Perhatian kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi seorang Tentera. Berita baik buat mereka yang berhajat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai Perajurit Muda TD. Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2025 untuk siri 205 Lelaki bagi tahun 2025 dibuka dengan pemohon dikehendaki untuk mendaftar pada borang permohonan online (secara atas talian) yang dikongsikan di bawah ini.
Mereka yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mendaftar Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 205 (Lelaki) Tahun 2025 sebelum tarikh tutup permohonan. Maklumat permohonan dan pemilihan adalah seperti tarikh dikongsikan dari FB TDM iaitu Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM).
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 205 (Lelaki) Tahun 2025
Berikut dikongsikan maklumat permohonan/ pengambilan perajurit muda tdm TERKINI tahun 2025.
“Peluang Kepada Semua Belia yang Berminat Untuk Menyertai Tentera Darat Malaysia!”
PENDAFTARAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT (PM TD) LELAKI SIRI 205 TAHUN 2025 SECARA ATAS TALIAN SEHINGGA 31 JULAI 2025
1. Golongan belia lelaki yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia, pendaftaran Pengambilan PM TD Lelaki Siri 205 Tahun 2025 kini telah dibuka sehingga 31 Julai 2025.
2. Pendaftaran Pengambilan PM TD boleh dibuat secara atas talian di pautan berikut:
https://mims.mod.gov.my/sppmtd/
Untuk maklumat lanjut, rujuk kod QR pada iklan pemilihan di bawah:
Borang Permohonan Tentera Darat Online
Pautan permohonan atas talian:-
1. Pendaftaran Permohonan: MIMS MOD
2. Pautan Isi Permohonan: JMT MOD
3. Panduan Permohonan: Iklan Pengambilan
Cara Mohon
1.Sila sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran ketika sesi pendaftaran bersemuka nanti.
2. Sila daftar menggunakan Komputer/ Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.
3. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
4. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
5. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470
Peringatan: Borang permohonan atas talian hanya dibuka pada tarikh yang ditetapkan.
7. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
8. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
9. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
10. Calon yang layak ke Pemilihan Final akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
Cara Membuat Pendaftaran Online
1. Tekan (Klik) pada pautan (link) seperti berikut:
Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) ) atau Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
NAMA PENUH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
NO TELEFON (Boleh dihubungi)
EMAIL (Aktif)
KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
Tekan (Klik) DAFTAR
(Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
Syarat Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat
Sebelum mendaftar borang atas talian Tentera Darat, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan.
Berikut adalah Kelayakan Akademik yang diperlukan untuk memohon :-
Syarat Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. LULUS subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kredit subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. PNGK akademik melebihi 2.0
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
Lain-Lain Kelayakan
Syarat am permohonan dan syarat fizikal adalah seperti berikut :-
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Umur Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
- Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna
- Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
- Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/ dadah juvana (Segala maklumat anda akan disemak dengan mahkamah dan AADK)
- Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
- Taraf Kesihatan (kriteria Asas):
- a. Tinggi Minimum : 1.62m (lelaki)
- b. Tinggi Minimum : 1.57m (wanita)
- c. Berat Minimum: 47.5 kg (lelaki)
- d. Berat Minimum: 40.5 kg (wanita)
- e. Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm (lelaki)
- f. Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 24.9
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Kad Pengenalan Calon (Asal & 1 salinan)
- Sijil Kelahiran Calon (Asal & 1 salinan)
- Sijil SPM/ STPM/ STAM/ SKM (Asal & 1 salinan)
- Sijil Berhenti Sekolah Tingkatan 5 (Asal & 1 salinan)
- Sijil Akademik Tertinggi dan Transkrip (Asal & 1 salinan)
- Kad Pengenalan ibu bapa (1 salinan)
- Sijil Nikah dan Sijil Kelhairan Anak (Jika Ada – 1 salinan)
- Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia (1 salinan)
- Gambar terkini berukuran passport (Latar belakang biri/ putih)
Gaji Semasa Perajurit Muda TD
Berikut adalah gaji dan elaun semasa TDM
Jadual Gaji (Gaji Permulaan) adalah :-
- Perajurit Muda : RM1,925.00
- SPM : RM2,035.00
- SPVM : RM2,035.00
- SKM Tahap 2 : RM2,107.00
- SKM Tahap 3 : RM2,179.00
- STPM/ STAM (KAGAT) : RM2,251.00
- Diploma Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam : RM2,323.00
- Diploma in Teaching English as a Second Language (TESL) : RM2,323.00
- Dip Perubatan, Kejururawatan, Farmasi, Pergigian, Radiografi dan Fisioterapi : RM2,395.00
- Diploma Sains Veterinar : RM2,467.00
- Diploma Kejuruteraan : RM2,539.00
*NOTA : Termasuk Elaun Khidmat (RM115) & Bayaran Insentif Khas ATM (RM200)
Elaun Dan Kemudahan
Senarai elaun yang boleh dinikmati adalah :-
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elaun Imbuhan Perumahan
- Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer
- Elaun Perjalanan
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan kediaman
Pemilihan Akhir Perajurit Muda Tentera Darat Tahun 2025 (Lelaki Siri 204 & Wanita Siri 50)
Tentera Darat Malaysia telah mengumumkan pemilihan akhir Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 204 Tahun 2025 & Wanita Siri 50 secara walk-in akan bermula dari 18 Mei 2025 sehingga 3 Jun 2025.
Sebanyak 16 Lokasi Pemilihan Akhir PM TD seluruh Malaysia akan dibuka, senarai lokasi Pemilihan Akhir PM TD seperti berikut:
a. Zon Utara
- (1) MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah : 21 & 22 Mei 25
- (2) 6 RAMD, Kem Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah : 27 Mei 25
- (3) 2 RRD, Kem Syed Putra, Ipoh, Perak: 2 Jun 25
b. Zon Timur
- (1) MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan : 20 & 21 Mei 25
- (2) MSS Kuantan, Kem Batu 10, Kuantan, Pahang : 25 Mei 25
- (3) 18 RAMD (Para), Kem Seri Pantai, Kuala Nerus, Terengganu : 29 Mei 25
c. Zon Selatan
- (1) MSS Kluang, Kem Mahkota, Kluang, Johor: 19 Mei 25
- (2) 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka: 24 Mei 25
- (3) 15 RAMD, Kem Senawang, Senawang, N.Sembilan : 29 Mei 25
d. Zon Sarawak
- (1) 20 RAMD, Kem Sri Miri,Miri, Sarawak : 18 Mei 25
- (2) MK 9 Bgd, Kem RASCOM Batu 10, Sibu, Sarawak: 22 Mei 25
- (3) MK 3 Bgd, Kem Penrissen, Kuching, Sarawak : 28 & 29 Mei 25
e. Zon Sabah
- (1) 7 RAMD, Kem Kabota, Tawau, Sabah: 18 Mei 25
- (2) 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, Sandakan, Sabah: 22 Mei 25
- (3) MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah: 28 & 29 Mei 25
f. Zon Tengah
- (1) MK 12 Bgd , Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur : 2 & 3 Jun 25
Syarat Fizikal
a. Ketinggian Minima:
- (1) Lelaki – 162 cm
- (2) Wanita – 157 cm
b. BMI : 18.0 hingga 24.9 Kg/M².
c. Umur: Tidak Kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17 Jul 2025.
3. Syarat Akademik (Minima)
- a. SPM – Lulus BM dan Sejarah
- b. SPVM – PNGK Akademik 2.0 ke atas
Dokumen yg perlu bawa semasa temuduga:
- a. Kad Pengenalan Calon – asal dan 1 salinan
- b. Sijil Daftar Kelahiran – asal dan 1 salinan
- c. Sijil SPM/SPVM – asal dan 1 salinan
- d. Sijil Berhenti Sekolah Terakhir – asal dan 1 salinan
- e. 1 Salinan Kad Pengenalan Ibu
- f. 1 Salinan Kad Pengenalan Bapa
- g. 1 Salinan Kad Pengenalan 2 orang Waris Tambahan (abang/kakak/bapa Saudara)
- h. 1 batang Ball Pen Hitam
- i. Filem X-Ray dan Laporan X-Ray yang disahkan oleh Pakar Radiologi (Tempoh 5 bulan dari tarikh pemilihan akhir)
Pakaian semasa melapor adalah seperti berikut:
- a. Baju T-shirt putih berkolar lengan pendek
- b. Seluar Track Suit warna gelap
- c. Kasut sukan warna bebas dan stokin putih
Sebarang maklumat lanjut boleh layari Portal Rasmi Sel Pengambilan TD di pautan berikut https://bit.ly/pengambilanpmtd
Maklumat Lanjut & Cara Hubungi
Sebelum anda ‘HANTAR/ SUBMIT’ permohonan, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul. Untuk makluman, hanya calon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) sahaja akan dipanggil menghadiri sesi Pemilihan Final.
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak kami (Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat) seperti berikut:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Tel: 03-2071 2197/3926/4254)
Selamat membuat Permohonan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2025 secara Online. Semoga anda berjaya mengejar cita-cita untuk berbakti dan mempertahankan negara yang tercinta.
Rel : ujian fardhu ain bacaan al quran bagi calon beragama islam, 6 sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan, sel pengambilan perajurit muda tentera darat malaysia, spvm sijil kemahiran malaysia skm tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sijil kemahiran malaysia skm, 5 setelah maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar,