Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 (IPMA)

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA Tahun 2025. Berikut dikongsikan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 (Karnival IPMA) buat panduan pelajar yang masih buntu dalam memilih laluan pengajian tinggi lepas SPM mereka. Karnival anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini akan diadakan di beberapa lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia sepanjang bulan Mei tahun 2025. Pelajar atau mereka yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan pinjaman atau mencari pelbagai peluang pendidikan adalah digalakkan untuk datang hadir ke karnival pendidikan ini.

Selain mengunjungi KPM MARA, para pelajar termasuk para pemohon UPU juga digalakkan untuk hadir ke Karnival Pendidikan Tinggi 2025 Jom Masuk U yang akan diadakan pada sekitar bulan Februari sehingga Mei 2025.

Jadual Karnival Pendidikan MARA IPMA

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA Tahun 2025 (Karnival IPMA)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 yang memaparkan  tarikh dan lokasi karnival diadakan.

Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Pelajar terutamanya lepasan SPM/ STPM dan orang awam adalah digalakkan untuk hadir ke KPM kerana anda boleh membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing di sana. Ianya sekaligus dapat merencana kerjaya masa depan anda lebih awal.

jadual karnival pendidikan mara

Jadual Karnival Pendidikan MARA (Tarikh Dan Lokasi 2025)

Berikut dikongsikan tarikh dan lokasi di mana berlangsungnya Karnival Pendidikan MARA 2025 di seluruh Malaysia sebagai rujukan. Ianya memaparkan maklumat tarikh dan lokasi karnival MARA diadakan.

ZON/ NEGERI

LOKASI

TARIKH/ HARI

1. Kuala LumpurQuill City Mall, Kuala Lumpur3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
2. Sabah1 Borneo, Kota Kinabalu3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
3. PahangKuantan City Mall3 & 4 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
4. SelangorCentral i-City, Shah Alam10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
5. JohorAngsana Mall10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
6. Negeri SembilanPalm Mall, Seremban10 & 11 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
7. KedahPlaza Aman Central, Alor Setar17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
8. KelantanMydin Mall Tunjong, Kota Bharu17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
9. Pulau PinangMydin, Bukit Mertajam17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
10. PerakMydin Meru, Ipoh17 & 18 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
11. TerengganuKuala Terengganu City Centre Mall (KTCC)24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
12. MelakaMahkota Parade, Melaka24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)
13. SarawakMydin Petra Jaya, Kuching24 & 25 Mei 2025 (Sabtu & Ahad)

Nota: Tarikh dan lokasi Karnival adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa. Masa karnival adalah dari jam 1000 pagi hingga 1000 malam

Aktiviti Menarik Karnival Pendidikan MARA

Berikut adalah di antara aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA tahun 2025 seperti berikut :-

  1. Maklumat pendidikan IPTS dan IPMa
  2. Ceramah dan Kaunseling kerjaya
  3. Pendaftaran online Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  4. Demonstrasi kemahiran & teknologi terkini
  5. Jualan usahawan
  6. Food truck
  7. Photobooth
  8. Pendaftaran Alumni MARA

Manfaat Untuk Lepasan Sekolah

  1. Peluang pendidikan di IPMa, IPTA dan IPTS
  2. Yuran percuma di IPMa terpilih
  3. Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  4. Permohonan terus dan temuduga terbuka
  5. Semakan baki tunggakan pinjaman MARA

Maklumat Lanjut Jadual Karnival Pendidikan MARA

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Bahagian Komunikasi Korporat,

Selamat berkarnival buat semua. Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan MARA 2025 boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahukan informasi dan peluang terkini pendidikan di Malaysia.

Tinggalkan Balasan