Semakan Tawaran Tingkatan 6 2025 Online & SMS

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2025 / 2026 Online. Panduan buat mereka yang ingin menyambung pelajaran pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Memasuki Tingkatan 6 atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar Lepasan SPM yang masih tercari-cari halatuju pengajian mereka. Berikut dikongsikan maklumat semakan tawaran Tingkatan 6 tahun 2025 / 2026 yang boleh disemak secara online dan SMS.

Untuk makluman, tarikh rasmi keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala. Jangkaan adalah pada bulan Mei 2025 iaitu selepas result SPM diumumkan.

  • Senarai Top 10 Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia klik Top School

semakan tawaran tingkatan 6 secara online dan sms

Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2025 – 2026 Online (Semester 1)

Sebagai panduan, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 tahun 2025.  Juga dikongsikan tarikh-tarikh keputusan tawaran pada tahun-tahun sebelumnya sebagai rujukan dan perbandingan:-

Nota : Sebarang pengumuman tarikh semakan akan dikeluarkan melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia, (https://moe.gov.my).

TARIKH SEMAKAN TAWARAN FORM 6
DibukaDitutup
19 Mei 2025
25 Mei 2025
i) Soalan lazim kemasukan Tingkatan 6 klik FAQ Form 6

check form online

*Pelajar adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2025-2026 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

TARIKH SEMAKAN TAHUN SEBELUMNYA
202421 Jun 2024 hingga 1 Julai 2024
20233 Julai 2023 hingga 17 Julai 2023
20227 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022
20215 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021
20201 Julai 2020 hingga 14 Julai 2020
201916 April 2019 hingga 17 Mei 2019
201816 April 2018 hingga 16 Mei 2018
201716 April 2017 hingga 12 Mei 2017
201614 April 2016 hingga 27 Mei 2016
201515 April 2015

Semakan Tawaran Tingkatan 6 Bawah Tahun 2025

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh semakan, applikasi semakan dan sebagainya buat panduan pelajar semua :-

1) Semakan secara online

  • Keputusan tawaran Tingkatan 6 boleh disemak bermula tarikh 19 Mei 2025
  • Pendaftaran kemasukan adalah pada 10 Jun 2025 (Iaitu tarikh mula pengajian)
  • Sebarang pertanyaan boleh rujuk JPN/PPD/Sekolah melalui telefon/email.
  • Senarai Sekolah yang menawarkan kemasukan Tingkatan 6 : klik FORM 6

Nota

  • Murid lepasan SPM tahun 2024 boleh menyemak keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my atau https://moe.gov.my mulai 19 sehingga 25 Mei 2025 secara dalam talian.
  • Murid yang layak dan bersetuju menerima tawaran dikehendaki melengkapkan maklumat tambahan seperti nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi oleh pihak Pusat Tingkatan Enam (PTE)
  • Semua murid yang layak akan diberikan surat tawaran secara dalam talian. Surat tawaran hendaklah disimpan dan diserahkan kepada PTE pada hari pendaftaran
  • Calon yang sedang menunggu tawaran masuk ke program tertentu bawah rancangan bersama kerajaan, persiapan ke luar negara dan sebagainya, perlu melapor diri ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 terlebih dahulu sehingga mendapat pengesahan tawaran berkenaan
  • Murid hendaklah memulakan sesi pengajian pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 pada 10 Jun 2025 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan kumpulan B
  • Murid yang tidak melapor diri selepas 19 Jun 2025 dianggap menolak tawaran berkenaan. Sekiranya murid berkenaan masih berminat menyambung pengajian di tingkatan enam, murid berkenaan perlu merujuk kepada JPN/PPD untuk semakan lanjut

2) Tiada Capaian Internet

Bagi murid lepasan SPM tahun 2024 yang tidak mempunyai capaian internet, calon boleh membuat semakan melalui sekolah masing-masing

3) Semakan melalui SMS

Tidak disediakan tahun ini

Untuk tahun 2021 akan dikemaskini. Maklumat semakan dibawah adalah info tahun 2020

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-

1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 2025

Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan bermula tarikh 19 Mei 2025 melalui kaedah berikut :-

  1. Bagi calon SPM tahun 2024, rayuan boleh dibuat secara online di aplikasi semakan tawaran.
  2. Bagi pelajar Calon persendirian, sekolah swasta dan Sekolah menengah agama negeri, rayuan adalah melalui borang T6BCP (Manual)
  3. Bagi murid lepasan SPM tahun 2024 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada panduan borang rayuan kemasukan Tingkatan 6

Kepada pelajar yang telah membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6, semakan keputusan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2025/ 2026 akan diumumkan pada 3 Jun 2025

Tarikh Penting Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2025

NoTarikhPerkara
1
19 Mei 2025
Tarikh Hebahan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam
2
19 Mei 2025
Tarikh Permohonan Rayuan Dibuka : T6BKK, T6BRU, T6BCP (Online) dan Bukan Warganegara (Manual)
3
25 Mei 2025
Tarikh Rayuan Ditutup
4
3 Jun 2025
Tarikh Hebahan Keputusan Rayuan
5
10 Jun 2025
Sesi Pengajian Bermula
6
10 Jun 2025
Tarikh Lapor diri ambilan rayuan

*NOTA : Tarikh RASMI akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Soalan Penting Tawaran Tingkatan 6

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?

  • Tidak perlu. Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke Tingkatan Enam akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?

  • Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun.

Semoga perkongsian Semakan Tawaran Tingkatan 6 2025 Online ini dapat membantu memudahkan urusan permohonan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya!

Tinggalkan Balasan