Panduan buat calon yang telah menduduki peperiksaan SPMU pada tahun 2025. Pasti anda tertanya-tanya bilakah tarikh semakan keputusan SPMU 2025 akan diumumkan/ dikeluarkan. Merujuk kepada tarikh keputusan tahun-tahun lepas, keputusan SPMU dijangka akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekitar bulan Ogos/ September 2025. Tarikh rasmi akan diumumkan di Portal Rasmi KPM.
Buat makluman semua, SPMU akan diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November setiap tahun. Bagi kertas sesi Jun, peperiksaan SPMU hanya melibatkan tiga kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Untuk sesi November, calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan dan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan S P M. Para pelajar berpeluang untuk memilih antara semua kertas peperiksaan yang ada ditawarkan.
Semakan Keputusan SPMU 2025 Online Dan SMS
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan iaitu secara atas talian dan melalui SMS. Walau bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.
Penyataan keputusan peperiksaan SPMU 2025 bagi calon akan dimaklumkan melalui pos atau calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Tarikh Penting
Berikut dikongsikan maklumat tarikh semakan peperiksaan SPMU buat rujukan pelajar.
Tarikh yag tepat akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Tarikh Buka : 21 Ogos 2025, 1000 pagi
- Tarikh Tutup : 27 Ogos 2025, 600 petang
Cara Membuat Semakan Keputusan SPMU 2025 Online
*Cara membuat semakan secara Online adalah melalui
Semakan Secara SMS
Keputusan SPMU 2025 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
- Taip: SPMU (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
- Contoh: SPMU 990568035321 WY008A040 SMS ke 15888
Pernyataan Keputusan SPMU 2025
Calon yang mempunyai masalah capaian internet atau berkaitan boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Kenyataan Media KPM Result SPMU 2025
“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2025”
Seramai 10,049 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPMU tahun ini di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Semakan Keputusan di atas dapat membantu memudahkan urusan anda. Semoga calon peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.