UA

Semakan Keputusan UPSI 2019-2020 Online (Hebahan Jaya)

Hebahan Jaya Kemasukan Dan Temuduga

Hebahan Jaya Keputusan UPSI Ambilan Februari 2019-2020 Online. Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan UPSI sesi 2019-2020? Panduan buat para pemohon kemasukan ambilan kedua ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk Program Ijazah Sarjana Muda UPSI sesi kemasukan Februari 2020 dan Program Diploma ambilan November 2019. Berikut dikongsikan panduan  dan tarikh penting untuk semakan keputusan permohonan UPSI sesi ambilan 2019-2020 buat pemohon lepasan SPM dan STPM/ setaraf.

Permohonan kemasukan second intake ke UPSI adalah dibuka untuk para pelajar lepasan STPM/ setaraf untuk program Ijazah Sarjana Muda. Permohonan juga dibuka untuk lepasan SPM untuk program Diploma. Bagi mereka yang terlepas, permohonan UPSI 2020 ambilan seterusnya boleh dilakukan melalui permohonan UPU 2020 yang akan dibuka pada Februari 2020 nanti.

Semakan Keputusan UPSI

Semakan Keputusan Hebahan Jaya Kemasukan UPSI Februari 2020 (Ijazah Sarjana Muda) & November 2019 (Diploma)

Berikut dikongsikan maklumat penting Semakan Keputusan UPSI Program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2020 dan Program Diploma ambilan November 2019. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh-tarikh penting semakan, e-Rayuan dan pendaftaran. Diberikan juga tarikh bagi panggilan temuduga dan semakan ujian Medsi.

A. Semakan Keputusan UPSI Ambilan Februari 2020

Berikut merupakan tarikh penting dalam membuat semakan keputusan tawaran UPSI ambilan Februari 2020 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM atau setaraf.

    1. Semakan Panggilan Ujian MEDSI : 4 Disember 2019.
      – Klik MEDSI untuk semakan
    2. Ujian MEDSI : 10 Disember hingga 13 Disember 2019
    3. Semakan panggilan temuduga dan ujian khas : 31 Disember 2019
    4. Temuduga dan Ujian Khas : 7 Januari hingga 11 Januari 2020
    5. Hebahan jaya : 30 Januari 2020
    6. Permohonan rayuan UPSI dibuka : 31 Januari hingga 9 Februari 2020
    7. Pendaftaran pelajar baru : 10 Februari 2020
    8. Hebahan Jaya calon e-rayuan : Februari 2020
    9. Pendaftaran Pelajar rayuan: Februari 2020

B. Semakan Keputusan UPSI Ambilan November 2019

Menurut Laman Web Rasmi Aplikasi Kemasukan UPSI, semakan keputusan tawaran ke UPSI untuk Program Diploma Lepasan SPM dan Setaraf akan diumumkan pada 22 Oktober 2019. Untuk pengetahuan semua, permohonan e-Rayuan dibuka buat pemohon yang gagal mendapat tawaran. Hebahan jaya calon rayuan pula boleh disemak bermula 11 November 2019.

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan UPSI ambilan November 2019 untuk rujukan semua :-

  1. Tarikh akhir permohonan dan hantar perakuan program Diploma : 4 Oktober 2019
  2. Hebahan jaya kemasukan Diploma untuk sesi November 2019 : 22 Oktober 2019
  3. e-Rayuan kemasukan Diploma : 23 – 30 Oktober 2019
  4. Pendaftaran bagi pelajar baharu : 7 November 2019
  5. Hebahan Jaya e-Rayuan kemasukan Diploma : 11 November 2019
  6. Pendaftaran bagi pelajar rayuan : 18 November 2019

C. Link Aplikasi Semakan UPSI Online

Semakan keputusan tawaran UPSI boleh dilakukakn oleh pemohon di link applikasi semakan yang disediakan di bawah :-

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari masa ke semasa. Sila layari http://www.upsi.edu.my/online/ untuk mendapatkan informasi terkini dan semasa yang berkaitan permohonan dan semakan UPSI.

D. Cara Hubungi UPSI

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut permohonan Diploma UPSI, boleh diajukan kepada:-

Unit Promosi & Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjung Malim, Perak

Tel : 05-340 6932/ 6930/ 6929 atau 015-4879 7982

Email : akademik@upsi.edu.my

Selamat membuat Semakan Keputusan UPSI sesi 2019-2020 secara online. Tahniah kepada para pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPSI.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close