Jumlah Penduduk Malaysia 2024 Statistik Terkini (Populasi)

Berapakah statistik terkini penduduk di Malaysia untuk tahun 2024? Berapakah pula peratusan pertambahan penduduk di Malaysia jika dibandingkan dengan tahun lepas? Statistik penduduk di sesebuah negara penting untuk diketahui bagi merancang dan mentadbir urus negara tersebut dengan berkesan dan efisien. Berikut adalah statistik terkini bagi jumlah penduduk Malaysia bagi tahun 2024 yang memaparkan perbandingan mengikut kaum, umur seperti bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan jantina.

Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang terletak di dalam benua Asia. Secara lebih khusus lagi, Malaysia terletak di wilayah Asia Tenggara (SEA) bersama 10 lagi negara lain. Malaysia menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia atau pun Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

Jumlah Penduduk Malaysia Terkini Statistik Terkini

Statistik Terkini Jumlah Penduduk Malaysia 2024

Berikut adalah ringkasan kenyataan/ siaran media laporan perangkaan dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk informasi berkaitan jumlah populasi penduduk di Malaysia mengikut tahun/ suku.

Siaran Media Laporan Perangkaan Demografi Malaysia, Suku Pertama 2024

Jumlah penduduk di Malaysia pada 2024 dianggarkan 34.0 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (33.2 juta). Jumlah penduduk ini merangkumi 30.6 juta (90.0%) Warganegara dan 3.4 juta (10.0%) Bukan Warganegara. Penduduk lelaki meningkat kepada 17.8 juta daripada 17.4 juta pada suku tahun pertama 2023 dan perempuan meningkat kepada 16.1 juta daripada 15.8 juta bagi tempoh yang sama. Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Kenyataan Media Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2023

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin mengumumkan pada 31 Julai 2023 bahawa “Jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 2.1 peratus. Penduduk warganegara meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan yang kecil iaitu 0.7 peratus (2022: 0.6%). Manakala pertambahan bilangan penduduk Bukan Warganegara yang lebih tinggi iaitu meningkat daripada 2.5 juta (2022) kepada 3.0 juta (2023)”

Anggaran penduduk semasa adalah berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2020. Anggaran penduduk ini menggunakan  kaedah komponen kohort yang meliputi kelahiran, kematian, migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.

Siaran Media Laporan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022

Jumlah penduduk di Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta berbanding 32.6 juta pada tahun 2021 dengan kadar penduduk tahunan 0.2 peratus. Penurunan kadar pertumbuhan penduduk berlaku disebabkan oleh bilangan penduduk Bukan Warganegara yang rendah iaitu 2.6 juta (tahun 2021) kepada 2.4 juta (2022).

Situasi ini selari dengan sekatan perjalanan antarabangsa oleh negara semasa penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021. Penduduk Warganegara meningkat daripada 30 juta pada tahun 2021 kepada 30.2 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan penduduk warganegara menurun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh yang sama.

Kenyataan Media Laporan Perangkaan Suku Pertama 2021

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan laporan perangkaan suku pertama Tahun 2021 dan menganggarkan jumlah penduduk di Malaysia adalah 32.75 Juta. Jumlah tersebut merangkumi 29.91 juta atau 91.3% warganegara dan baki 2.84 juta orang bersamaan 8.7 peratus adalah bukan warganegara.

Antara statistik lain yang disebut oleh Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin adalah penduduk lelaki mengatasi wanita dengan jumlah 16.83 juta penduduk lelaki manakala 15.92 juta penduduk perempuan.

Komposisi penduduk berusia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 2.26 juta orang kepada 2.37 juta bagi tempoh sama. Trend ini dianggap seiring dengan negara membangun lain yang menuju ke arah populasi menua. Tidak ada “baby boom” (kelahiran bayi besar-besaran) pada suku pertama 2021 seperti yang dijangkakan susulan pelaksanaan PKP akibat Covid-19.

Kenyataan Media Laporan Perangkaan 2020

Ketua perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pada 2020, nisbah jantina penduduk Malaysia berada 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan menurut penerbitan itu. Menurut laporannya lagi, peratus penduduk berusia 0-14 tahun (umur muda) pada 2020 menurun dan peratus penduduk berumur 65 tahun dan ke atas (umur tua) meningkat. Mohd Uzir berkata penuaan penduduk berlaku apabila peratusan penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencecah 15% daripada jumlah penduduk. Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada tahun 2030.

Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata komposisi penduduk tertinggi pada 2020 adalah Selangor (20%) diikuti Sabah (12%) dan penduduk Johor 11.6 peratus. Manakala komposisi penduduk etnik Cina pula menurun kepada 22.8% berbanding 23% pada 2018 manakala India dan lain-lain kekal 6.9 peratus dan satu peratus

Jabatan Perangkaan Malaysia bertanggungjawab untuk membuat laporan statistik “total population” di Malaysia. Selain itu, jabatan tersebut menjadi sumber rasmi bagi rujukan statistik di Malaysia.

Menurut data jabatan tersebut, population Malaysia dianggarkan berjumlah 32.7 juta orang pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 0.4 peratus. Berikut pula dikongsikan statistik terkini anggaran penduduk semasa Malaysia 2020 atau berapa penduduk di Malaysia berdasarkan beberapa aspek bagi tahun 2020.

Statistik Terkini “Malaysia Population” Mengikut Aspek 2024 vs 2023

1. Keseluruhan

  • 2024 : 34.0 juta
  • 2023 : 33.4 juta

2. Warganegara

Warganegara:

  • 2024 : 30.6 juta
  • 2023 : 30.4 juta

Bukan warganegara:

  • 2024 : 3.4 juta
  • 2023 : 3.0 juta

3. Jantina

Lelaki:

  • 2024 : 17.8 juta
  • 2023 : 17.5 juta

Perempuan:

  • 2024 : 16.1 juta
  • 2023 : 15.9 juta

4. Umur

(Peratus) Penduduk Bawah 14 Tahun

  • 2024 : 7.7 juta
  • 2023 : 7.5 juta (22.6%)

(Peratus) Penduduk 15 Tahun – 64 Tahun di Malaysia

  • 2024 : 23.8 juta
  • 2023 : 23.4 juta (70.0%)

(Peratus) Penduduk 65 Tahun ke Atas di Malaysia

  • 2024 : 2.5 juta
  • 2023 : 2.5 juta (7.4%)

TAHUN 2024 : Berdasarkan kepada penerbitan Perangkaan Demografi Suku Pertama 2024

Untuk informasi yang lebih jelas, sila rujuk infografik statistik Penduduk terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia seperti di bawah:

Anggaran Penduduk Semasa Malaysia Tahun 2024

Perangkaan Demografi Suku Pertama

Jumlah Penduduk Mengikut Negeri 2024

Laporan yang dikeluarkan juga menyatakan anggaran penduduk setiap negeri pada tahun 2024 adalah seperti berikut :-

1. Selangor : 7.3 juta

2. Sabah : 3.7 juta

3. Johor : 4.1 juta

4. Sarawak : 2.5 juta

5. Perak : 2.5 juta

6. Kedah : 2.2 juta

7. Kelantan : 1.8 juta

8. Pulau Pinang : 1.8 juta

9. Kuala Lumpur : 2.0 juta

10. Pahang : 1.6 juta

11. Terengganu : 1.2 juta

12. Negeri Sembilan : 1.2 juta

13. Melaka : 1.0 juta

14. Perlis : 0.3 juta

15. Putrajaya : 0.1 juta

16. Labuan : 0.1 juta

SUMBER : DOSM

Anggaran Penduduk Semasa Malaysia Tahun 2023

anggaran jumlah penduduk semasa Malaysia

Jumlah Penduduk Mengikut Negeri 2023

Berikut adalah laporan yang dikeluarkan juga menyatakan anggaran penduduk setiap negeri pada tahun 2023 :-

1. Selangor : 7.2 juta

2. Sabah : 3.59 juta

3. Johor : 4.1 juta

4. Sarawak : 2.5 juta

5. Perak : 2.5 juta

6. Kedah : 2.2 juta

7. Kelantan : 1.8 juta

8. Pulau Pinang : 1.77 juta

9. Kuala Lumpur : 1.99 juta

10. Pahang : 1.6 juta

11. Terengganu : 1.2 juta

12. Negeri Sembilan : 1.2 juta

13. Melaka : 1.0 juta

14. Perlis : 0.3 juta

15. Putrajaya : 0.1 juta

16. Labuan : 0.1 juta

Anggaran Penduduk Semasa Malaysia Tahun 2022

anggaran jumlah penduduk semasa Malaysia

Jumlah Penduduk Mengikut Negeri 2022

Laporan yang dikeluarkan juga menyatakan anggaran penduduk setiap negeri pada tahun 2022 adalah seperti berikut :-

1. Selangor : 7.0 juta

2. Sabah : 3.4 juta

3. Johor : 4.0 juta

4. Sarawak : 2.5 juta

5. Perak : 2.5 juta

6. Kedah : 2.2 juta

7. Kelantan : 1.8 juta

8. Pulau Pinang : 1.7 juta

9. Kuala Lumpur : 1.9 juta

10. Pahang : 1.6 juta

11. Terengganu : 1.2 juta

12. Negeri Sembilan : 1.2 juta

13. Melaka : 1.0 juta

14. Perlis : 0.3 juta

15. Putrajaya : 0.1 juta

16. Labuan : 0.1 juta

SUMBER : DOSM

Anggaran Penduduk Semasa Malaysia Tahun 2021

infografik 2021

Maklumat Lanjut (Jabatan Perangkaan Malaysia)

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai statistik terkini penduduk di Malaysia. Sila hubungi pegawai perhubungan awam yang bertugas seperti butiran di bawah:

Bahagian Komunikasi Strategik dan Antarabangsa

Jabatan Perangkaan Malaysia

Portal Rasmi

Telefon : +603-8885 7942

Faks : +603-8888 9248

Emel : mkho@dosm.gov,my

Semoga perkongsian mengenai statistik terkini “Malaysia population” ini dapat membantu seluruh rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang memerlukan informasi terkini.

Rel : ketua perangkawan malaysia datuk seri, kumpulan umur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,067 kematian 71 peratus diikuti, berkata jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus
2024 st1 2023 17.6 juta, selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran 18.8 peratus manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh wilayah persekutuan labuan, merangkumi 30.6 juta 90 peratus warganegara dan 3.4 juta 10 peratus bukan warganegara, suku tahun pertama 2024, 106,386 kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus, 2023 manakala jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 9.4 peratus, data penduduk, 34 juta, 17.7 juta meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023, putrajaya mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 19,951 kelahiran 18.8 peratus manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh wilayah persekutuan labuan,

Tinggalkan Balasan