagi guru yang terlibat dengan koko peringkat PPD/ JPN/ KPM
  • Key in sumbangan bagi JU PPDPP/ JU JPN/ JU KPM
  • Key in sumbangan bagi AJK PIBG
  • 1 sumbangan = 5 mata

4. PLC

  • Panitia yang telah menjalankan PLC, ketua dimohon key in ke dalam SPLKPM bersama IC ahli sekali
  • 1 PLC = 5 mata
  • Maksima = 20 mata (4 PLC)

5. Pentadbir boleh key in Bimbingan dan pementoran dalam SPLKPM B&P

  • 1 jam = 1 mata PPB
  • 0.5 jam = 0.5 mata PPB

6. Taklimat/ Ceramah/ Dialog prestasi dan lain-lain

  • 1 jam ldp = 1 mata PPB
  • Maksima = 15 mata

7. Bengkel/ Kursus

  • 1 jam ldp = 1 mata
  • Maksima = 15 mata

8. Inovasi : dapat mata PPB sahaja

  • 1 inovasi = 10 mata
  • Maksima = 20 mata

9. Peningkatan akademik : Dpat mata PPB untuk tahun semasa ikut sijil

  • Sijil = 4 mata
  • Diploma = 8 mata
  • Sarjana Muda/ Degree = 12 mata
  • Sarjana = 16 mata
  • PHD = 20 mata

10. Penyelidikan : Dapat mata PPB sahaja

  • 1 kajian = 10 mata
  • Maksima = 20 mata

11. Penulisan/ pengkaryaan kreatif : dapat mata PPB sahaja

  • Penulisan buku (bukan tugas hakiki sekali sahaja) = 20 mata
  • Artikel/ jurnal = 10 mata
  • Buletin = 10 mata
  • Penghasilan modul (ciptaan sendiri) = 10 mata
  • Seni kreatif – bukan hakiki (muzik, visual, fotografi, tari) = 10 mata

12. Lawatan penanda aras : dapat jam ldp + mata PPB

  • 1 jam = 1 jam ldp = 1 mata
  • maksima = 10 mata

13. Program sangkutan : dapat mata PPB sahaja

  • 1 program = 5 mata

SUMBER : FB BBM Cikgu Mabar

Info Lanjut

Jika terdapat sebarang masalah untuk menggunakan sistem ini, sila rujuk:

Semoga perkongsian berkenaan SPLKPM Login : Daftar Kursus Dan Latihan Guru ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang komited untuk menambah kemahiran diri disamping sibuk melaksanakan komitmen terhadap anak murid.

Related : ppb yang didaftarkan menerusi, log masuk, perlu disemak dan disahkan, mengesahkan kursus, hemah bicara hemat belanja, modul ini perlu disemak, menerusi modul ini perlu, didaftarkan menerusi modul, pembangunan profesionalisme berterusan ppb, dibangunkan untuk, no kad pengenalan, mata kredit, profil masing menerusi pangkalan data eoperasi, sekolah perlu, masukkan no kad pengenalan dan kata, training needs analysis tna, pihak pengurusan merancang ldp, diminta menjawab training needs analysis, perlu mengemaskini, merancang ldp yang diperlukan, klik close, diminta menjawab training needs analysis tna atau matrik kompitensi yang disediakan membolehkan, pihak pengurusan latihan kementerian pendidikan malaysia,

Tinggalkan Balasan