Anda berminat untuk berkhidmat di Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) atau Navy Malaysia? Berikut dikongsikan maklumat Pengambilan jawatan kosong di TLDM terkini iaitu Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 – 2026 Online (Siri 230/ 25) yang perlu dibuat secara atas talian. Juga dikongsikan maklumat berkaitan πππππππππππ ππππ πππππππππ ππππ (πππ) ππππ ππππ πππ/ππ ππππ πππππππ πππ/πππ (ππππππ πππ ππππππ) πππ πππππππ πππππππ ππππππππππππ (ππππππ).
Menerusi makluman rasmi Facebook Tentera Laut DiRaja Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan dan berminat, bujang serta sihat tubuh badan untuk membuat permohonan Pengambilan Perajurit Muda (Ptm) TLDM Siri 230/25 Bagi Lepasan SPM/SVM (Lelaki Dan Wanita) Dan Lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki).

Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 Siri 230/25 Secara Online (Tentera Laut DiRaja Malaysia)
TERKINI : Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 230/25 Kini Dibuka Bagi Lepasan SPM/SVM (Lelaki & Wanita) dan lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki).
Peluang jadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbuka buat lepasan Diploma dan SPM! Jangan lepaskan peluang ini, permohonan dibuka dari:
- Tarikh Buka : 1 Mei 2025
- Tarikh tutup : 31 Mei 2025
Maklumat lanjut, sila rujuk iklan di pautan berikut :-
Proses Permohonan Secara Atas Talian
1. Pendaftaran permohonan boleh dibuat dengan pemohon perlu mengimbas kod QR untuk syarat kelayakan atau layari www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan untuk mendaftar borang permohonan.
2. Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dengan tepat.
3. Butiran permohonan akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM
4. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui Emel selepas tapisan pada Jun 2025
5. Pemohon perlu melapor diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih
6. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja
Syarat Kelayakan Perajurit Muda TLDM
Untuk membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 2025, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:
Syarat Kelayakan Umum
- Lelaki dan wanita warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 1 Disember 2025
- Lepasan SPM/ SVM : Lelaki & Wanita
- Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/ Universiti Awam/ Swasta : Lelaki sahaja
- Taraf perkahwinan bujang (tidak pernah berkahwin)
- Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/ dadah/ juvana
Syarat Kelayakan Akademik
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam Sejarah
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
 
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM)- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
 
- Diploma- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu
- Pemohon perlu mengemukakan sijil diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
- Diploma yang diiktiraf oleh MQA adalah seperti berikut :-
 

Syarat Taraf Kesihatan
- Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran berada dalam keadaan baik tanpa memakai alat bantuan
- Penglihatan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
- Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5sm (Lelaki) dan 4sm (Wanita)
- Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) dan 46.5 kg (Wanita)
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) dan 1.60 meter (Wanita)- Cara pengiraan: BMI = Berat (kg) / [Tinggi(meter) x Tinggi(meter)]
 
- Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) dan 18 – 23 (Wanita)
Taraf kokurikulum
- Pemohon yang mempunyai sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan mempunyai kemahiran berenang akan diberi keutamaan
- Keutamaan juga diberikan terhadap atlit yang sedang aktif mewakili negeri atau negara dalam kejohanan sukan tertentu yang diiktiraf
Gaji/ Elaun/ Keistimewaan Perajurit Muda TLDM
Maklumat gaji, elaun dan keistimewaan Perajurit Muda TLDM adalah seperti berikut:
Gaji Permulaan:
- Latihan Perajurit Muda (6 bulan) : RM 1,925.00
- Kelulusan SPM/SVM/SKM : RM 2,035.00
- Kelulusan SPM dan SKM Tahap 2 : RM 2,107.00
- Kelulusan SPM dan SKM Tahap 3 : RM 2,179.00
- Kelulusan Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) : RM 2,539.00
Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
*Jumlah Gaji Termasuk Elaun Khidmat sebanyak RM115 dan Bayaran Insentif Khas ATM sebanyak RM200
Bayaran Elaun Dan Insentif
Bayaran elaun dan insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) adalah seperti berikut:
- Elaun Khas Pasukan Khas Laut
- Elaun Krew Kapal Selam
- Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung
- Tuntutan Perjalanan dari Rumah ke Tempat Bertugas
- Tuntutan Cuti Tahunan
Keistimewaan
Perajurit Muda TLDM akan mendapat keistimewaan seperti di bawah:
- Rawatan Perubatan Dan Pergigian
- Pakaian Seragam
- Waran Perjalanan Tahunan
- Sajian Dan Tempat Tinggal Bagi Yang Bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Peluang Melanjutkan Pengajian Melalui Skim Pengajian Tinggi

πemakan Keputusan Pendaftaran Permohonan Perajurit Muda TLDM
1. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan/Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/. Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke pengambilantldm@navy.mil.my.
3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.
4. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada Jun 2025.
Tarikh Dan Lokasi Pengambilan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 231/ 26
Berikut dikongsikan maklumat πππππππππππ ππππ πππππππππ ππππ (πππ) ππππ ππππ πππ/ππ ππππ πππππππ πππ/πππ (ππππππ πππ ππππππ) πππ πππππππ πππππππ ππππππππππππ (ππππππ). Pemilihan secara ‘Walk-In’ akan bermula 22 Oktober hingga 4 November 2025.
βοΈSemak kelayakan akademik dan kesihatan masing-masing
πͺͺSediakan semua keperluan yang disenaraikan
πTeliti proses permohonan secara βWalk-Inβ
π’Semak lokasi pemilihan awal
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Sel Pengambilan, Cawangan Strategi dan Perkhidmatan Sumber Manusia
Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
Tel: 019-2104163
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan pengambilan berikut :-

Pusat Pemilihan Perajurit Muda TLDM
Senarai pusat pemilihan yang memaparkan tarikh, hari, lokasi dan pusat pemilihan boleh dirujuk pada iklan di atas.
Cara Hubungi TLDM
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
- Markas Tentera Laut
 Cawangan Strategi Dan Perkhidmatan Sumber Manusia – Khidmat Bantuan
 Wisma Pertahanan
 Jalan Padang Tembak,
 50634 KUALA LUMPUR
 (Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
 Telefon: 019-2104163
 Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
 Laman Web: www.navy.mil.my
Selamat membuat Permohonan Perajurit Muda TLDM 2025 – 2026 kepada mereka yang berminat dan berkelayakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kali ini.
