Permohonan Rayuan Matrikulasi 2025 Online

Cara Membuat Rayuan Permohonan Matrikulasi 2025/2026 Online. Panduan buat anda yang telah membuat permohonan memasuki Matrikulasi. Bilakah tarikh untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke Matrikulasi sesi bagi 2025/2026? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Namun begitu, sekiranya anda gagal mendapat tempat di Matrikulasi, anda boleh cuba untuk membuat rayuan. Bagaimanakah cara membuat permohonan rayuan Matrikulasi? Bagi yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan, anda boleh membuat rayuan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Rayuan Permohonan Matrikulasi 2025 akan dibuka adalah bermula pada tarikh 21 Mei 2025. Seperti yang sedia maklum, rayuan bagi yang telah gagal mendapat tawaran pertama Kolej Matrikulasi KPM boleh dibuat secara atas talian/ online.

Permohonan Rayuan Matrikulasi online

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2025 Online Dan Manual

Rayuan hanya boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.

  • Tarikh Rayuan : mulai 21 Mei 2025 hingga 21 Jun 2025

 

semakan matriks

Cara Permohonan Rayuan Matrikulasi 2025

i) Permohonan Rayuan Secara Online

ii) Menulis Surat Rasmi

*Tidak disediakan untuk rayuan kali ini

  • Contoh buat rayuan tahun-tahun sebelumnya
  • Anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut yang telah disahkan:
    • i.Salinan kad pengenalan diri
    • ii.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
    • iii.Salinan keputusan SPM
    • iv.Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di peringkat negeri/kebangsaan
    • v. Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. Pastikan surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda.

Tarikh Penting : Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

Rayuan Pertukaran Kolej, Aliran & Jurusan

i) Pelajar boleh memohon pertukaran jurusan melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 22 hingga 24 Mei 2025 kecuali pertukaran Jurusan Sains ke Perakaunan yang boleh diuruskan di kolej selepas mendaftar secara fizikal. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kekosongan dan syarat.

Pelajar tidak boleh memohon pertukaran kolej kecuali dalam situasi berikut :-

  • i. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
  • ii. Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
  • iii. Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.

Semua application rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan

Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.

Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

Kaunter Pertanyaan
21 Mei sehingga 30 Mei 2025 (Hari dan waktu bekerja sahaja)
Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya

Selamat membuat Rayuan melalui kaedah rayuan yang dikongsikan. Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan