Panduan buat para pelajar lepasan SPM, Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) dan Diploma Qiraat bagi tahun 2024 yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Adakah anda bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara? Sekiranya begitu, berita baik buat anda. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka Permohonan Timur Tengah Sesi 2025-2026 Online iaitu ke universiti di Mesir kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat.
Untuk makluman semua, permohonan pengajian hanya terhad kepada beberapa jurusan sahaja seperti Pengajian Islam / Qiraat, Perubatan, Pergigian, dan Farmasi. Permohonan pengajian ke timur tengah boleh dilakukan secara online kerana Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak pernah melantik mana-mana agen bagi menguruskan kemasukan pelajar. Pelajar Malaysia lepasan SPM, Sijil Tinggi Agama Islam (STAM) dan Diploma Qiraat yang berkeinginan untuk menyambung pelajaran ke timur tengah untuk sesi 2025/2026 hendaklah melengkapkan permohonan secara atas talian di pautan yang dikongsikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir) Sesi 2025-2026 Online
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) yang berkelayakan dan berminat untuk melanjutkan Pengajian ke Mesir dalam Program Ijazah Sarjana Muda bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam / Qiraat.
Permohonan hanya diproses oleh KPM sahaja. KPM tidak mendaftar / melantik mana-mana agen bagi urusan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah. Oleh yang demikian, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.
Pihak KPM hanya menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah sahaja. Manakala yuran pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar yang memohon.
Permohonan bagi lepasan STAM, SPM dan Qiraat adalah secara atas talian dan akan dibuka pada 2 Mei 2025 (Jumaat).
Permohonan bagi akan ditutup pada 31 Mei 2025 (Sabtu), jam 500 petang.
Pemakluman kepada pelajar yang layak mohon akan diumumkan pada bulan Jun. Pelajar boleh membuat semakan kelayakan selepas tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Sekiranya pelajar disahkan layak meneruskan permohonan, slip permohonan boleh dicetak melalui sistem e-Timur Tengah. Pelajar yang layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada tarikh yang telah ditetapkan.
Dokumen Sokongan & Wang Proses
*Dokumen-dokumen sokongan asal dan salinan yang telah disahkan perlu dibawa bersama ketika proses pendaftaran pelajar di Universiti Al Azhar.
*Pelajar yang berminat dan mempunyai kelayakan yang ditetapkan perlu membuat permohonan secara dalam talian dan membayar wang pemprosesan permohonan mengikut bidang pengajian. Iaitu berjumlah RM350.00 seorang untuk pengajian Islam / Qiraat, RM285.oo seorang untuk perubatan, pergigian dan farmasi dan RM520.00 seorang untuk pengajian di Jordan. Pelajar perlu melengkapkan Borang Pengesahan Bayaran serta menyelesaikan bayaran menggunakan kaedah JomPay Akauntan Negara Malaysia-KPT-T (Maklumat pembayaran dinyatakan dalam Borang Pengesahan Pembayaran Wang Proses).
Wang pemprosesan permohonan tidak boleh dituntut semula sekiranya pelajar tidak layak untuk didaftarkan di institusi pengajian tinggi di Mesir. Selain itu, pelajar juga perlu menyediakan wang tunai bagi tujuan pendaftaran secara dalam talian mengikut anggaran. Pembayaran akan dibuat melalui aplikasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Mesir yang tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Wang Pendaftaran Dalam Talian untuk kos Perubatan / Pergigian / Farmasi EGP4,700.00 Pengajian Islam EGP2,700.00 Qiraat EGP500.00
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan bagi Sesi 2025-2026 Online buat panduan semua:
Tarikh Permohonan Lepasan STAM
- Tarikh Buka : 2 Mei 2025
- Tarikh Tutup : 31 Mei 2025
Nota : Pelajar yang layak untuk memohon akan dimaklumkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar yang disenaraikan layak perlu memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan ke dalam sistem.
Tarikh Permohonan Lepasan SPM & Diploma Qiraat
- Tarikh Buka : 2 Mei 20205
- Tarikh Tutup : 31 Mei 20205
Berikut adalah pautan borang permohonan beserta panduan mengemukakan permohonan :-
Aplikasi Permohonan Atas Talian
Pemohon perlu mendaftar dahulu sebelum membuat permohonan online. Sila klik pada pautan berikut.
Perhatian kepada pemohon, yuran pengajian adalah ditanggung sendiri. KPM hanya menguruskan permohonan dan penempatan sahaja.
- Aplikasi Permohonan : Borang Permohonan Online (Log Masuk)
- FAQ Permohonan : Soal Jawab Permohonan
- Pautan Syarat Permohonan Mesir : Syarat Permohonan Ke Universiti Di Mesir
- Pautan Syarat Permohonan Jordan : Syarat Permohonan Ke Universiti Di Jordan
Langkah-Langkah Permohonan
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan secara online:
- Untuk pendaftaran kali pertama, pemohon perlu melengkapkan butiran seperti nama penuh, no kad pengenalan, emel dan kata laluan. Kemudian tekan butang daftar.
- Kemudian anda perlu log masuk dengan menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan kemudian lengkapkan maklumat peribadi seperti yang diminta.
- Pemohon boleh membuat permohonan untuk satu negara dan satu bidang sahaja.
- Pastikan maklumat yang diberi lengkap dan tepat sebelum klik butang simpan dan hantar.
- Pemohon boleh mengemaskini sehingga tarikh tutup permohonan
- Hantar borang permohonan dan cetak borang sebagai rujukan
Maklumat Penting Panduan Permohonan
Berikut adalah maklumat penting berkaitan permohonan secara Online.
- Pastikan pelajar membaca panduan dan syarat permohonan melanjutkan pengajian ke Mesir dengan teliti sebelum mengisi permohonan dalam talian.
- Pelajar perlu mendaftar (sign-up) terlebih dahulu sebelum membuat permohonan dalam talian. Sila pastikan e-mel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan pelajar adalah betul dan tepat.
- Setelah membuat pendaftaran, pelajar perlu log masuk dalam sistem e-TimurTengah di pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah bagi melengkapkan maklumat permohonan.
- Pelajar hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Pelajar juga dinasihatkan agar membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
- Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum menekan butang simpan dan hantar.
- Pelajar dinasihatkan agar berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan.
- Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh akhir permohonan. Pastikan permohonan dihantar dengan MENEKAN BUTANG HANTAR selewat-lewatnya pada tarikh akhir permohonan.
- Pelajar dikehendaki mencetak borang permohonan sebagai rujukan.
- Pelajar boleh membuat semakan kelayakan selepas tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh tutup permohonan. Sekiranya pelajar disahkan layak meneruskan permohonan, slip permohonan boleh dicetak melalui sistem e-Timur Tengah.
- Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MENEKAN BUTANG HANTAR tidak akan diproses dan AKAN DITOLAK sama sekali.
- Pelajar dinasihatkan untuk membuat terjemahan Sijil Lahir dan result SPM / STAM lebih awal bagi mengelakkan kelewatan.
- Bagi pemohon lepasan STAM, sijil asal STAM (bahasa Arab) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia TIDAK BOLEH DILAMINA. Hanya sijil asal STAM TANPA BERLAMINA sahaja yang diterima oleh Universiti Al-Azhar.
- Terjemahan sijil SPM dan Sijil Lahir/Surat Beranak/Borang W dalam bahasa Arab hendaklah dibuat di Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) di Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Wangsa Maju, Seksyen 10, 53300 Kuala Lumpur.
- Sijil STAM, terjemahan sijil SPM dan terjemahan Sijil Lahir/Surat Beranak/Borang W hendaklah disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya.
- Salinan/Fotokopi semua dokumen sokongan hendaklah disahkan betul oleh mana-mana Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Pesuruhjaya Sumpah/Pengetua/Guru Besar/Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu.
- Pelajar perlu berhubung dengan Agensi penajaan masing-masing (seperti Jabatan Agama Negeri/Majlis Agama Islam Negeri/mana-mana pihak penaja) bagi permohonan visa secara pukal di Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di Malaysia, Kuala Lumpur.
- Pelajar WAJIB mengisi Borang Aku Janji Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Bagi Sesi 2025/2026 dan dikemukakan sekali bersama dokumen sokongan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi (BPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi di tt.bem@mohe.gov.my.
Makluman Kaedah Permohonan Menyambung Pengajian Ke Jordan Sesi 2025 / 2026
Mulai Ogos 2024, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Penyelidikan Saintifik (KPT) Jordan telah memperkenalkan sistem permohonan kemasukan secara berpusat untuk pelajar asing yang berminat melanjutkan pengajian ke Jordan seperti sistem UPU yang diamalkan di Malaysia bagi pelajar tempatan yang diberi nama Unified Admission System for Foreign Students (UASFS).
Untuk kemasukan Sesi Oktober 2025, permohonan kemasukan ke Universiti Awam di Jordan tidak lagi perlu melalui Sistem e-Timur Tengah yang diuruskan oleh JPT, KPT seperti sebelum ini. Justeru, pelajar yang berminat perlu memohon secara terus kepada KPT Jordan melalui sistem UASFS seperti ketetapan berikut:
- Dibuka selama SATU (1) bulan bermula dari Jun 2025.
- Pautan ke sistem UASFS adalah seperti berikut : https://studyinjordan.jo/isaapp/ISALoginEN.aspx
Untuk permohonan ke Universiti Swasta di Jordan yang lain pula, permohonan perlu dibuat secara terus kepada universiti tersebut tanpa perlu melalui Sistem e-Timur Tengah ataupun UASFS.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi,
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
No. Tel : 03-8870 6609/ 6226/ 6148/ 5565
E-mail : tt.bem@mohe.gov.my
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Online ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.
Related : Lepasan sijil tinggi agama malaysia stam, lepasan sijil pelajaran malaysia