Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Tahukah anda bahawa anda boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memperoleh bantuan kewangan bagi meringankan bebanan hidup? Bagi yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan JKM iaitu eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online.
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan untuk kumpulan sasar yang memerlukannya. Secara asasnya, dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam usaha untuk membantu klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan sebuah kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (eBantuan JKM) Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan dan semakan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online buat rujukan semua. Selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Tahun 2022, bantuan diperluas oleh kerajaan melibatkan peruntukkan yang lebih tinggi.
Maklumat yang dikongsikan termasuk matlamat pemberian bantuan, kelayakan memohon bantuan, panduan serta cara membuat permohonan dan check status secara online.
Matlamat Pemberian Bantuan JKM
Matlamat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Online diberikan adalah seperti berikut:
- Melengkapi keperluan asas sebagai cara untuk membantu meringankan beban penerima bantuan
- Sebagai alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan terhadap bantuan
- Sebagai alat pemulihan untuk penerima bantuan terus kekal tinggal bersama masyarakat atau komuniti
- Untuk dijadikan sumber kewangan sementara buat penerima bantuan menerukan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
- Mestilah warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
Syarat Kelayakan Memohon Bantuan JKM
Setiap permohonan yang dilakukan hendaklah memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berpandukan setiap jenis bantuan berikut:
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- 1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- 2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- 3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
- 4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- 1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia
- 2. Berumur 16 tahun dan ke atas
- 3. Pemegang kad OKU JKM
- 4. Pendapatan bulanan RM1,200.00 dan ke bawah
- 5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- 1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- 2. Berumur 16 tahun dan ke atas
- 3. Pemegang Kad OKU JKM
- 4. Tidak berupaya bekerja
- 5. Pemohon bukan penghuni atau pelatih institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian/ kediaman/ kemudahan percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
- 6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa (Sumber kewangan seperti pencen, perkeso, bantuan dan lain-lain
- 7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- 1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- 2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan
- 3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
- 4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bantuan Orang Tua (BOT)
- 1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- 2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- 3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- 4. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM, pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma
- 5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bantuan Am Persekutuan (BA)
- 1. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- 1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
- 2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
- 3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
- 4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM, Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- 1. Warganegara dan bermastutin di Malaysia
- 2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan
- Kes-kes seliaan akhlak
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- 1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- 2. Kumpulan sasar JKM
- 3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- 4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
- 1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- 2. Kumpulan sasar JKM
- 3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- 4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan
- 5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Panduan Permohonan Online | |
Langkah-langkah untuk membuat permohonan secara atas talian adalah seperti berikut: | |
Sistem Permohonan | eBantuan JKM |
Pemohon dikehendaki untuk:-
- Klik Daftar Permohonan Atas Talian
- Klik Daftar Permohonan
- Pilih Negeri dan isi No. Kad Pengenalan Baru. Klik Daftar
Lengkapkan maklumat selanjutnya sehingga selesai
*Nota : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh masa 14 hari dari tempoh permohonan dilakukan atas talian. Kegagalan melakukan sedemikian akan menyebabkan sistem membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Permohonan secara manual
Kepada mereka yang ingin membuat permohonan secara manual, borang boleh didapati di pejabat JKM berdekatan ataupun dimuat turun melalui pautan berikut:-
Dokumen Penting Permohonan JKM
Semasa hadir ke pejabat, bawa dokumen-dokumen penting berikut:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Sekiranya tergolong dalam kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan/ surat akaun pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)
Semakan Status | |
Bagi yang telah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara check status permohonan buat rujukan semua: | |
Check Status Permohonan | eBantuan JKM |
*Nota : Senarai hanya akan menunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Jajahan di mana tempat mohon bantuan ini dibuat
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan, semakan atau kemaskini bantuan JKM, sila hubungi:
Alamat
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon
- 03-8000 8000
Faks
- 03-8323 2045
Portal Rasmi
Diharapkan perkongsian maklumat berkaitan Cara Mohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat secara online ini memberi manfaat buat semua. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya menerima bantuan yang diidamkan.
Rel : syarat kelayakan bantuan, permohonan bantuan jabatan kebajikan masyarakat jkm, warganegara dan pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan pgk purata miskin isi rumah semasa atau pgk purata miskin per kapita semasa, sijil kelahiran anak, memenuhi keperluan asas, rm500 sebulan, jkm pemohon mesti memenuhi syarat syarat, selaras dengan kenaikan pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan pgk,