Panduan buat para pelajar lepasan Diploma/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam bagi program Sarjana Muda sesi Mac 2026. Buat pengetahuan semua, permohonan UUM melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua (Mac 2026) ke Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Saluran Terbuka @ Open Channel UUM akan dibuka pada November 2025. Permohonan kemasukan ke UUM 2026 akan dibuka bagi Program Ijazah Sarjana Muda UUM untuk lepasan Diploma serta STPM/ setaraf dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti.
Selain UUM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain yang membuka permohonan kemasukan kedua sesi ambilan Mac 2026. Antaranya adalah UiTM, UIAM, UMK, UMP, UPSI dan UTM.

Permohonan UUM Ambilan Kedua Mac 2026 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2025/2026 yang meliputi tarikh-tarikh penting, syarat dan program yang ditawarkan :
1. Tarikh Penting Ambilan Kedua UUM Mac 2026 Online
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan UUM semester 2 sesi pengajian 2025/2026. *Tarikh tepat akan dikongsikan dari semasa ke semasa.
- Tarikh permohonan dibuka : 16 November 2025
- Permohonan ditutup : 31 Januari 2026
- Semakan Tawaran Kemasukan akan dikemaskini
2. Aplikasi Permohonan UUM Asisonline
Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian dengan melayari:
- Aplikasi Permohonan : asisonline
(Nota: Sila simpan no. borang sebagai rujukan permohonan)

3. Cara Membuat Permohonan
Calon-calon dinasihatkan agar membaca lampiran-lampiran berikut terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan secara atas talian :
- A. Program yang ditawarkan. Terdapat 36 kursus yang ditawarkan di peringkat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda
- B. Syarat am dan syarat khas
- C. Bayaran wang proses
- D. Contoh salinan Pengiktirafan MQA
- E. Yuran Pengajian
Semua maklumat di atas boleh dirujuk di HEA UUM
4. Syarat Am Permohonan
Untuk layak memohon, sila pastikan anda:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM; dan
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain dan
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dihantar ke UUM :-
Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:-
- Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
- Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan (Salinan);
- Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
- Salinan Sijil SPM/Setaraf;
- Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir) – Salinan
- Salinan Diploma atau Surat Pengesahan Tamat Pengajian (bagi yang belum bergraduat);
- Salinan Sijil MUET;
- Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada) – Salinan
- Salinan bukti pengiktirafan MQA dan MQR (diperolehi dari portal MQA)
Syarat Am Kemasukan & Syarat Khas untuk lain-lain kelayakan boleh dirujuk di HEA UUM
5. Semakan Keputusan UUM Ambilan Kedua Mac 2026 Online
Keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini
Aplikasi Semakan : Asisonline UUM
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada maklumat berikut :-
6. Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi, Jabatan Hal Ehwal Akademik melalui:
🔴 E-mel: open_channelUUM@uum.edu.my
🔴 Laman web: http://hea.uum.edu.my/
🔴 No. Telefon: 04-928 3324/3334/3309
Semoga perkongsian maklumat berkaitan di atas ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.
