Semakan Keputusan Matrikulasi 2025 – 2026 Online

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2025-2026 Online. Panduan ini khas buat para pelajar SPM 2024 yang telah membuat application ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi sesi 2025/ 2026. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan ke Kolej Matrikulasi 2025 dijangka akan diumumkan sekitar bulan Mei/ Jun 2025. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan Matrikulasi 2025-2026 Online. Untuk Lulusan Matrikulasi yang lulus cemerlang boleh membuat memohon masuk ke UA/ IPTA melalui application UPU online.

Application ke Kolej Matrikulasi KPM boleh dilakukan secara atas talian atau online melalui PMI. Pada sesi 2020-2021, application ke Kolej Matrikulasi KPM perlu  dilakukan secara atas talian atau online melalui Portal UPUOnline bermula sekitar Februari 2020 sehingga April 2020. Walau bagaimanapun, Bagi sesi 2021-2022 dan seterusnya, application melalui PMI dilaksanakan semula.

semakan keputusan matrikulasi online

Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2025-2026 Online

Untuk makluman, pada kelazimannya, semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas keputusan result SPM diumumkan secara rasmi. Result SPM 2024 telah diumumkan pada 24 April 2025.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2025

Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2025 – 2026 Online meliputi tarikh penting, cara semakan, link applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi.

A. Kemaskini Borang Matrikulasi

Calon SPM 2024 boleh mengemaskini borang bermula 24 hingga 28 April 2025 dalam tempoh 5 hari iaitu selepas result SPM diumumkan di https://matrikulasi.moe.gov.my

B. Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan secara Online dan SMS. Juga dikongsikan maklumat rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.

i) TARIKH RASMI SEMAKAN MATRIKULASI

DibukaMasa
21 Mei 2025 (Hari Rabu)
Mulai 1000 pagi
semakan matriks

Apakah yang perlu pelajar lakukan untuk terima tawaran Program Matrikulasi?

Pelajar perlu:

  • a) layari https://matrikulasi.moe.gov.my, klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan;
  • b) membuat pembayaran yuran pendaftaran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan; dan
  • c) mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing.

Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 22 Mei hingga 21 Jun 2025. Pelajar perlu mendaftar di laman sesawang kolej masing-masing. Sekiranya pelajar mengalami masalah untuk mendaftar secara dalam talian, boleh menghubungi pihak kolej yang ditetapkan.

Bagi pelajar tahfiz yang memilih mata pelajaran Hifz Al-Quran, pelajar perlu mengemukakan salinan Sijil Tahfiz KPM/ Sijil Tahfiz Al-Quran MARA/ Pernyataan Keputusan Prestasi Hafazan KPM/ mana-mana sijil hafazan yang berdaftar dengan JAKIM atau Majlis/ Yayasan Agama Islam Negeri semasa pendaftaran secara fizikal di kolej.

ii) Semakan Melalui SMS

Tidak disediakan *

  • Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip :
    • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

iii) Nota Semakan

  • Rayuan kemasukan bagi tahun 2025 bermula 21 Mei hingga 21 Jun 2025 secara dalam talian
  • Pelajar boleh memohon pertukaran jurusan melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 22 hingga 24 Mei 2025 kecuali pertukaran Jurusan Sains ke Perakaunan yang boleh diuruskan di kolej selepas mendaftar secara fizikal. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kekosongan dan syarat.
  • Pelajar tidak boleh memohon pertukaran kolej kecuali dalam situasi berikut :-
    • i. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
    • ii. Adik-beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
    • iii. Pertukaran waris pelajar dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.
  • Semua application rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan
  • Tarikh keputusan rayuan pertukaran kolej akan dimaklumkan kemudian. Semakan boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.
  • Kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
  • Minggu Pengurusan Pelajar Baharu akan dilaksanakan bermula pada 22 atau 23 Jun 2025
  • Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) akan diberikan kepada pelajar yang layak sebanyak RM1,250.00 bagi setiap semester (satu semester selama 5 bulan). Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar pada tarikh yang ditetapkan selepas dokumentasi dilengkapkan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk kepada talian telefon pejabat atau talian bantuan:

  • Soalan Lazim (FAQ)
  • Kaunter Pertanyaan
    21 Mei sehingga 30 Mei 2025 (Hari dan waktu bekerja sahaja)
    Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya
  • emel : mohon.matrik@moe.gov.my

Selamat membuat Semakan dan semoga anda berjaya.

Tinggalkan Balasan