Tema Hari Kebangsaan 2024 Hari Malaysia & Gambar Logo Rasmi

Rakyat Malaysia akan menyambut hari kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun. Sambutan ini melambangkan kemerdekaan yang dicapai oleh penduduk pada tahun 1957, manakala pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963 disambut sebagai Hari Malaysia. Berikut dikongsikan informasi berkenaan Tema Hari Kebangsaan 2024 dan Hari Malaysia 2024 beserta informasi Gambar Logo Rasmi untuk makluman semua.

Pada tahun 2024, tema yang telah dipilih adalah Malaysia Madani: Jiwa Merdeka. Tema ini telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 5 Jun 2024. Tema sambutan pada tahun lepas iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seiring dengan slogan kerajaan perpaduan, Malaysia Madani.

Tema Hari Kebangsaan Hari Malaysia Gambar Logo Rasmi

Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2024 & Hari Malaysia : Malaysia Madani : Jiwa Merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia. Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sambutan ini juga berupaya memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan. Orang ramai boleh merujuk tarikh dan lokasi acara sambutan yang bakal dianjurkan serta memahami tema, logo serta lagu yang dihasilkan untuk bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Seperti kelaziman, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan bermula dengan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 13 Julai 2024.

Majlis rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2024 pula akan diadakan di lokasi seperti berikut:-

  • Hari Kebangsaan 31 Ogos 2024: Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Hari Malaysia 16 September 2024: Sabah

Tema Sambutan

Dipetik dari Laman Web Rasmi MKN, “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini, umum Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.

“Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif,” katanya pada Majlis Pengumuman Logo dan Tema HKHM 2024 di Putrajaya pada 5 Jun 2024.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin.

Mengenai logo HKHM 2024, beliau berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia untuk tahun 2024 adalah :-

  • Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

Gambar Logo Rasmi

Berikut adalah logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 :-

logo hari kebangsaan malaysia madani jiwa merdeka

Rasionalisasi Tema Dan Logo

Di bawah adalah maksud bagi tema dan logo yang telah dipilih sebagai pelangkap kepada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia:-

Maksud Tema

1) Malaysia Madani

Tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan (6) enam nilai teras utama

2) Jiwa Merdeka

Penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterprestasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran intergrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif

3) Malaysia Madani: Jiwa Merdeka

Lambang kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati diri

Maksud Logo

  • Malaysia Madani: Satu panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi
  • Bulatan Biru : Menandakan permuafakatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat
  • Bulan Sabit: Simbol agama Islam sebagai agama persekutuan
  • Bintang : Bintang yang mempunyai 14 bucu melambangkan perpaduan dalam kalangan 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • Lima Jalur di atas bulatan: Lima jari dengan jalur berwarna merah dan putih sebagai simbol Rukun Negara sebagai asas ideologi Malaysia
  • Warna biru: Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • Warna merah: keberanian, keazaman dan jati diri
  • Warna kuning: Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • Warna putih: keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat yang murni

Lagu

Di bawah adalah lirik lagu Malaysia Madani yang menjadi lagu rasmi pada Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2023. Jika terdapat perubahan atau lagu baharu, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa :-

Tajuk: Malaysia Madani

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malaysia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

Penyanyi: Bunkface
Ciptaan: Sam & Pidaus

Senarai Tema Hari Kebangsaan Malaysia

  • 2024 : Malaysia Madani : Jiwa Merdeka
  • 2023 : Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
  • 2022 : Keluarga Malaysia Teguh Bersama
  • 2021 : Malaysia Prihatin
  • 2020 : Malaysia Prihatin
  • 2019 : Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
  • 2018 : Sayangi Malaysiaku
  • 2017 : Negaraku Sehati Sejiwa
  • 2015 – 2016 : Sehati Sejiwa
  • 2014 : Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
  • 2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
  • 2012 : 1Malaysia. Janji Ditepati
  • 2011 : 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
  • 2010 : 1Malaysia Menjana Transformasi
  • 2009 : 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
  • 2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
  • 2007 : Malaysiaku Gemilang
  • 2000 – 2006 : Keranamu Malaysia
  • 1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
  • 1998 : Negara Kita Tanggungjawab Kita
  • 1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
  • 1996 : Budaya Penentu Kecapaian
  • 1995 : Jatidiri Penggerak Wawasan
  • 1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
  • 1993 : Bersatu Menuju Wawasan
  • 1992 : Wawasan Asas Kejayaan
  • 1991 : Wawasan 2020
  • 1990 : Berjaya
  • 1988 – 1989 : Bersatu
  • 1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
  • 1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
  • 1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
  • 1984 : Amanah Asas Kejayaan
  • 1983 : Bersama ke Arah Kemajuan
  • 1982 : Berdisiplin Giat Maju
  • 1981 : Berdisiplin Berharmoni
  • 1980 : Berdisiplin Berbakti
  • 1979 : Bersatu Berdisiplin
  • 1978 : Kebudayaan Seni Perpaduan
  • 1977 : 20 Tahun Bersatu Maju
  • 1976 : Ketahanan Rakyat
  • 1975 : Masyarakat Berdikari
  • 1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  • 1973 : Masyarakat Kebudayaan Malaysia
  • 1972 : Masyarakat Adil
  • 1971 : Masyarakat Progresif
  • 1970 : Muhibah dan Perpaduan

Semoga perkongsian berkenaan Tema Hari Kebangsaan 2024 Hari Malaysia & Gambar Logo Rasmi ini dapat menggalakkan sambutan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia. Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk pada:

Rel : Kuala Lumpur, penzahiran kepada kebebasan rakyat malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat, aspek pemikiran integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh harmoni dan progresif, kerajaan persekutuan, logo dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh harmoni dan progresif, 2024 malaysia madani tekad perpaduan penuhi harapan, panduan dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh harmoni dan progresif, penzahiran kepada kemakmuran dan kemajuan negara malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama, 2024 malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama,

Tinggalkan Balasan