Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Umum sedia maklum yang Permohonan UPU 2026 secara online dibuka pada 29 Januari 2026. Sebelum dapat mengakses borang application kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, pemohon perlu membuat pembelian Pin Unik ID UPU di BSN. Berikut dikongsikan tarikh pembelian No Pin UPU 2026 di BSN.
TERKINI : Menerusi makluman Facebook Kemasukan BPKP JPT iaitu FB rasmi UPU, bayaran proses Unik ID dikenakan untuk permohonan kemasukan ke IPTA & ILKA bagi sesi 2024/2025. Pemohonan boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu selepas membeli nombor pin UPU. Bayaran ini membabitkan empat kategori permohonan iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); matrikulasi dan Diploma atau setaraf.

Tarikh Beli No Pin Unik ID UPU 2026
Berikut dikongsikan maklumat tarikh pembelian Nombor Pin Unik ID UPU di BSN buat rujukan dan panduan para pelajar. Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai tarikh berikut :-
Tarikh Pembelian No Pin UPU Di Kaunter BSN
- Tarikh: 28 Januari 2026 hingga 15 Mei 2026
- Harga: RM10.60
- Kaedah Pembelian:
i. Kaunter BSN di seluruh negara
ii. Mesin ATM (dengan akaun GIRO BSN)
iii. Internet Banking MyBSN (dengan akaun GIRO BSN)

SUMBER : Laman Web BSN
Pembelian secara individu adalah melalui beberapa kaedah seperti berikut :-
- Kaunter BSN
- Dan jika pemohon atau ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN, pembelian boleh dibuat melalui Mesin Automated Teller Machine (ATM)
- Perbankan internet (Online)
Kaedah dan cara pembelian PIN Unik UPU di BSN boleh dirujuk di Cara Beli PIN UPU.
Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan kepada perkara berikut :-
- Nama
- Nombor KP (IC)/ MyKad Peohon
BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan nombor Unik ID.
Maklumat Lanjut
Buat mereka yang tidak tahu tarikh permohonan UPU, permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2026/ 2027 bagi lepasan SPM/ setaraf & STPM/ setaraf akan dibuka mulai tarikh berikut:-

Untuk panduan permohonan, sila rujuk kepada grafik panduan kemasukan UPU yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh penting permohonan dan kategori pemohon UPU.
Maklumat lebih lanjut mengenai permohonan UPU 2026 boleh diperolehi melalui maklumat berikut:-
- Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
- Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
- Talian helpline UPU di 03-8684 2363
Moga perkongsian Tarikh Pembelian No Pin UPU 2026 Di BSN ini boleh dijadikan panduan sebelum membuat permohonan secara online. Diucapkan selamat berjaya buat para pemohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi – UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui UPU.
