Panduan Penyediaan Rakaman Video IPG 2020 Online. Perhatian buat pelajar lepasan SPM yang ada membuat permohonan kemasukan ke IPG 2020 untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Anda selangkah lagi sebelum berjaya diterima masuk ke Program PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG) dahulunya Maktab Perguruan. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tips buat video pengajaran untuk temuduga IPG tahun 2020.
TERKINI : Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan berdasarkan kepada maklumat dari Portal PISMP, tiada maklumat berkaitan temuduga IPG dipaparkan di Kalendar aktiviti IPG. Sebaliknya calon yang terpilih diwajibkan menjalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
Penghantaran Video Pengajaran (Pengenalan Diri, Penyataan Hasrat Dan Sesi Demonstrasi Pengajaran/ Bercerita)
Seperti dimaklumkan, calon PISMP tahun 2020 dikehendaki untuk menghasilkan video pengajaran antara 5 ke 7 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman video hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Calon kemudiannya dikehendaki menghantar link/ URL video pengajaran ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Panduan dan syarat penyediaan video pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil saringan eUKCG (Sekiranya calon tidak menghantar video pengajaran akan dikira gagal dalam peringkat saringan).
Garis Panduan Penyediaan Rakaman Video Calon Bagi Saringan PISMP
- Calon perlu menghasilkan rakaman video mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
- Calon dikehendaki berpakaian formal dan bersesuaian dengan profesion perguruan semasa melakukan rakaman
- Calon perlu melakukan demonstrasi pengajaran/ bercerita seolah-olah berhadapan dengan sekumpulan murid
- Rakaman video hendaklah dibuat secara audio dan visual. Calon melakukan aktiviti dalam keadaan berdiri dengan memperlihatkan keseluruhan badan dari kepala hingga kaki
- Rakaman video tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti kaum, politik, agama dan menghina mana-mana individu lain
- Rakaman video hendaklah jelas, berterusan dan tidak diubah suai. Elemen tambahan multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi adalah tidak dibenarkan
- Durasi rakaman video adalah tidak melebihi 8 minit. Lebihan masa rakaman tidak akan dinilai
- Calon boleh menggunakan peralatan merakam seperti telefon pintar/ perakam video/ kamera untuk menghasilkan video berpandukan pengisian yang ditetapkan
- Format video yang ditetapkan adalah MP4, MOV, AVI, WMV dan FLV. Manakala resolusi video yang dibenarkan untuk dimuat naik adalah 720p: 1280 x 720 (16:9) atau 1080p: 1920 x 1080 (16:9)
- Rakaman video mestilah hasil karya calon sendiri. Sekiranya didapati video yang dihantar bukan karya asli, maka KPM berhak untuk tidak memperakukan calon
- Rakaman video hendaklah dibuat dalam tetapan “Unlisted” sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah dibawah tanggungjawab calon sendiri
- Hanya satu (1) rakaman video sahaja perlu dihantar oleh setiap calon untuk dinilai. Rakaman video perlu dihantar menerusi aplikasi Youtube dan calon dikehendaki mengemaskini url/ link rakaman video ke portal PISMP selepas membuat pengesahan setuju terima sebelum atau selewat-lewatnya pada 10 Mei 2020. Rakaman video yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan diperaku
- Semua rakaman video yang dihantar adalah menjadi hak milik KPM. Justeru, calon tidak dibenarkan memuat naik rakaman video tersebut di mana-mana media sosial. Sekiranya didapati mana-mana calon berbuat demikian, permohonan calon akan terbatal.
Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan untuk maklumat terkini permohonan.
- Applikasi Semakan bagi Panggilan Temuduga PISMP : https://pismp.moe.gov.my/
Tips Buat Video Pengajaran Untuk Temuduga IPG (PISMP) Tahun 2020
Berikut dikongsikan tips dalam bentuk video youtube buat panduan calon dalam menyediakan video pengajaran IPG yang terbaik :-
i) Tips Temuduga IPG 1 | |
ii) Tips Temuduga IPG 2 | |
iii) Contoh Video 8 Minit IPG | |
iv) Contoh Video 8 Minit IPG | |
*Sumber video adalah dari Youtube
Tarikh Penting PISMP IPG 2020
Berikut dikongsikan tarikh penting semakan nama yang layak di panggil temuduga IPG tahun 2020.
Tarikh semakan nama yang berjaya di panggil temuduga : akan dikemaskini (Tahun 2019: 17 April 2019)Temuduga Diadakan : akan dikemaskini (Tahun 2019: 22 hingga 30 April 2019)Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPMSemasa Sesi temuduga : Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum
Sebagai rujukan, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting untuk PISMP di IPG tahun 2020 :-
A. Tarikh Permohonan Ditutup
- 17 April 2020 (1159 malam)) – Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
B. Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
- 27 April 2020 (02:00 petang) hingga 03 Mei 2020 (11:59 malam) : Keputusan Calon layak dipanggil eUKCG dan Menghantar URL/ link Video Demonstrasi (7 Minit) (Portal PISMP)
- 27 April 2020 (02:00 petang) hingga 10 Mei 2020 (11:59 malam) : Menyediakan Video Pengenalan Diri/ Demonstrasi (7 Minit) dan dan menghantar URL Video tersebut kepada IPGM – menerusi Portal PISMP
- 4 – 8 Mei 2020 : Pelaksanaan eUKCG (Portal PISMP/ IPGM)
C. Semakan IPG 2020 (Calon Berjaya) Dan Tarikh Pendaftaran
- 3 Jun 2020 – Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2020
- 1 September 2020 – Pendaftaran calon yang berjaya di IPG
Selamat membuat semakan nama layak untuk panggilan temuduga IPG 2020. Tahniah kepada mereka yang berjaya untuk dipanggil ke proses temuduga IPG. Semoga proses temuduga berjalan lancar yang membolehkan peluang cerah buat anda untuk menerima tawaran ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Guru.