Panduan buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1 Mac 2025. Mendapatkan result MUET mengikut Band tertentu adalah diperlukan bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda melalui permohonan UPU online. Berikut dikongsikan Cara membuat Pendaftaran MUET Sesi 1 Mac 2025 secara online termasuk maklumat tarikh ujian bertulis. Pendaftaran MUET sesi Mac 2025 dijangka akan bermula dari Disember 2024 sehingga Januari 2025.
Adalah diingatkan bahawa calon yang ingin menduduki peperiksaan perlu mendaftar peperiksaan MUET Mac 2025 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Calendar MUET. Calon perlu membuat pendaftaran awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Borang Pendaftaran MUET Sesi 1 2025 Online
Merujuk kepada Calendar Peperiksaan MUET 2025 MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi Mac 2025 (Sesi 1 tahun 2025) adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-
SESI MAC 2025 (SESI 1) | ||
Tarikh | Aktiviti | |
9 Disember 2024 | Tarikh Pendaftaran dibuka | |
12 Januari 2025 | Tarikh Tutup Pendaftaran | |
8, 9, 10, 14, 15 dan 16 April 2025 | Tarikh Ujian Lisan (Speaking) | |
19 April 2025 | Tarikh Ujian Bertulis | |
Cara Daftar MUET Sesi 1 2025 Secara Online
Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2025 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-
- Applikasi eSubmission MPM online
- Klik Calon Persendirian untuk calon persendirian
- Klik Calon Sekolah/ Institusi untuk calon sekolah atau institusi
- Calon dikehendaki membaca terlebih dahulu Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM www.mpm.edu.my sebelum membuat pendaftaran online bagi memastikan semua maklumat berhubung pentadbiran MUET diperoleh dengan tepat.
- Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik di Panduan Pendaftaran
Pendaftaran Calon Persendirian MUET
- Bermula pendaftaran MUET Sesi 1 2024, calon persendirian boleh mendaftar melalui Portal MUET MPM.
- Calon boleh merujuk pada Manual Pengguna Portal MUET MPM untuk langkah-langkah pendaftaran atau ikuti carta alir yang disediakan seperti berikut:
- Kadar Baharu Yuran Pendaftaran untuk Calon Warganegara Malaysia telah dikuatkuasakan seperti berikut:
Panduan Cara Pendaftaran Calon MUET
Calon Sekolah/Institusi
(a) Pendaftaran calon sekolah/calon institusi dibuat secara dalam talian oleh Setiausaha Peperiksaan MUET (SUP MUET) melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://muet.mpm.edu.my. Calon institusi sahaja dibenarkan untuk menghantar senarai nama calon ke MPM untuk didaftarkan.
(b) Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemaskinikan maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.
(c) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama SUP MUET sekolah/institusinya kepada SPP, JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).
(d) Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara dalam talian di peringkat daerah kepada semua SUP MUET sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.
(e) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon ujian MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM.
(f) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP, JPN untuk log masuk ke dalam sistem pendaftaran dalam talian ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah di https://muet.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon “Sekolah/Institusi” untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
(g) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP MUET untuk menguruskan pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:
(i) Mengemaskinikan maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran dalam talian.
(ii) Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET.
(iii) Mengenal pasti Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan, dan mendaftarkannya bersama-sama dengan calon lain. Calon buta atau rabun ini mesti didaftarkan pada urutan pertama dan seterusnya bagi memudahkan MPM menyediakan kertas soalan Braille/Cetakan Besar untuk Ujian Speaking pada booklet sidang 1, hari pertama ujian speaking di pusat ujian calon tersebut.
(iv) Membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sebagai calon CBK seperti tindakan pada para 6.
(v) Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor pengenalan diri, dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskinikannya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum sistem pendaftaran ditutup. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D). Tiada MUET/PP bermaksud pendaftaran calon tersebut tidak berjaya/tidak lengkap.
(vi) Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum membuat pengesahan secara dalam talian.
(vii) Menyemak MUET/D bagi calon sekolah/institusinya dan menyediakan buku rekod penyemakan MUET/D oleh calon.
(viii) Memaklumkan ke SPP, JPN atau MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-61261661/1665 atau e-mel ke muet@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA, jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D (maklumat calon sekolah/institusinya tercicir).
(ix) Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran dalam talian dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP, JPN.
(x) Calon sekolah/institusi dikehendaki melayari aplikasi Calon Sekolah/Institusi di https://mympmapp.mpm.edu.my untuk urusan/ tindakan selanjutnya berkaitan Ujian MUET.
Calon Persendirian Individu
(a) Pendaftaran Calon Persendirian Individu dibuat secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan di https://muetj3.mpm.edu.my. Sebarang rayuan pendaftaran lewat secara manual tidak akan dilayan.
(b) Calon Persendirian Individu dikehendaki merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu di https://muetj3.mpm.edu.my dan juga Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon 2025 untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
(c) Pusat ujian untuk Calon Persendirian Individu adalah terhad. Oleh yang demikian, calon dikehendaki membuat pendaftaran dengan kadar segera sebaik sahaja pendaftaran dibuka.
(d) Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran tetapi ketetapan adalah tertakluk kepada SPP, JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan Calon Persendirian Individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.
(e) Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan juga mendaftar secara dalam talian, tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah CBK dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.
(f) Calon Persendirian Individu dikehendaki untuk subscribe channel Telegram MUET rasmi bagi sesi masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung MUET. Url bagi channel Telegram akan dicatatkan pada MUET/PP bagi setiap sesi. Sila rujuk para 7 untuk maklumat berhubung MUET/PP.
(g) MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET sekiranya calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal dan Facebook rasmi MPM, serta channel Telegram MUET rasmi.
CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)
6.1 Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan ke MPM selewat-lewatnya pada 22 Februari 2025 bagi MUET Sesi 1 tahun 2025, 22 Ogos 2025 bagi MUET Sesi 2 tahun 2025, manakala 30 September 2025 bagi MUET Sesi 3 tahun 2025.
6.2 Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam Borang Maklumat Calon Cacat Penglihatan (Buta), iaitu MUET/C5 (Pindaan 2024) atau Borang Maklumat Calon Istimewa, iaitu MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua/Ketua Jabatan (jika calon sekolah/institusi).
6.3 Kemudahan dan keistimewaan yang boleh diberikan kepada calon CBK hanya akan dipertimbangkan jika borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM. Kelewatan penghantaran borang tersebut akan menyebabkan calon tidak akan mendapat kemudahan dan keistimewaan yang sepatutnya.
6.4 Pegawai Meja MUET, SPP JPN hendaklah mengumpulkan borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) yang diterima daripada Calon Persendirian Individu dan menghantar borang tersebut ke MPM (u.p.Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan salinan ke SPP, JPN (u.p Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah). Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024).
Diharap agar perkongsian maklumat ini memberi manfaat buat semua. Selamat membuat pendaftaran MUET sesi 1 Mac 2025. Tahniah kepada calon MUET yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.