Permohonan Guru 2023: Pegawai Pendidikan Gred 41 SPP

Iklan Pengambilan Guru 2023 (permohonan Guru DG41) Dan Cara Daftar mySPP (suruhanjaya perkhidmatan pendidikan spp). Bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sektor pendidikan awam seluruh negara, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengumumkan pengambilan seramai 19,431 pegawai pendidikan Gred DG41 akan dibuka. Beliau berkata, pengambilan ini bagi menambah jumlah guru serta mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat.

Dalam sidang media pada 7 April 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka iklan pengambilan bermula 7 April 2023 dan penempatan secara berperingkat akan dibuat mulai bulan Julai 2023. Bagi melancarkan proses pengambilan ini, satu usahasama antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan SPP dilaksanakan dan permohonan akan dibuka di portal MySPP pada tarikh yang ditetapkan.

Permohonan Guru 2023: Pegawai Pendidikan Gred 41 SPP

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan sebagai panduan untuk semua yang berminat dan berkelayakan untuk memohon.

Timbalan Menteri Pendidikan menyatakan bahawa inisiatif berkenaan adalah usaha KPM dalam menangani masalah kekurangan guru di seluruh negara yang melibatkan mata pelajaran yang kekurangan tenaga kerja tertinggi seperti berikut

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

Pembukaan jawatan ini bukan sahaja melibatkan graduan dalam bidang pendidikan tetapi juga bidang lain boleh membuat permohonan. Lantikan secara tetap akan diberikan kepada graduan pendidikan manakala lantikan secara kontrak diberikan kepada graduan bukan pendidikan.

Dengan kerjasama daripada JPA dan SPP, pemilihan calon guru akan dilaksanakan dengan lebih efektif dan opsyen mata pelajaran akan diuruskan dengan lebih baik.

Tarikh Penting Pengambilan Khas Guru (Permohonan Guru DG41)

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang diumumkan oleh KPM berkenaan pengambilan khas Guru (Gred DG41) :

TARIKH PENTING

Dibuka : 7 April 2023

Ditutup : 21 April 2023

Pautan permohonan, iklan pengambilan dan cara mendaftar MySPP boleh dirujuk pada info di bawah ini.

Cara Daftar MySPP

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, KPM akan melaksanakan dan membuat pengambilan khas guru yang akan dibuka melalui laman SPP bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru melibatkan 19,431 pegawai perkhidmatan pendidikan gred dg41.

Untuk pengguna kali pertama Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Sila layari Portal Rasmi
  2. Pada paparan utama, klik “Daftar Akaun Baharu”
  3. Isikan maklumat seperti nombor kad pengenalan dengan tepat dan cipta kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara
  4. Seterusnya klik “Daftar”

Sekiranya terdapat ralat pada pendaftaran, semak semula apa yang dinyatakan dan rujuk tindakan seperti berikut:

Mesej: Kata Laluan dan Sahkan Kata Laluan Tidak Sama
Tindakan: Pastikan medan kata laluan dan medan sahkan kata laluan yang dimasukkan sama

Mesej: Kod Keselamatan Salah
Tindakan: Pastikan kod yang betul dimasukkan kerana kod adalah case-sensitive

Mesej: Maaf pendaftaran tidak berjaya. Sila hubungi Hotline SPP atau SISPAA-SPP
Tindakan: Pemohon bukan warganegara atau Pemastautin Tetap atau telah meninggal dunia atau maklumat tidak sah oleh JPN

Mesej: Tahniah! Pendaftaran Berjaya!
Tindakan: Anda boleh terus log masuk ke mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.

Selepas mendaftar, berikut adalah cara untuk memohon jawatan di yang ditawarkan di dalam sistem mySPP:

  • Log masuk menggunakan No. K/P dan kata laluan yang telah dicipta
  • Isi bahagian Maklumat Pemohon, Maklumat Akademik dan Maklumat Tambahan dengan tepat
  • Seterusnya klik menu “Jawatan Dimohon”
  • Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan klik “>>” bagi memasukkan jawatan ke ruangan Jawatan Yang Dipohon
  • Klik “Simpan” bagi menyimpan maklumat dan jawatan yang telah diisi.

Peringatan

  • Jawatan yang dimohon bergantung kepada kelayakan Maklumat Akademik Pemohon
  • Tiada had untuk memohon jawatan yang ditawarkan tetapi hendaklah sesuai dengan kelayakan akademik pemohon
  • Pastikan anda mengesahkan permohonan pada ruangan Pengakuan Pemohon.
  • Tempoh sah laku permohonan adalah selama satu tahun sahaja darpada tarikh pendaftaran jawatan tersebut.

Iklan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 2023

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.  Permohonan jawatan ini terbuka kepada semua:

  • Graduan Pendidikan bagi lantikan tetap dan syarat permohonan adalah di sini; dan
  • Graduan Bukan Pendidikan bagi lantikan secara Contract of Service (CoS) dan syarat permohonan pada pautan ini

3. Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki syarat boleh memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 21 April 2023

4. Graduan yang telah memohon atau mengemaskini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 6 April 2023 Tidak Perlu membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

5. Graduan juga Tidak Dibenarkan untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023

6. Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

7. Hanya graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan penggilan temu duga adalah muktamad. sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Soalan Lazim (Faq) Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Dg41 Tahun 2023

A. SYARAT KELAYAKAN

1. Siapa yang layak memohon Pengambilan Guru 2023?

Graduan Pendidikan dan Graduan Bukan Pendidikan daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

B. DASAR PENGAMBILAN

1. Adakah Graduan Pendidikan ini boleh dilantik sebagai guru di Sekolah Rendah?

Boleh, dan perlu mengikuti kursus penyesuaian yang akan diuruskan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG).

C. PENAWARAN OPSYEN

1. Adakah graduan pendidikan dalam bidang-bidang yang tiada keperluan opsyen mata pelajaran boleh memohon?

Boleh. Walau bagaimanapun pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada kekosongan kluster opsyen mata pelajaran.

D. JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. Bilakah guru-guru ini akan dilantik?

Calon yang berjaya dalam pengambilan guru 2023 akan dilantik secara berperingkat mulai Jun atau Julai 2023 bagi mengisi kekosongan pada tahun 2023.

E. PERMOHONAN GURU DG41

1. Di manakah iklan tersebut akan disiarkan?

Iklan akan disiarkan di Portal SPP www.spp.gov.my. dan Portal KPM. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my.

2. Adakah calon boleh memohon secara manual dengan SPP?

Semua permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya dengan melayari Portal SPP.

3. Adakah terdapat syarat umur untuk memohon jawatan guru ini?

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah layak memohon.

F. PENEMPATAN

1. Bagaimanakah proses penempatan calon yang berjaya ke sekolah?

Calon yang berjaya temuduga pengambilan guru 2023, urusan penempatan akan dibuat oleh KPM berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen mata pelajaran di sekolah.

2. Apabila telah berjaya dalam pelantikan PPP Gred DG41. Adakah graduan boleh memilih penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah?

Tidak. Penempatan adalah berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen mata pelajaran di sekolah.

G. TEMU DUGA

1. Bagaimanakah calon akan mengetahui bahawa mereka layak dipanggil temu duga?

Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.

2. Bolehkah seseorang calon menukar tarikh/ masa temu duga yang telah ditetapkan oleh SPP?

Tidak boleh.

H. PERMOHONAN CALON TIDAK MEMILIKI IKHTISAS PENDIDIKAN

1. Adakah calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan layak memohon?

Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki ikhtisas pendidikan tertakluk kepada mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam tapisan yang dibuat. Sekiranya bilangan calon yang berjaya dari kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen maka permohonan dari kalangan calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan akan dibuka. Calon yang berminat boleh merujuk portal SPP dan KPM dari masa ke semasa berhubung pengambilan ini.

Semakan Temuduga Ambilan Khas Guru DG41

Urusan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 tahun 2023 akan dilaksanakan secara berfasa.

Urusan temu duga bagi pengambilan khas ini hanya akan melibatkan calon Graduan dan Graduan Bukan Pendidikan samada lepasan Universiti Awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP. Setiap calon hanya akan dipanggil temu duga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.

Panggilan temu duga boleh disemak di Portal SPP pada tarikh yang akan dikemaskini

Pautan Semakan Panggilan Temuduga SPP

Hanya calon-calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.

Untuk membuat semakan, sila rujuk laman web rasmi SPP dan ikuti langkah berikut:

  • Layari laman web mySPP https://myspp.spp.gov.my/
  • Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Semak status panggilan temuduga bagi permohonan yang telah dibuat

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi masalah atau pertanyaan berhubung pengambilan khas guru iaitu permohonan guru dg41, sila hubungi atau layari:

  • No. Telefon Urusan Pengambilan mySPP : 03-8893 4019 / 4020
  • No. Telefon Urusan Teknikal mySPP : 03-8893 4021 / 4022
  • Portal Rasmi
  • Soalan Lazim FAQ

Related : diperluas kepada graduan, tarikh temuduga,

Tinggalkan Balasan