Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2025-2026

Cara Semak Keputusan Rayuan Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026 Online. Perhatian buat pemohon yang gagal dalam mendapat tawaran ke Matrikulasi sesi 2025-2026 dan telah membuat rayuan secara online. Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2025 secara online meliputi tarikh rasmi semakan dan aplikasi semakan.

Untuk makluman, keputusan panggilan pertama pengambilan ke Program Matrikulasi KPM 2025 telah diumumkan pada 21 Mei 2025. Jurusan yang ditawarkan adalah Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) – dua semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Kejuruteraan bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Serta Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) – empat semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja.

semakan keputusan rayuan matrikulasi

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2025/2026 Secara Online

Berikut adalah maklumat penting berkaitan semakan keputusan rayuan Matrikulasi 2025/2026 buat panduan pemohon yang ada membuat rayuan.

Sila layari Portal Matrikulasi KPM untuk info terkini yang berkaitan.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI

DibukaDitutup
Akan dikemaskini (Ambilan kedua)
Aplikasi Semakan : Aplikasi Matrikulasi
Semakan Secara SMS
  • Taipkan : MOE <jarak> MAT <jarak> NO KP dan SMS ke 15888

*Keputusan rayuan pertukaran kolej pula akan diumumkan pada “Akan dikemaskini”.

 

semakan matriks

Kepada pemohon yang masih gagal mendapat tawaran Matrikulasi, anda boleh memilih pilihan pengajian yang lain seperti Tingkatan 6, Program Diploma IPTA/ IPTS dan banyak lagi pilihan buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tindakan Pemohon Yang Berjaya

Pemohon yang berjaya dalam rayuan program Matrikulasi 2025/2026 bagi ambilan kedua perlu mendaftar secara atas talian di laman sesawang kolej masing-masing. Pelajar yang berjaya perlu mendaftar ke kolej pada tarikh yang ditetapkan

Tahun Sebelumnya

Pelajar perlu mencetak dokumen yang disenaraikan seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan Matrikulasi. Pemohon seterusnya perlu melengkapkan dokumen berkaitan dan membawa semasa pendaftaran di kolej.

  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akuan persetujuan ibu, bapa atau penjaga
  5. Borang perjanjian pelajar (2 salinan)
  6. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan semakan rayuan Matrikulasi, anda boleh menghubungi

  • Soalan Lazim FAQ
  • Talian telefon di 03 – 8884 4083 atau email ke info.matrikulasi@moe.gov.my
  • Kaunter Pertanyaan
    21 Mei sehingga 30 Mei 2025 (Hari dan waktu bekerja sahaja)
    Lobi Blok E15, Kompleks E, Putrajaya

Selamat membuat semakan secara online. Semoga rayuan anda berjaya sekaligus anda berjaya mendapat tawaran memasuki ke Program Matrikulasi KPM yang dihajati. Moga berjaya.

Tinggalkan Balasan