UPU

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Panduan Membeli No Pin ID UPU Di Bank Simpanan Nasional

Panduan Membeli Nombor Pin UPU 2019 (Tarikh Pembelian). Bagaimana cara paling mudah untuk membeli Pin UPU di BSN? Berikut dikongsikan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN buat panduan para pemohon kemasukan ke UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui permohonan UPU online. Pembelian nombor unik ataupun nombor pin UPU hendaklah dibuat sebelum pemohon dapat mengakses borang permohonan secara online.

Pembelian Pin Unik ID UPU boleh dilakukan di Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran dengan melalui dua kaedah pembelian iaitu dengan pergi ke kaunter, perbankan SMS ataupun melalui mesin ATM BSN GIRO. Adalah diingatkan yang pemohon janganlah mendedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah SULIT.

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU

Panduan Membeli Nombor Pin Unik ID UPU 2019 Di BSN

Membeli Pin unik UPU adalah salah satu perkara penting yang diperlukan sebelum pemohon dapat membuat atau mengkases sistem permohonan UPU secara online. Berikut dikongsikan paduan cara membeli nombor pin unik UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor pin unik UPU ini adalah untuk permohonan kemasukan Ke Univeristi Awam (UA dahulunya IPTA), Politeknik dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Tarikh Pembelian PIN UPU 2019

Pembelian nombor pin unik untuk permohonan UPU sesi 2019/2019 menurut Laman Web BSN adalah seperti berikut :-

  • 25 Februari 2019 : Tarikh Buka
  • 1 April 2019 : Tarikh Tutup
  • Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan UPU
  • Harga Nombor Unik ID iaitu RM15.60 (TIADA GST dikenakan ke atas permohonan UPUOnline).

Untuk makluman, Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2019/ 2019 untuk lepasan SPM/ setaraf dan STPM/ setaraf akan dibuka mulai 25 Februari 2019, Jam 12.00 Tengah hari sehingga 2 April 2019, Jam 11.59 Malam.

Program Pengajian Yang Memerlukan Pembelian Pin UPU

Berikut adalah senarai program pengajian melalui permohonan UPU online yang memerlukan pelajar untuk membuat pembelian Pin unik ID UPU di BSN.

  1. Program Lepasan SPM/ setaraf
  2. Program Lepasan STPM/ setaraf
  3. Sarjana Muda Politeknik
  4. Pensijilan Kemahiran Malaysia

Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/ Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX. Dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/ Setaraf , No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Sesi 2019/ 2020 Di BSN

Berikut dikongsikan cara-cara atau langkah dalam membuat pembelian Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia. Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID

1. Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Pemohon boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri / My Kad dan wang untuk membuat pembayaran. Cara yang mudah dan senang
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.

2. ATM (Automated Teller Machine) : Cara Beli Nombor Pin Unik UPU

Pembelian melalui ATM adalah menggunakan Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO. Jjika anda tidak mempunyai kad BSN yang dinyatakan, anda boleh meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah lain. Langkah pembelian PIN UPU adalah seperti berikut :-

  1. Masukkan kad ATM dan nombor pin
  2. Pilih Urusan : “Beli Pin”
  3. Pilih Jenis Permohonan : “IPTA”. Contohnya “SPM” ataupun “STPM” atau lain-lain
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Diri / My Kad pemohon
  5. “YA” untuk meneruskan urusan
  6. Semak Maklumat.
  7. Klik “SETUJU” untuk meneruskan urusan. “BATAL” untuk membatalkan urusan. Resit dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan pada masa depan.

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN (Bank Simpanan Nasional)
3. Perbankan SMS : Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Pemohon perlu mendaftar terlenih dahulu sebelum dapat menggunakan perkhidmatan perbankan SMS. Anda boleh mendaftar di kaunter, CDM (Cash Deposit Machine) atau ATM (Automated Teller Machine). Juga memerlukan pemohon untuk mempunyai akaun BSN dan kad ATM BSN

Berikut adalah langkah atau cara untuk mendaftar perbankan SMS di ATM atau CDM :

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  2. Masukkan nombor pin dan pilih “Urusan Lain”.
  3. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  4. Masukkan nombor telefon bimbit
  5. Urusan telah berjaya dan resit akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi
  7. Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli nombor PIN unik UPU melalui SMS.

Taip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>Nombor Kad Pengenalan / My Kad dan hantar ke 36898.

  • Contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
  • *M-PIN adalah nombor PIN kad Matrix BSN

Jenis Pembelian PIN 

Selain pembelian PIN untuk Permohonan UPU, pin unik ID juga diperlukan untuk permohonan melibatkan urusan berikut :-

  1. Program Matrikulasi KPM
  2. Melanjutkan pelajaran ke UiTM.selain melalui permohonan UPU
  3. Permohonan USM
  4. Melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
  5. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
  6. Melanjutkan pelajaran ke UPSI dan UPSI Holdings
  7. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET dan sebagainya)
  8. Permohonan Pinjaman PTPTN
  9. UPU Kemahiran Sdn Bhd

Selamat membuat pembelian Pin UPU di BSN berdekatan di tempat tinggal anda dengan mengikuti langkah Cara Beli Nombor Pin Unik UPU yang dikongsikan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan pusat pengajian tinggi yang lain pilihan anda.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close