Permohonan SBP 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4

Pasti ramai pelajar (pemohon) dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut maklumat permohonan pengambilan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan tahun 2026 untuk Tingkatan 1 dan 4. Berikut dikongsikan Permohonan SBP 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 dan Soalan Lazim Permohonan SBP 2026 atau FAQ pengambilan murid untuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

Maklumat yang dikongsikan termasuk cara membuat permohonan SBP secara atas talian/ online, tarikh permohonan dibuka dan ditutup, syarat pemilihan murid, semakan keputusan dan e-rayuan SBP.

Permohonan SBP Kemasukan Ke Tingkatan

Permohonan SBP Tahun 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4

Rujuk maklumat-maklumat berkaitan Permohonan SBP 2026 Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 yang dikongsikan di bawah berdasarkan informasi rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sebarang perubahan terkini seperti tarikh-tarikh penting akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Panduan Permohonan SBP

Permohonan boleh dibuat oleh penjaga utama pemohon sama ada ibu, bapa atau penjaga. Maklumat pemohon di SPATKPM hendaklah dikemaskini di Modul Pengurusan Murid. Berikut adalah panduan permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh melalui sistem sekolah khusus KPM :-

  1. Layari Laman Permohonan Rasmi SBP
  2. Klik bahagian Borang Permohonan
  3. Log masuk mengggunakan nombor kad pengenalan pemohon dan nombor kad pengenalan penjaga utama
  4. Isi permohonan dan pastikan medan yang wajib diisi telah diisi
  5. Pastikan maklumat yang diisi tepat
  6. Cetak borang permohonan sebagai rujukan

Sebarang kemaskini maklumat permohonan boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan yang ditetapkan oleh KPM.

Tarikh Penting Permohonan SBP

Di bawah adalah tarikh-tarikh penting seperti tarikh buka dan tutup permohonan, semakan pusat PKSK, pelaksanaan PKSK, keputusan tawaran dan juga tarikh pendaftaran pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh.

NoPerkaraTingkatan 1Tingkatan 4
1
Permohonan Online
1 Ogos – 7 September 2025
1 Ogos – 7 September 2025
2
Semakan Pusat PKSK
12 September – 17 Oktober 2025
12 September – 3 Oktober 2025
3
Pelaksanaan PKSK
6 – 17 Oktober 2025
22 September – 3 Oktober 2025
4
Keputusan Tawaran
26 Disember 2025
26 Disember 2025
5
Pendaftaran Pelajar
13 Januari 2026
13 Januari 2026
6
Permohonan Rayuan
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
7
Keputusan Rayuan
6 – 10 Februari 2026
6 – 10 Februari 2026

Syarat-Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum membuat permohonan mengikut tahap pemilihan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-

A. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 1

Calon yang layak memohon bagi sesi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2026 ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014

Manakala bagi Tingkatan 4 tahun 2026 pula ialah

  • murid yang lahir antara 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011

i) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (PERDANA/ AKADEMIK)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (AGAMA)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

iii) SEKOLAH BERASRAMA PENUH (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum

SYARAT KHUSUS

  • i. Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA)

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

B. Syarat Kemasukan SBP Tingkatan 4

i) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

ii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

iii) PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KBT)

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

  • i. Murid telah mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) – Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dari Tingkatan 1 – 3.
    *Murid mengikuti mata pelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
  • ii. Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).

**Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).

iv) PAKEJ SASTERA & KEMANUSIAAN – ELEKTIF BAHASA, PENGAJIAN ISLAM, KEMANUSIAAN & SASTERA IKHTISAS SERTA STEM

SYARAT UMUM

  • i. Warganegara Malaysia
  • ii. Mencapai aras toleransi PKSK
  • iii. Berpotensi cemerlang akademik
  • iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • v. Sihat tubuh badan

SYARAT KHUSUS

Pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab atau Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah.

Soalan Lazim Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2026

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Soalan Lazim SBP 2026 untuk Tingkatan 1 dan 4 buat rujukan pemohon.

1. Bilakah permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2026 dibuka dan bagaimana cara membuat permohonan?

  • Permohonan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2026 dibuka pada 1 Ogos hingga 7 September 2025, melalui pautan berikut:
    • ➔ Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    • ➔ Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

2. Bolehkah saya menangguhkan pendaftaran?

  • Sebarang penangguhan pendaftaran perlulah mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah SBP yang ditawarkan.

3. Bolehkah murid memakai pakaian seragam sekolah menengah harian di SBP yang ditawarkan.

  • Boleh. Murid yang melapor diri ke SBP dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah menengah harian semasa hari pendaftaran.

4. Bolehkah murid membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis dan peralatan pembelajaran lain yang ke SBP yang ditawarkan.

  • Boleh. Murid boleh membawa dan menggunakan buku teks, buku tulis serta peralatan pembelajaran lain yang telah dimiliki ke SBP yang ditawarkan.

5. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau mana-mana sekolah khusus atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)?

  • Benar. Seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada di SBP, sekolah khusus atau MRSM.

6. Sekiranya saya telah mendapat tawaran ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM, bolehkah saya merayu ke sekolah lain?

  • TIDAK BOLEH. Berdasarkan sistem single entry point, murid hanya akan ditawarkan satu tempat sahaja di mana-mana sekolah khusus atau MRSM yang dipilih semasa permohonan.

7. Benarkah seorang murid yang ditawarkan ke SBP tetapi didapati memalsukan apa-apa sahaja maklumat termasuk laporan perubatan, maka tawaran kemasukan akan terbatal serta merta?

  • BENAR. Sekiranya didapati bahawa seorang murid yang ditawarkan ke SBP telah memalsukan sebarang maklumat termasuk laporan perubatan, tawaran kemasukan tersebut boleh dibatalkan serta-merta.

8. Adakah murid yang tidak memohon secara dalam talian pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP?

  • TIDAK. Hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP.

9. Bolehkah murid menukar pakej mata pelajaran?

  • Sebarang pertukaran pakej mata pelajaran yang ditawarkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

10. Berapakah yuran yang perlu dibayar?

  • Mohon rujuk pihak sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lanjut berkaitan yuran dan bayaran lain yang berkaitan.

Tarikh Semakan Keputusan SBP 2026 & eRayuan

11. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?

  • Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 26/12/2025 melalui pautan berikut:
    • ➔ Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    • ➔ Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

12. Bagaimanakah pemilihan murid dibuat?

  • Pemilihan murid dibuat mengikut dasar pengambilan dan kemasukan murid yang sedang berkuatkuasa dan diputuskan oleh ahli mesyuarat pemilihan murid.

13. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP?

  • i. Murid yang berjaya perlu mencetak Surat Tawaran dan Buku Tawaran yang disertakan.
  • ii. Buku Tawaran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak SBP semasa hari pendaftaran.
  • iii. Sekiranya maklumat dalam Buku Tawaran tidak lengkap atau tidak benar, pihak sekolah berhak untuk TIDAK mendaftarkan murid dan menolak pendaftaran tersebut.

14. Bilakah e-Rayuan dibuka?

  • e-Rayuan mula dibuka pada 26/12/2025 sehingga 13/01/2026.

15. Berapa banyak pilihan yang boleh dibuat semasa rayuan?

  • Semasa proses e-Rayuan, pemohon dibenarkan membuat tiga pilihan sekolah.

16. Bolehkah pemohon yang TIDAK BERJAYA mendapat tempat menukar pilihan SBP apabila membuat e-Rayuan?

  • BOLEH. Walau bagaimanapun, penawaran bagi e-rayuan bergantung kepada kekosongan tempat di SBP yang dipilih.

17. Adakah saya boleh merayu ke Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)?

  • TIDAK. Penawaran ke TMUA hanya untuk murid yang berjaya dalam temu duga.

18. Adakah pertukaran tawaran antara SBP dibenarkan?

  • Tawaran ini adalah MUKTAMAD. Sebarang permohonan untuk bertukar ke SBP lain tidak akan dipertimbangkan.

19. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP?

  • Murid perlu mendaftar pada 13/01/2026 di SBP yang ditawarkan.

20. Saya ingin merayu ke Sekolah Seri Puteri (SSP), tetapi SSP tiada dalam senarai sekolah untuk rayuan.

  • Mesyuarat Pengurusan BPSBP telah membuat keputusan agar sekolah-sekolah berikut dikeluarkan daripada senarai rayuan:
    • Sekolah Seri Puteri
    • Kolej Tunku Kurshiah
    • Sekolah Tun Fatimah
    • Sekolah Sultan Alam Shah
    • Kolej Melayu Kuala Kangsar
    • Sekolah Tuanku Abdul Rahman
    • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (TMUA)
    • Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (TMUA)
    • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (TMUA)
    • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (TMUA)
  • Penawaran telah dibuat secara maksimum di sekolah-sekolah tersebut. Rekod tahun-tahun sebelum ini menunjukkan bahawa semua calon yang ditawarkan pada ambilan pertama akan melapor diri. Hal ini juga memberi ruang untuk perayu memilih sekolah yang lain bagi mengelakkan pemohon merayu pada sekolah yang telah penuh. Oleh itu, semua perayu diminta untuk membuat rayuan ke sekolah-sekolah lain bagi membolehkan BPSBP mengenal pasti pemohon yang masih berminat untuk ditawarkan ke SBP. Sekiranya calon memenuhi kelayakan dan terdapat kekosongan di mana-mana sekolah yang disenaraikan di atas, pertimbangan penawaran tetap akan dibuat. Walau bagaimanapun, sekiranya calon tidak mengemukakan rayuan semasa proses e-Rayuan, BPSBP akan menganggap calon tidak lagi berminat untuk ditawarkan ke mana-mana SBP.

21. Bagaimanakah semakan keputusan e-rayuan ke SBP dibuat?

  • Keputusan RAYUAN pemilihan dan penempatan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP akan diketahui pada 06/02/2026 melalui pautan berikut:
    • ➔ Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    • ➔ Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan permohonan SBP boleh melalui:

  • a. e-mel – permohonan.skhusus@moe.gov.my
  • b. Talian Rasmi – 0383217400 (Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 5:00 petang)

Sumber FAQ SBP

Selamat membuat permohonan ke SBP 2026 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Semoga maklumat Soalan Lazim Permohonan SBP 2026 (FAQ) ini boleh dijadikan panduan buat para pelajar.

Rel : 1 bagaimanakah cara untuk akses sistem permohonan, sbp 2025 tingkatan 1 dan tingkatan 4, kemasukan ke sekolah berasrama penuh sbp, bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh, maklumat lanjut, pentaksiran kemasukan sekolah, melahirkan modal insan,

Tinggalkan Balasan