Panduan buat semua para pelajar. Tahukah anda apakah dia Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM?
Buat pengetahuan semua, kemasukan ke Program Matrikulasi adalah melalui Aplikasi application matrikulasi KPM. Justeru pemohon hendaklah membuat pendaftaran application bermula 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025
Kemaskini application ke Program Matrikulasi KPM pula akan dibuka semula untuk kemaskini application selama lima hari selepas result SPM diumumkan . Application ini hanya untuk murid yang telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2024 sahaja.
Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM 2025 yang telah dikemaskini mengikut syarat kemasukan semasa.
Semua pelajar wajib mengikut mata pelajaran wajib sepanjang pengajian iaitu:
• Bahasa Inggeris • Pengajian Am Matrikulasi • Pendidikan Islam/ Moral • Kokurikulum/ Hifz Al-Quran
1. PROGRAM DAN JURUSAN YANG DITAWARKAN | |
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan: | |
A | Program Matrikulasi Sistem Dua Semester (SDS) |
1 | Jurusan Sains (Aliran Sains Hayat, Sains Fizikal & Sains Teknologi) |
2 | Jurusan Kejuruteraan (Aliran Asas Kejuruteraan, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal) |
3 | Jurusan Perakaunan |
4 | Jurusan Perakaunan Profesional |
5 | Jurusan Sains Komputer |
B | Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES) |
1 | Jurusan Sains (Aliran Sains Hayat, Sains Fizikal & Sains Teknologi) |
2. SYARAT KELAYAKAN MEMOHON | |
Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon, warganegara Malaysia & pemohon mestilah calon SPM tahun semasa |
Keistimewaan Program Matrikulasi
PraUniversiti : Laluan pantas ke universiti
Pengiktirafan : 56 universiti antarabangsa yang berprestij
Yuran : Yuran pengajian dan penginapan percuma
Bantuan Kewangan : RM2,500 setahun kepada pelajar yang layak
Kebolehpasaran : 99% pelajar dapat menyambung pengajian ke universiti awam
Tempat Pengajian : 15 kolej Matrikulasi dan 2 Kolej MARA
Berikut adalah syarat kelayakan minimum program Matriks 2 & 4 semester beserta mata pelajaran pengkhususan mengikut jurusan:-
3. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SISTEM DUA (2) SEMESTER | |
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa : | |
i) Jurusan Sains SDS | |
Gred | Mata Pelajaran |
C | Bahasa Melayu |
C | Bahasa Inggeris |
B | Matematik |
C | Matematik Tambahan |
C | Kimia |
C | Fizik atau Biologi |
Lulus | Sejarah |
Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Sains untuk setiap aliran adalah seperti berikut :-
i) Aliran Sains Hayat
- Matematik
- Kimia
- Fizik
- Biologi
ii) Aliran Sains Fizikal
- Matematik
- Kimia
- Fizik
- Sains Komputer
iii) Aliran Sains Komputer
- Matematik
- Kimia
- Biologi
- Sains Komputer
Pilihan bidang di peringkat Sarjana Muda
Perubatan • Optometri • Sains Forensik • Kejuruteraan • Teknologi Maklumat • Pergigian • Farmasi • Seni Bina • Bioteknologi • Siber Sekuriti • Artificial Intelligence (AI) • Lain-lain bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi
ii) Jurusan Kejuruteraan | |
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa : | |
Gred | Mata Pelajaran |
C | Bahasa Melayu |
C | Bahasa Inggeris |
B | Matematik |
C | Matematik Tambahan |
C | Fizik |
C | dalam satu daripada mata pelajaran berikut: Biologi/ Kimia/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Geografi/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Pendidikan Seni Visual/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Pengajian Keusahawanan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal |
Lulus | Kimia |
Lulus | Sejarah |
Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Kejuruteraan adalah seperti berikut :-
i) Aliran Kejuruteraan Asas
- Matematik
- Kimia
- Fizik
- Basic Engineering
ii) Aliran Kejuruteraan Awam
- Matematik
- Kimia
- Fizik
- Kejuruteraan Awam
iii) Aliran Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Matematik
- Kimia
- Fizik
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
iv) Aliran Kejuruteraan Mekanikal
- Matematik
- Kimia
- Fizik
- Kejuteraan Mekanikal
Pilihan bidang di peringkat Sarjana Muda
Kejuruteraan Awam • Kejuruteraan Mekanikal • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik • Kejuruteraan Petroleum dan Gas • Kejuruteraan Aeronautik • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan • Seni Bina • Lain-lain bidang Kejuruteraan
iii) Jurusan Perakaunan | |
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa : | |
Gred | Mata Pelajaran |
C | Bahasa Melayu |
C | Bahasa Inggeris |
C | Matematik |
C | dalam tiga daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Lukisan/ Rekabentuk Kraf/ Reka Bentuk Industri/ Reka Bentuk Grafik/ Multimedia Kreatif/ Hifz Al-Quran/ Maharat Al-Quran |
Lulus | Sejarah |
Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Perakaunan adalah seperti berikut :-
i) Aliran Perakaunan
- Matematik
- Perakaunan
- Ekonomi
- Pengurusan Perniagaan
Pilihan bidang di peringkat Sarjana Muda
Perakaunan • Undang-undang • Pendidikan • Keusahawanan • Pentadbiran Perniagaan • Lain-lain bidang Perakaunan, Ekonomi dan Perniagaan • Kewangan dan Perbankan • Ekonomi dan Pemasaran • Pengurusan Sumber Manusia • Pengurusan Risiko dan Insurans • Komunikasi Massa
iv) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) | |
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa dan Lulus Ujian Aptitud & Temuduga yang dilaksanakan oleh Bahagian Matrikulasi: | |
Gred | Mata Pelajaran |
C | Bahasa Melayu |
A- | Bahasa Inggeris |
A | Matematik |
C | Matematik Tambahan |
A | dalam tiga daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains Komputer/ Sains/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Geografi/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Keusahawanan/ Tasawwur Islam/ Usul Al-Din/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Al-Syariah/ Pendidikan Seni Visual/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam |
Lulus | Sejarah |
Mata pelajaran pengkhususan Jurusan Perakaunan Profesional adalah seperti berikut :-
i) Aliran Perakaunan Profesional
- Matematik
- Perakaunan Kewangan
- Pengurusan Perakaunan
- Accountant in Business
Laluan Kerjaya : Menjadi akauntan bertauliah
Keistimewaan Jurusan Perakaunan Profesional
• Kerjasama KPM dengan ACCA dan UiTM • Laluan pantas menjadi akauntan bertauliah • Kos pendaftaran yang rendah
v) Jurusan Sains Komputer | |
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa: | |
Gred | Mata Pelajaran |
C | Bahasa Melayu |
C | Bahasa Inggeris |
C | Matematik |
C | Matematik Tambahan |
C | Sains Komputer |
C | dalam satu daripada mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Reka Cipta/ Sains Sukan/ Perniagaan/ Prinsip Perakaunan/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Syari’ah Islamiah/ Ekonomi/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Awam |
Lulus | Sejarah |
Pilihan bidang di peringkat Sarjana Muda
Jurusan Sains Komputer • Teknologi Maklumat • Sains Data • Kejuruteraan Perisian • Sistem Maklumat
4. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SISTEM EMPAT (4) SEMESTER | |
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM semasa : | |
Jurusan Sains SES | |
i | Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan Matematik |
ii | Lulus Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer |
iii | Lulus Sejarah |
5. CARA APPLICATION DAN SEMAKAN | |
Cara membuat application dan semakan dapat dirujuk pada pautan ini: Borang Matrikulasi KPM |
Maklumat Lanjut
- Brosur Matrikulasi
- Ikuti media sosial Program Matrikulasi KPM untuk hebahan dan maklumat terkini. FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM, IG/TikTok – matrikulasikpm
- Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098 atau Telegram Channel: https://t.me/jommasukmatrikulasikpm
- Layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://www.moe.gov.my/
Diharap agar maklumat berkaitan Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi KPM ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat membuat application program Matrikulasi KPM 2025-2026 Online dan semoga anda berjaya.